Pondok Ustaz Kecik - Kuala Berang

Pondok Ustaz Kecik - Kuala Berang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pondok Ustaz Kecik - Kuala Berang, Kuala Dura, Hulu Terenggan, Kuala Berang.
(1)

BAKAR WANGIAN KETIKA KEMATIANSOALAN :Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di tempat saya tinggal apabila berlaku kematian ...
01/10/2025

BAKAR WANGIAN KETIKA KEMATIAN

SOALAN :

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di tempat saya tinggal apabila berlaku kematian seperti ketika memandikan jenazah dan mengkafankannya sampailah dibawa turun jenazah dari rumah si mati itu dibakar suatu yang berbau wangi seperti kemenyan.

Bolehkah saya tahu hukumnya berbuat seperti itu di sisi syarak?

JAWAPAN :

Bermula amalan mewangikan rumah yang ada berlaku kematian khususnya ketika memandikan jenazah dan mengkafankannya adalah sunnah yang diperintahkan oleh syarak dan tujuannya ialah mewangikan rumah tersebut.

Cara menjadikan rumah itu wangi ada bermacam cara iaitu berbukhur yakni dibakar akan kayu gaharu atau kemenyan atau lainnya yang mengeluarkan bau yang wangi.

Ada banyak dalil yang menjadi sandaran atas amalan ini yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith.

Telah diriwayatkan daripada Jabir r.a. beliau telah berkata :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا جَمَّرْتُمُ الْمَيِّتَ فَأَوْتِرُوا

Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Apabila kamu membakar wangian bagi mayat maka bakarlah dengan bilangan ganjil.” (Hadith riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim dan Abi Ya’la)

Dan diriwayatkan daripada Jabir r.a. beliau telah berkata :

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَجْمَرْتُمُ الْمَيِّتَ، فَأَجْمِرُوهُ ثَلَاثًا

Artinya : “Telah bersabda oleh Nabi sollallahu alaihi wasallam : Apabila kamu hendak membakar akan wangian bagi mayat maka bakarlah oleh kamu tiga kali.” (Hadith riwayat Ahmad)

Dan juga daripada Jabir r.a. beliau berkata :

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْمِرُوا كَفَنَ الْمَيِّتِ ثَلَاثًا

Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Bakarlah wangian bagi kain kafan mayat itu tiga kali.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Dan diriwayatkan daripada Asma’ binti Abi Bakar r.a. sesungguhnya beliau berkata bagi kaum keluarganya :

أَجْمِرُوا ثِيَابِي إِذَا مِتُّ، ثُمَّ حَنِّطُونِي

Artinya : “Bakarlah wangian bagi pakaianku apabila aku telah mati kemudian letakkan wangian pada badanku.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami :

إجمار الْمَيِّت: تبخيره بالطيب

Artinya : “Arti ijmarkan mayat itu ialah membakar wangian bagi mayat.” (Kitab Mawarid Az-Zhom’an)

Maka cara melakukannya ialah dibakar wangian itu setelah keluar ruhnya dan ketika jenazah hendak dimandikan maka dibakar akan wangian-wangian tersebut berdekatannya sehingga jadi wangi tempat mandinya itu dan apabila ada bau yang tidak elok terhasil ketika memandikan jenazah maka bau yang tidak elok itu tidak dihidu oleh orang ramai yang datang menziarahinya dan ia juga tanda memuliakan jenazah.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

ويبخر (يجمر) سريره وتراً، إخفاء لكريه الرائحة، وتعظيماً للميت

Artinya : “Dan membukhurkan yakni melalukan bakaran wangian tersebut akan tempat baring mayat itu dengan bilangan ganjil yaitu tiga kali supaya tertutup bau yang tidak elok dan kerana memuliakan bagi mayat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Dari kerana itulah perbuatan membakar wangian bagi mewangikan suasana ketika upacara memandikan dan menkafankan jenazah itu dihukum sebagai elok dan disunatkan.

Berkata Imam As-Syaukani :

قَوْلُهُ: (إذَا أَجْمَرْتُمْ الْمَيِّتَ) أَيْ بَخَّرْتُمُوهُ، وَفِيهِ اسْتِحْبَابُ تَبْخِيرِ الْمَيِّتِ ثَلَاثًا

Artinya : “Dan sabdanya ‘apabila kamu membakar wangian bagi mayat’ artinya ialah kamu bukhurkannya yakni membakar suatu seperti gaharu yang mengeluarkan bau yang wangi. Dan pada hadith ini menujukkan disunatkan membakar wangian bagi mayat itu tiga kali.” (Kitab Nailul Authar)

Berkata sebahagian fuqahak adalah tiga kali bakar wangian itu yaitu ketika matinya kemudian ketika memandikannya dan ketika mengkafankannya.

