11/06/2021
Percaturan taktikal salah, prestasi lemah & naturalisasi sampah
Tamat perlawanan... 🇻🇳2 - 1🇲🇾...Terkubur peluang Malaysia ke Piala Dunia 2022. Ternyata persembahan malam ini agak memberangsangkan pada awalnya. Permainan yg nampak lebih bersemangat berbanding pertemuan lepas, nyata gagal diterjemahkan dengan kemenangan
Tak tahu kenapa begitu sayangnya coach utk keluarkan De Paula. Juga tak faham kenapa Syafiq Ahmad dikeluarkan. Mungkin keletihan, mungkin juga memang nak digunakan 45 minit sahaja. Tapi kenapa Akhyar dimasukkan? Lihat saja kesan kurangnya minit permainan utk pemain2 kita. No 11,no 12,no 13 & no 19 antara pemain yg mempunyai minit permainan paling rendah tahun ni.... Kenapa perlu dipilih pada awalnya? Bola sepak adalah sukan yg perlukan kemahiran & penglibatan aktif yg berterusan. Semakin kurang bermain, semakin tumpul jadinya... Betapa berbezanya permainan & keserasian antara no 2 & no 13 ketika mereka dalam pasukan yg sama dulu kan? Kenapa? Sebab masa tu dua2 adalah key player pasukan , setiap perlawanan turun bersama. Minit permainan sangat banyak, keserasian itu kukuh. Tapi kini? Ini juga bahana akibat terlalu lama di bangku empuk simpanan
Malaysia patut bertukar jurulatih. Perlu jurulatih luar yg lebih tegas dengan taktikal yg lebih segar. TCH bukanlah tidak bagus, tapi pendekatan jurulatih luar seperti Jepun / Korea / Eropah pasti lebih memberikan sesuatu yg baru buat pasukan. Yang pasti pemilihan pemain adalah berdasarkan merit & bukan semata-mata kerana coach kenal pemain atau atas sebab momen-momen indah yg coach ada dengan pemain itu
Naturalisasi sampah & tiada faedah. Statement yg nampak kasar & berdasarkan amarah semata. Namun itulah hakikatnya. Satu gol penalti no 16 yg diraikan seperti menang Piala Dunia & lagak gengster no 10 mengutip kad kuning baru beberapa minit dimasukkan adalah kayu pengukur betapa sampahnya naturalisasi kita. No 13? Di awal kehadiran dulu nampak positif, kita tenggelam di Selat Tebrau. Sedikit berbeza dgn pemain kacukan. Prestasi & attitude yg ditunjukkan adalah sesuatu yg boleh dibanggakan buat masa ini. Paling tidak, mereka tidaklah menyakitkan hati sgt.
Keseluruhannya, malam ini bukanlah perlawanan yg terlalu teruk dari kita, tetapi bukan juga yg terbaik. Vietnam tidaklah terlalu mengancam pun. Malah, penguasaan bola jugak milik kita. Tapi akibat beberapa kesilapan juga kekasaran yg kadangkala tidak perlu telah menghukum kita.
Tidaklah kecewa sangat, tapi.....
Terima kasih pemain2 semua. Anda telah berusaha. Tapi belum mampu menang.
Kami sokong anda, kami kritik anda kerana kami sayang negara kami.
Ok, bye. Nak sokong team Euro pulak...
Sekadar catatan saja-saja seorang peminat bola Malaysia yg tahan mengantuk 90 minit
Tak pernah tak sokong Malaysia!