12/07/2026
MINGGU 16 (12 Julai 2026)
Topik: Keselamatan di Tempat Kerja
Sesi Safety Talk minggu ini telah disampaikan oleh Puan Shazleen Aiza Shafee, Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran, GP Plywood Sdn. Bhd.
Melalui sesi perkongsian ini, warga kerja diingatkan tentang kepentingan mengenal pasti hazard sebelum memulakan tugas, mematuhi SOP, menggunakan PPE yang sesuai serta memastikan kawasan kerja sentiasa bersih dan selamat. Turut ditekankan kepentingan melaporkan keadaan tidak selamat, mengendalikan mesin mengikut prosedur dan sentiasa peka dengan persekitaran kerja bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Dengan saling mengingatkan dan mengamalkan budaya kerja selamat, kita mampu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat untuk semua.
"Kenal Pasti Hazard, Patuhi SOP, Utamakan Keselamatan Setiap Masa"