Berkata Imam Al-Munawi :

قال (فأوتروا) أي بخروه وترا ثلاثا فإن الله وتر يحب الوتر قال: وجميع ما يتبخر به الميت ثلاثا عند خروج روحه لإزالة الريح الكربه وعند غسله وعند تكفينه

Artinya : “Sabdanya ‘maka ganjilkanlah’ artinya bakar wangian itu dengan bilangan ganjil yakni sebanyak tiga kali kerana Allah itu ganjil dan Dia kasih pada yang ganjil. Dan sekelian bilangan membakar wangian bagi mayat ialah tiga yaitu ketika baru matinya dan ketika memandikannya dan ketika mengkafankannya.” (Kitab Faidhul Qadir)

Dan berkata sebahagian fuqahak yang dimaksudkan tiga kali itu ialah dilalukan asap yang wangi itu pada kafannya dan pada badannya tiga kali lalu.

Dan sesungguhnya yang dimaksudkan dengan membakar wangian ini ialah mewangikan suasana tempat tersebut dan tiada ditentukan akan jenis wangian yang digunakan.

Oleh itu apa sahaja yang mengeluarkan bau wangi apabila dibakar dan menjadikan suasana majlis menjadi harum maka harus menggunakannya samada namanya gaharu atau setanggi atau kemenyan atau yang tidak dibakar seperti wangian yang disembur atau disapu seperti yang banyak didapati di zaman sekarang.

Berkata Imam As-Sona’ni :

(إذا جمرتم الميت) أي بخرتم أكفانه أو بدنه أو هما (فأوتروا) أي جمروه ثلاثًا لحديث أحمد والبزار: "إذا جمرتم الميت فجمروه ثلاثًا" وفيه مشروعية تجمير الميت بأي شيء من الأطياب لإطلاقه هنا

Artinya : “Apabila kamu membakar wangian bagi mayat artinya kamu bukhurkan yakni kenakan asap wangi itu akan kain kafannya dan badannya atau keduanya dengan bilangan ganjil artinya tiga kali kerana hadith Ahmad dan Al-Bazzar : Apabila kamu bakar wangian bagi mayat maka buatlah tiga kali. Dan pada hadith ini jadi dalil disyariatkan membakar wangian bagi mayat dengan apa sahaja yang dinamakan wangian kerana tidak ada ditentukan jenis wangian pada hadith.” (Kitab At-Tanwir Syarah Al-Jami’ As-Shaghir)

Semoga jawapan yang ringkas ini sudah memadai bagi yang bertanya.

walllahua’lam
ustaz azhar idrus

TALQIN DI KUBUR TIDAK WAJIBSOALAN :Soalan saya apabila ditanam mayat adakah wajib membaca talqin di atas kuburnya atau h...
30/09/2025

TALQIN DI KUBUR TIDAK WAJIB

SOALAN :

Soalan saya apabila ditanam mayat adakah wajib membaca talqin di atas kuburnya atau hanya sunat dan bolehkah tuan sebutkan bacaan talkin yang ringkas?

JAWAPAN :

Hukum membaca talqin selepas ditanam akan mayat orang Islam yang telah aqil baligh adalah sunat bukannya wajib.

Oleh itu tidak berdosa jika tidak dibacakan atasnya talqin.

Berkata Syeikhul Azhar Syeikh Abdul Majid Salim :

وذهب جماعات من الشافعية إلى استحباب هذا التلقين. فقد جاء فى المجموع للإمام النووى صفحة 303 من الجزء الخامس ما نصه الرابعة قال جماعات من أصحابنا (يعنى الشافعية) يستحب تلقين الميت عقب دفنه، فيجلس عند رأسه إنسان ويقول يافلان ابن فلان ويا عبد الله ابن أمة الله اذكر العهد الذى خرجت عليه من الدنيا، شهادة أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله، وأن الجنة حق وأن النار حق وأن البعث حق وأن الساعة آتية لاريب فيها وأن الله يبعث من فى القبور، وأنك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا. وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا وبالقرآن إماما وبالكعبة قبلة وبالمؤمنين إخوانا إلى أن قال ما نصه وسئل الشيخ عمرو ابن الصلاح رحمه الله. عنه فقال التلقين هو الذى نختاره ونعمل به وقد استحبه أيضا بعض الحنابلة، كما يتبين هذا من المغنى والشرح الكبير من كتب الحنابلة

Artinya : “Dan telah berjalan oleh jemaah ulama mazhab Syafie kepada disunatkan membaca talqin ini. Maka sesungguhnya telah datang dalam kitab Al-Majmu’ bagi Imam Nawawi pada muka surat 303 dari juzuk yang kelima telah berkata beberapa jemaah dari ashab kami mazhab Syafie disunatkan talqinkan mayat selepas dari tanamnya.

