Mudahnya Sains UPSR

Mudahnya Sains UPSR Membantu pelajar sekolah rendah meningkatkan kefahaman secara lebih dekat dalam subjek Sains

16/11/2022

Khas kepada murid tahun 1. Jom kita ulangkaji. Apa itu kemahiran proses sains? Semoga bermanfaat.

BURUJAakah itu buruj?Buruj ialah gugusan bintang yang membentuk corak di langit pada waktu malam.Pada zaman dahulu buruj...
12/08/2021

BURUJ


Aakah itu buruj?


Buruj ialah gugusan bintang yang membentuk corak di langit pada waktu malam.


Pada zaman dahulu buruj digunakan sebagai penunjuk arah dan dalam menemtukan musim bagi para petani.

KADAR PERNAFASAN MANUSIAKadar pernafasan manusia bukan sahaja bergantung pada jenis aktiviti yang dilakukan.Kadar pernaf...
11/08/2021

KADAR PERNAFASAN MANUSIA

Kadar pernafasan manusia bukan sahaja bergantung pada jenis aktiviti yang dilakukan.


Kadar pernafasan manusia juga boleh meningkat apabila manusia berada dalam ruang yang sempit atau sesak. Contohnya kadar pernafasan manusia akan men8ngkat semasa berada dalam lif yang ramai penumpang.


Ini kerana kandungan oksigen yang berkurangan kesan daripada bilangan orang yang menggunakan oksigen didalam ruang lif.

Adakah cahaya penting kepada manusia? Mengapa?Ya. Cahaya penting kepada manusia kerana kebanyakan aktiviti harian manusi...
10/08/2021

Adakah cahaya penting kepada manusia? Mengapa?

Ya. Cahaya penting kepada manusia kerana kebanyakan aktiviti harian manusia memerlukan bantuan cahaya.

Antara aktiviti manusia yang memerlukan cahaya ialah bersukan, mencari barang dan melukis.

APAKAH KEPENTINGAN BAHAN YANG BOLEH MENYERAP AIR?
09/08/2021

APAKAH KEPENTINGAN BAHAN YANG BOLEH MENYERAP AIR?

FORMAT MATA PELAJARAN SAINS KERTAS 1
07/08/2021

FORMAT MATA PELAJARAN SAINS KERTAS 1

TIMBUL DAN TENGGELAMMengapakah sesetengah objek boleh timbul dan sesetngah objek tenggelam di dalam air?Tenggelam atau t...
06/08/2021

TIMBUL DAN TENGGELAM


Mengapakah sesetengah objek boleh timbul dan sesetngah objek tenggelam di dalam air?


Tenggelam atau timbul sesuatu objek di dalam air oleh sebab ketumpatan objek.


Jika sesuatu objek kurang tumpat daripada air objek akan timbul pada permukaan air. Contohnya span, plastik dan kayu balak.


Jika sesuatu objek lebih tumpat daripada air, objek akan tenggelam. Contohnya batu, klip kertas dan getah pemadam.


Bagaimanakah kapal laut boleh timbul pada permukaan air sedangkan kapal laut diperbuat daripada besi?


Kapal laut dibina dengan mempunyai ruang kosong di ruang bawah kapal membolehkan kapal laut timbul di permukaan air.


Bagaimana p**a konsep kapal selam yang boleh timbul dan tenggelam?

DERIA MANUSIAManusia dapat mengenal pasti objek dengan menggunakan satu atau lebih deria.Contohnya, mata seorang murid d...
02/08/2021

DERIA MANUSIA


Manusia dapat mengenal pasti objek dengan menggunakan satu atau lebih deria.


Contohnya, mata seorang murid ditutup dengan sehelai kain. Guru meminta murid mengenali lima objek yang diberikan kepadanya. Murid tersebut berjaya mengenal pasti empat daripada lima objek tersebut.


Bagaimanakah murid tersebut dapat mengenal pasri objek yang diberikan tanpa melihat?


Murid tersebuat menggunakan deria sentuh untuk mengenal pasti ciri-ciri objek yang diberikan.


Begitu juga situasi orang buta yang menggunakan lif. Titik-titik yang terdapat pada butang lif adalah sebagai panduan kepada orang buta untuk mengetahui nombor atau perkataan yang terdapat pada butang lif. Orang buta menggunakan deria sentuh untuk membaca tulisan braille.

Bagaimanakah cara untuk mendisplinkan anak supaya mematuhi arahan?1) Beri ganjaranBerikan pujian  atau hadiah jika anak ...
31/07/2021

Bagaimanakah cara untuk mendisplinkan anak supaya mematuhi arahan?


1) Beri ganjaran

Berikan pujian atau hadiah jika anak dapat menyelesaikan arahan yang diberikan. Ibu bapa perlu berhati-hati ketika memberi ganjaran supaya matlamat utama untuk membentuk tingkah laku tercapai.


2) Tiada tindakan atau reaksi

Kadang kala ibu bapa perlu berdiam diri tanpa menunjukkan reaksi kepada anak-anak terutamanya semasa anak-anak menunjukkan tingkah laku yang negatif. Cara ini dapat memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa perlakuan mereka itu salah.


3) Beri amaran

Amaran diberikan sebagai peringatan kerana kadang kala anak-anak lupa akan sesuatu peraturan. Amaran mestilah diberikan dengan alasan-alasan yang tertentu berserta dengan hukuman ringan sebagai pengajaran.


4) Mengenakan denda

Denda merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh anak-anak. Kadang kala anak-anak akan memberikan reaksi yang negatif, ibu bapa perlu bersabar dan terus bertegas dengan pendirian sehingga tingkah laku anak-anak dapat diatasi.

PROGRAM PEMULIHARAAN ORANG HUTANPusat rehabilitasi orang hutan diwujudkan untuk memulihara orang hutan daripada kepupusa...
30/07/2021

PROGRAM PEMULIHARAAN ORANG HUTAN


Pusat rehabilitasi orang hutan diwujudkan untuk memulihara orang hutan daripada kepupusan.


Anak-anak orang hutan yang terpisah dari ibunya akan diselamatkan supaya dapat kembali semula hidup berdikari di dalam hutan.

KISAH SI IKAN PAUSPada musim sejuk ikan paus akan bermigrasi (berhijrah) ke kawasan laut yang lebih panas untuk membiak ...
29/07/2021

KISAH SI IKAN PAUS


Pada musim sejuk ikan paus akan bermigrasi (berhijrah) ke kawasan laut yang lebih panas untuk membiak dan mendapatkan makanan

TUMBESARAN BERBEZASetiap manusia mempunyai tahap tumbesaran yang berbeza. Apakah kebaikan kepada tumbesaran berbeza kepa...
28/07/2021

TUMBESARAN BERBEZA


Setiap manusia mempunyai tahap tumbesaran yang berbeza. Apakah kebaikan kepada tumbesaran berbeza kepada setiap manusia?


Kebaikan kepada tahap tumbesaran yang berbeza adalah dapat memberi kelebihan ketika menjalankan aktiviti tertentu contohnya aktiviti lumba lari. Selain itu, dapat memberikan kepelbagaian dalam kalangan manusia.

Address

Seksyen 1
Kuala Lumpur
53300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mudahnya Sains UPSR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mudahnya Sains UPSR:

Share