Maka duduklah pada sisi kepalanya oleh seorang dan berkata ‘Wahai fulan anak sifulan dan wahai hamba Allah anak kepada hamba perempuan Allah ingatlah akan janji yang kamu telah keluar atasnya dari pada dunia yaitu penyaksian bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya dan bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya dan sesungguhnya syurga itu benar dan neraka itu benar dan bangkit itu benar dan hari kiamat pasti akan tiba tidak diragukan padanya.
Dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan segala orang yang berada di dalam kubur. Dan sungguhnya kamu telah redha dengan Allah sebagai tuhan dan dengan Muhammad itu sebagai Nabi dan dengan Quran itu sebagai pemimpin dan ka’bah itu sebagai kiblat dan dengan segala orang mukmin itu sebagai saudara sehingga kepada apa yang telah dinaskan oleh Syeikh 'Amr ibnu Solah yang telah berkata : Bermula talqin itu ialah apa yang telah kami pilih akan dia dan beramal dengannya dan sesungguhnya telah membilang sunat akan talqin ini juga oleh sebahagian dari ulamak-ulamak mazhab Hanbali sebagaimana telah diterangkan pada kitab Al-Mughni dan kitab Syarah Al-Kabir dari segala kitab ulama mazhab Hanbali.”

(Majlis Fatwa Universiti Al-Azhar bertarikh Jamadil akhir 1355H bersamaan 16 September 1936 M)

Bacaan talqin di atas adalah bacaan yang ringkas sebagaimana yang tuan minta dalam soalan.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

LUQMAN AL-HAKIMADAKAH SEORANG NABI ATAU BUKAN?SOALAN :Siapakah Lukmanul Hakim yang disebut kisahnya dalam Al-Quran dan a...
29/09/2025

LUQMAN AL-HAKIM
ADAKAH SEORANG NABI ATAU BUKAN?

SOALAN :

Siapakah Lukmanul Hakim yang disebut kisahnya dalam Al-Quran dan adakah dia itu nabi dan bolehkah kita selawat ke atasnya?

JAWAPAN :

LUQMAN AL-HAKIM

Menurut satu riwayat nama beliau ialah Luqman bin Ba’ura’ bin Nahur bin Tarikh.

Telah bersalahan ulama adakah Luqman Al-Hakim ini seorang Nabi atau bukan.

Menurut pendapat jumhur ulama beliau bukan seorang Nabi tetapi seorang hakim yakni orang soleh yang sangat bijak lagi alim.

Berkata Imam Nawawi :

أن الجماهير من العلماء على أنهما ليسا نَبِيَّيْنِ

Artinya : “Bahawasanya jumhur ulama berpendapat atas sungguhnya Luqman dan Siti Maryam itu bukan keduanya daripada Nabi-Nabi.” (Kitab Al-Azkaar)

Yang dimaksudkan dengan Siti Maryam ini yaitu bonda Nabi Isa a.s.

Firman Allah Taala :

وَلَقَد آتَيْنَا لُقْمَان الْحِكْمَة

Artinya : “Dan sesungguhnya Kami telah kurniakan akan Luqman itu hikmah (kebijaksanaan).” (Luqman : 12)

Menyebut olih Imam As-Suyuthi didalam kitab tasfirnya :

الْفِقْه فِي الإِسلام وَلم يكن نَبيا وَلم يُوح إِلَيْهِ

Artinya : “(Arti hikmah itu ialah) bijak tentang agama dan bukanlah Luqman seorang Nabi dan tidak diturunkan kepadanya wahyu.” (Kitab Ad-Dur Al-Mansur fi At-Tafsir bi Al-Matsur)

Berkata Imam Ibnu Kathir :

اختلف السلف في لقمان هل كان نبيا أو عبدا صالحا من غير نبوة؟ على قولين، الأكثرون على الثاني، يعني أنه لم يكن نبيا

Artinya : “Telah berselisih para salaf pada Luqman ini adakah dia Nabi atau hamba yang soleh yang bukan Nabi atas dua pendapat. Pendapat yang ramai dari kalangan ulama ialah yang kedua yaitu tidaklah Luqman ini seorang Nabi.” (Tafsir Ibnu Kathir)

Dan berkata Imam Al-Baghawi :

وَاتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى أَنَّهُ كَانَ حَكِيمًا، وَلَمْ يَكُنْ نَبِيًّا، إِلَّا عِكْرِمَةَ فَإِنَّهُ قَالَ: كَانَ لُقْمَانُ نَبِيًّا. وَتَفَرَّدَ بِهَذَا الْقَوْلِ

Artinya : “Dan telah sepakat oleh ulama atas bahawa adalah Luqman ini seorang yang sangat bijak dan bukan dia seorang Nabi melainkan Ikrimah maka kata beliau dia seorang Nabi dan Ikrimah sendirian dengan pendapat tersebut.” (KitabTafsir Ma’alim At-Tanzil)

UCAP SELAWAT KE ATAS LUQMAN AL-HAKIM

Apabila diketahui bahawa Luqman Al-Hakim bukan daripada Nabi menurut pendapat jumhur ulama adakah dibolehkan seorang yang mendengar namanya disebut lalu dia berselawat ke atasnya?

Mengucap selawat ke atas para Nabi dan para Rasul itu tidak ada perselisihan di kalangan ulamak pada harusnya hanya berlaku perselisihan antara mereka tentang mengucap selawat ke atas orang yang bukan Nabi dan Rasul.

Sebahagian ulama berkata harus berselawat yaitu seperti mengucapkan صَلَّى ٱللّٰهُ عَلَيْهِ ke atas selain dari para Nabi seperti Luqman Al-Hakim ketika mendengar namanya disebut kerana Luqman itu ditinggikan kedudukannya di dalam Al-Quran dan diabadikan namanya sebagai salah satu nama surah yang terdapat di dalam Quran.

Berkata Imam Nawawi :

والذي أراهُ أن هذا لا بأس به، وأن الأرجح أن يُقال: رضي الله عنهُ أو عنها لأن هذا مرتبة غير الأنبياء، ولم يثبتْ كونهما نبيّين. ولو قال: عليه السلامُ، أو عليها، فالظاهرُ أنه لا بأس به

Artinya : “Dan menurut pendapatku bahawasanya ini (selawat ke atas Luqman) tidak salah dengannya dan sungguhnya pendapat yang paling kuat bahawa diucapkan رضي الله عنهُ atau عنها kerana sungguhnya martabat ini bukan para Nabi dan tidak sabit keduanya (Luqman & Maryam) adalah Nabi keduanya. Dan jikalau diucapkan عليه السلامُ atau السلامُ عليها maka yang zahirnya tidaklah salah dengannya.” (Kitab Al-Azkaar)

Ada pada beberapa riwayat ketika disebut nama-nama sahabat disertai dibelakangnya dengan ucapan عليه السلام atau عليها السلام .

Antaranya :

Meriwayatkan oleh Imam Abu Bakar As-Syaibani :

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهما، قَالَ : طَعَنَ أَبُو لُؤْلُؤَةَ عُمَرَ عَلَيْهِ السَّلَامُ

Artinya : “Daripada Ibnu Umar r.a. berkata : Telah menikam oleh Abu Lu’lu’ah akan Umar عليه السلام.”

Dan meriwayatkan oleh Abu ‘Ubaid :

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ : سُئِلَتْ عَائِشَةُ عَلَيْهَا السَّلَامُ

Artinya : “Daripada Abu Darda’ berkata : Telah ditanya akan Aisyah عليها السلام.”

Dan meriwayatkan Ad-Daraqutni :

عَنِ الشَّعْبِيِّ، قَالَ : قَالَ عَلِيٌّ عَلَيْهِ السَّلَامُ

Artinya : “Daripada As-Sya’bi berkata : Telah berkata Ali عليه السلام.”

Dan meriwayatkan oleh Al-Haithami :

فلم يدخل عثمان عليه السلام القبر

Artinya : “Maka tidak masuk ke kubur itu oleh Uthman عليه السلام.”

wallahua'lam
ustaz azhar idrus

MANDI HADAS TIDAK RATASoalan :Selepas seseorang selesai mandi hadas baru tersedar ada sedikit dibahagian tepi kepalanya ...
28/09/2025

MANDI HADAS TIDAK RATA

Soalan :

Selepas seseorang selesai mandi hadas baru tersedar ada sedikit dibahagian tepi kepalanya tidak terkena air mandian.

Soalannya adakah kena ulang semula mandi kerana sedikit sangat yang tidak kena air itu?

Jika sedar selepas solat p**a macamana nak buat?

Jawapan :

Antara syarat sah mandi hadas ialah meratakan air seluruh badan yang zahir dengan air. Oleh itu jika ada bahagian badan sama ada kulit atau rambut atau bulu-bulu badan yang tidak kena air maka mandi tersebut adalah tidak sah.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan sifat mandi Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dengan katanya :

ثمَّ غسَل سائِرَ جَسَدِه

Artinya : “Kemudian Nabi saw membasuh sekelian bahagian tubuhnya.” (Hadith Bukhari)

Berkata Imam Shon’ani :

والحديثُ دليلٌ على أنَّه يجِبُ غَسلُ جميعِ البَدَن في الجنابة، ولا يُعفَى عن شيءٍ منه

Artinya : “Dan hadith ini menjadi dalil atas wajibnya membasuh sekalian badan pada mandi janabah dan tiada dimaafkan meninggalkan sedikit pun darinya.” (Kitab Subulussalam)

Berkata Dr Wahbah Zuhaili :

وقد أوجب العلماء في الغسل ما يأتي
تعميم الجسد شعره وبشره بالماء الطهور: هذا متفق عليه بين الفقهاء، فيجب تعميم (أو إعمام وهو الأصح) الشعر والبشرة بالماء مرة واحدة، حتى لو بقيت بقعة يسيرة لم يصبها الماء، يجب غسلها

Artinya :

“Sesungguhnya telah diwajibkan oleh para ulama mandi hadas itu meratakan air yang suci pada badan iaitu pada bulu dan kulit.
Ini telah sepakat atasnya antara segala ulama fiqah. Maka wajib meratakan mengikut pendapat yang paling sahih segala bulu badan dan badan dengan air sekurangnya sekali sehingga jika ada tinggal kawasan yang sedikit sekalipun tidak sampai padanya air maka wajiblah membasuhnya.” (Al-Fiqh Al-Islami)

Jika selepas solat baru sedar ada bahagian badan yang tidak kena air maka wajib ulangi mandi kemudian mengulangi solat tersebut kerana solat yang pertama tadi adalah tidak sah kerana tidak sempurna satu syarat sah solat iaitu suci badan dari hadas. Mandi yang tidak rata air itu tidak dikira sebagai mandi yang sah.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

SAHIHKAN HADITH BULAN TERBELAH DUASOALAN :Saya hendak tanya satu soalan berkenaan kisah mukjizat Nabi membelah bulan itu...
27/09/2025

SAHIHKAN HADITH BULAN TERBELAH DUA

SOALAN :

Saya hendak tanya satu soalan berkenaan kisah mukjizat Nabi membelah bulan itu adakah kisah itu daripada hadith yang sahih.
Sebab ada orang yang berkata tidak terbelah sungguh tetapi hanya kelihatan seperti terbelah.
Terima kasih.

JAWAPAN :

Kisah berkenaan mukjizat Nabi sollallahu alaihi wasallam membelah bulan sampai terbelah dua itu adalah daripada hadith-hadith yang sahih dan terbelah bulan itu memang sungguh berlaku sehingga terpisah jauh antara ke dua belahan bulan.

Dan kejadian terbelah dua oleh bulan yang merupakan mukjizat daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam itu telah disaksikan sejumlah sahabat Nabi sollallahu alaihi wasallam dan juga disaksikan oleh penduduk Mekah dan orang-orang yang baru p**ang dari bermusafir.

Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. beliau telah berkata :

أَنَّ أَهْلَ مَكَّةَ سَأَلُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرِيَهُمْ آيَةً فَأَرَاهُمُ انْشِقَاقَ القَمَرِ

Artinya : “Bahawasanya penduduk Mekah telah meminta oleh mereka itu akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam supaya ditunjukkan akan mereka itu satu tanda (kebenaran baginda sebagai Nabi) : Maka baginda memperlihatkan akan mereka itu terbelahnya bulan.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Dan telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata :

انْشَقَّ القَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِرْقَتَيْنِ، فِرْقَةً فَوْقَ الجَبَلِ، وَفِرْقَةً دُونَهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اشْهَدُوا

Artinya : “Telah terbelah oleh bulan pada masa Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menjadi dua belahan. Satu belahan berada di atas bukit dan satu belahan lagi di bawahnya. Maka bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Bersaksilah kamu sekalian.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Dan telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata :

أَنَّ القَمَرَ انْشَقَّ عَلَى زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Artinya : “Sungguhnya bulan telah terbelah pada zaman Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah r.a. beliau telah berkata :

انْشَقَّ القَمَرُ وَنَحْنُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِنًى، فَقَالَ: اشْهَدُوا وَذَهَبَتْ فِرْقَةٌ نَحْوَ الجَبَلِ

Artinya : “Telah terbelah oleh bulan dan kami bersama dengan Nabi sollallahu alaihi wasallam berada di Mina. Lalu baginda bersabda : Bersaksilah oleh kamu sekalian. Dan sebelah dari belahan bulan itu berada di belakang sebuah bukit.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata :

بَيْنَمَا نَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِنًى إِذَا انْفَلَقَ الْقَمَرُ فِلْقَتَيْنِ، فَكَانَتْ فِلْقَةٌ وَرَاءَ الْجَبَلِ، وَفِلْقَةٌ دُونَهُ، فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اشْهَدُوا

Artinya : “Ketika kami sedang bersama Rasulullah sollallahu alaihi wasallam di Mina telah terbelah bulan menjadi dua maka jadilah satu belahan di belakang bukit dan satu belahan lagi di sebelah lainnya. Maka bersabda bagi kami oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Bersaksilah oleh kamu sekalian.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Da diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. beliau berkata :

أَنَّ أَهْلَ مَكَّةَ سَأَلُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرِيَهُمْ آيَةً فَأَرَاهُمْ الْقَمَرَ شِقَّتَيْنِ حَتَّى رَأَوْا حِرَاءً بَيْنَهُمَا

Artinya : “Sesungguhnya penduduk Mekah telah meminta mereka itu akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam supaya baginda perlihatkan mereka itu satu tanda kenabiannya maka baginda telah perlihatkan mereka itu akan bulan terbelah dua bahagian sehingga mereka dapat nampak gua Hirak antara dua belahan bulan itu.” (Hadith riwayat Bukhari)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata :

انْشَقَّ الْقَمَرُ بِمَكَّةَ حَتَّى صَارَ فِرْقَتَيْنِ، فَقَالَ كُفَّارُ أَهْلِ مَكَّةَ: هَذَا سِحْرٌ سَحَرَكُمْ بِهِ ابْنُ أَبِي كَبْشَةَ؛ انْظُرُوا السُّفَّارَ فَإِنْ كَانُوا رَأَوْا مَا رَأَيْتُمْ فَقَدْ صَدَقَ، وَإِنْ كَانُوا لَمْ يَرَوْا مَا رَأَيْتُمْ فَهُوَ سِحْرٌ سَحَرَكُمْ بِهِ، قَالَ: فَسُئِلَ السُّفَّارُ وَقَدِمُوا مِنْ كُلِّ وَجْهٍ فَقَالُوا: رَأَيْنَا

Artinya : “Telah terbelah oleh bulan di Mekah sehingga menjadi dua belahan. Maka berkata orang-orang kafir penduduk Mekah : Inilah sihir yang telah menyihirkan kamu oleh anak Abi Kabsyah. Kita tunggu para musafir tiba maka jika mereka juga nampak apa yang telah kamu sekalian nampak nescaya benarlah (Muhammad). Dan jika para musafir itu tidak nampak apa yang kamu sekalian nampak ini maka ia adalah sihir yang dia sihirkan akan kamu sekalian dengannya. Maka (apabila tiba para musafir) lalu ditanya akan mereka itu yang baru tiba dari segenap penjuru lalu berkata para musafir itu : Kami telah nampak.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi dalam Kitab Dalail An-Nubuwwah)

Sesungguhnya ada banyak lagi riwayat oleh para ulama hadith dalam perkara ini dan saya rasa sudah memadai dengan hadith-hadith yang telah disebutkan di sini sebagai jawapan persoalan tuan.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

BACAAN KETIKA IKTIDALMana Satu Betul?SOALAN :Ketika iktidal selepas bangun dari rukuk mana satu bacaan yang betul antara...
26/09/2025

BACAAN KETIKA IKTIDAL

Mana Satu Betul?

SOALAN :
Ketika iktidal selepas bangun dari rukuk mana satu bacaan yang betul antara رَبَّنَا وَلَك الْحَمْدُ dengan ada huruf wau atau رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ tanpa huruf wau?

JAWAPAN :

Ketika bangun dari pada rukuk adalah disunatkan membaca bacaan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ artinya : Telah mendengar oleh Allah akan orang yang memuji-Nya.
Dan ketika telah berdiri di dalam iktidal disunatkan membaca رَبَّنَا وَلَك الْحَمْدُ atau رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ tanpa huruf wau.

Jadi kedua-dua bacaan ini betul.

Arti رَبَّنَا وَلَك الْحَمْدُ ialah “Wahai Tuhan kami dan bagi-Mu segala puji” dan arti رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ tanpa huruf wau ialah “Wahai Tuhan kami bagi-Mu segala puji-pujian.”
Dan harus juga dengan bacaan اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ dan sebahagian ulamak berkata harus jika dibaca dengan bacaan لَك الْحَمْدُ رَبَّنَا yang artinya ialah milik-Mu segala puji wahai Tuhan kami.

Berkata Imam As-Syafie :
وَيَقُولُ الْإِمَامُ وَالْمَأْمُومُ وَالْمُنْفَرِدُ عِنْدَ رَفْعِهِمْ رُءُوسَهُمْ مِنْ الرُّكُوعِ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَإِذَا فَرَغَ مِنْهَا قَائِلُهَا أَتْبَعَهَا فَقَالَ رَبَّنَا وَلَك الْحَمْدُ وَإِنْ شَاءَ قَالَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ وَلَوْ قَالَ لَك الْحَمْدُ رَبَّنَا اكْتَفَى

Artinya : “Dan berkata oleh imam dan makmum dan yang solat sendirian ketika mereka angkat kepala daripada rukuk akan ucapan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ . Maka apabila telah selesai daripadanya berkata mengiringinya akan ucapan رَبَّنَا وَلَك الْحَمْدُ. Dan jika dia mahu dia boleh ucap اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ. Dan kalau dia ucap لَك الْحَمْدُ رَبَّنَا nescaya memadai.” (Kitab Al-Umm)
Dan sebahagian fuqahak berkata harus mengucapkan الْحَمْدُ لِرَبِّنَا.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

(فَإِذَا انْتَصَبَ) أَرْسَلَ يَدَيْهِ وَ (قَالَ) كُلٌّ مِنْ الْإِمَامِ وَالْمُنْفَرِدِ وَالْمَأْمُومِ سِرًّا (رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ) أَوْ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ أَوْ اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ، أَوْ وَلَكَ الْحَمْدُ، أَوْ لَكَ الْحَمْدُ رَبَّنَا، أَوْ الْحَمْدُ لِرَبِّنَا

Artinya : “Maka apabila telah tegak berdiri luruskanlah kedua tangannya dan berkata oleh imam dan yang solat sendirian dan makmum dengan perlahan ucapan رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ atau رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ atau اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ atau وَلَكَ الْحَمْدُ atau لَكَ الْحَمْدُ رَبَّنَا atau الْحَمْدُ لِرَبِّنَا.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)
Kesimp**an pada pertanyaan di atas harus ketika iktidal membaca :

رَبَّنَا وَلَك الْحَمْدُ

dengan huruf wau

Atau

رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ

tanpa huruf wau.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

صحيح ابن حبانSahih Ibnu HibbanTerjemahan Hadith Dan Sedikit Keteranganذِكْرُ الْبَيَانِ بِأَنَّ الْكَلَامَ الطَّيِّبَ لِ...
25/09/2025

صحيح ابن حبان
Sahih Ibnu Hibban

Terjemahan Hadith Dan Sedikit Keterangan

ذِكْرُ الْبَيَانِ بِأَنَّ الْكَلَامَ الطَّيِّبَ لِلْمُسْلِمِ يَقُومُ مَقَامَ الْبَذْلِ لِمَالِهِ عِنْدَ عَدَمِهِ
MENYEBUT TENTANG PERKATAAN YANG BAIK MENEMPATI TEMPAT BERSEDEKAH HARTA KETIKA KETIADAANNYA

Telah diriwayatkan daripada ‘Adi bin Hatim r.a. beliau berkata :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

Artinya : “Telah bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Takutlah oleh kamu sekalian akan api neraka walaupun dengan sebelah buah kurma. Maka jika kamu tidak mendapatinya maka dengan perkataan yang baik.”

Hadith ini ada dikeluarkan juga oleh Imam Bukhari dan Muslim dan lainnya.

KETERANGAN
Hadith ini datang pada menerangkan tentang dianjurkan bersedekah yang mana di antara kelebihannya dapat menghalang seseorang itu daripada api neraka dan kelebihan berkata akan perkataan yang baik.

TAKUTLAH DARIPADA NERAKA

‘Adi bin Hatim r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Artinya : “Takutlah oleh kamu sekalian akan neraka walaupun dengan sebelah kurma.”

Dalam hadith ini Rasulullah sollallahu alaihi wasallam memerintahkan orang-orang mukmin supaya takut akan neraka yakni api yang disediakan oleh Allah pada hari akhirat nanti sebagai azab ke atas sekalian orang kafir dan munafiq dan sekalian orang yang derhaka.

Yang dimaksudkan takut api neraka dengan buah kurma itu ialah anjuran supaya selalu mengerjakan amal soleh yang antaranya ialah bersedekah kerana sedekah itu menjadi dinding yang melindungi antara orang yang bersedekah daripada api neraka.

Berkata Imam Al-Munawi :

(اتقوا النار) أي اجعلوا بينكم وبينها وقاية

Artinya : “Takutlah oleh kamu sekalian akan neraka artinya hendaklah kamu sekalian jadikan antara kamu dan antara api neraka itu pemeliharaan.” (Kitab Faidhul Qadir)

Sesungguhnya pada hari kiamat nanti ditunjukkan manusia yang tidak mendapat apa-apa yang dia bawa selain apa yang telah dia yang dia telah kerjakan di dunia dan di hadapannya diperlihatkan baginya neraka maka jika ada baginya amal soleh nescaya amal itulah menjadi dinding antaranya dan api neraka.

Pada satu riwayat Imam Muslim sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam :

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ، لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ تُرْجُمَانٌ وَلَا حِجَابٌ يَحْجُبُهُ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ، فَلَا يَرَى إِلَّا مَا قَدَّمَ مِنْ عَمَلِهِ، وَيَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا مَا قَدَّمَ، وَيَنْظُرُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلَا يَرَى إِلَّا النَّارَ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ، فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Artinya : “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan Tuhannya akan berkata-kata akan dia yang tiada antaranya dan Tuhannya penterjemah dan tiada hijab yang melindunginya lalu dia melihat pada kanannya maka tiada dia nampak melainkan apa yang telah lalu daripada usahanya dan melihat kepada kirinya maka tiada melihat olehnya melainkan apa yang telah lalu dari usahanya dan dia memandang ke hadapan maka tiada ada suatu kecuali api neraka di depan mukanya. Maka takutlah oleh kamu sekalian akan neraka walaupun dengan sebelah buah kurma.”

SEDEKAH BOLEH MENGHALANG DARI NERAKA

Bermula setengah dari amalan yang boleh memelihara manusia dari masuk neraka ialah bersedekah dan kerana itu Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Artinya : “Takutlah oleh kamu sekalian akan neraka walaupun dengan sebelah buah kurma.”

Maksudnya barangsiapa yang bersedekah sekalipun dengan jumlah yang amat sedikit seperti sekadar sebelah buah kurma nescaya sedekahnya itu menjadi penghalang antaranya dan antara api neraka pada hari akhirat.

Berkata Syeikh Ali -Al-Qari Al-Hanafi :

(فَاتَّقُوا النَّارَ) أَيْ: إِذَا عَرَفْتُمْ ذَلِكَ فَاحْذَرُوا مِنْهَا وَلَا تَظْلِمُوا أَحَدًا (وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ) : أَوْ فَتَصَدَّقُوا وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ، أَيْ: لَوْ بِمِقْدَارِ نِصْفِهَا أَوْ بِبَعْضِهَا، وَالْمَعْنَى وَلَوْ بِشَيْءٍ يَسِيرٍ مِنْهَا أَوْ مِنْ غَيْرِهَا ; فَإِنَّهُ حِجَابٌ وَحَاجِزٌ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ النَّارِ ; فَإِنَّ الصَّدَقَةَ جُنَّةٌ وَوَسِيلَةٌ إِلَى جَنَّةٍ

Artinya : “Maka takutlah oleh kamu sekalian akan neraka artinya apabila kamu sekalian telah mengenali akan yang demikian itu maka jauhilah diri kamu sekalian daripadanya dan jangan sekali-kali kamu menzalimi seseorang. Dan perkataan walaupun dengan sebelah buah kurma itu artinya bersedekahlah walaupun hanya sebelah buah kurma artinya sekalipun sedekah dengan kadar separuhnya atau sebahagiannya. Dan bermula maknanya iaitu bersedekahlah walaupun dengan suatu yang amat sedikit daripadanya atau daripada lainnya maka sesungguhnya sedekah itu menjadi hijab yang menghalang antara kamu sekelian dan antara api neraka kerana sungguhnya sedekah itu ialah perisai dan jalan kepada syurga.” (Kitab Mirqatul Mafatih)

Dan pada riwayat Ibnu Majah Nabi sollallahu alaihi wasalllam bersabda :

فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَتَّقِيَ النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَلْيَفْعَلْ

Artinya : “Maka barangsiapa yang mampu daripada kamu menjauhkan api neraka walaupun dengan sebelah kurma maka lakukanlah.”

Maka dapat difahami di sini jika seorang itu bersedekah dengan harta yang nilainya lebih dari nilai sebelah buah kurma nescaya dia akan mendapat kelebihan yang lebih banyak.

Dan pada satu riwayat Imam Ahmad berkata Aisyah r.a. sesungguhnya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda baginya :

يَا عَائِشَةُ اسْتَتِرِي مِنَ النَّارِ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Artinya : “Wahai Aisyah tutuplah diri kamu dari api neraka walau dengan sebelah kurma.”
Hadith-hadith ini menjadi dalil atas kelebihan bersedekah dan atas bahawa sedekah boleh memelihara manusia dari bakaran api neraka pada akhirat nanti.

Telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a. beliau berkata :

دَخَلَتِ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ، فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا، فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا، ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ، فَدَخَلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَيْنَا، فَأَخْبَرْتُهُ، فَقَالَ مَنِ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ البَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ

Artinya : “Telah masuk seorang wanita yang bersamanya ada dua anak perempuan baginya dan wanita tersebut meminta sesuatu. Maka tiada suatu benda sertaku melainkan sebiji buah kurma lalu aku berikan kurma itu kepadanya. Lalu wanita itu bahagikan antara kedua orang anaknya dan dia sendiri tidak makan daripadanya kemudian berdiri dan keluar. Kemudian masuk Nabi sollallahu alaihi wasallam atas kami lalu aku ceritakan kepadanya lalu baginda bersabda : Barangsiapa disusahkan daripada anak-anak perempuan dengan suatu nescaya adalah ia menjadi penutup daripada api neraka.” (Hadith riwayat Muslim)

Ketahui olehmu sesungguhnya sedekah itu bukan sahaja memelihara manusia dari api neraka pada akhirat bahkan sedekah juga akan memelihara manusia daripada kepanasan alam kubur setelah dia meninggal dunia.

Telah diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir Al-Juhaniy r.a. beliau berkata : Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :

إِنَّ الصَّدَقَةَ لَتُطْفِئُ عَنْ أَهْلِهَا حَرَّ الْقُبُورِ، وَإِنَّمَا يَسْتَظِلُّ الْمُؤْمِنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ

Artinya : “Bahawasanya sedekah itu sungguh akan memadamkan daripada mayat akan kepanasan kubur. Dan hanya sesungguhnya orang mukmin akan berteduh pada hari kiamat di bawah bayang sedekahnya.” (Hadith riwayat At-Tabarani)

BERKATA YANG BAIK SEPERTI SEDEKAH

Setelah kita ketahui betapa besarnya kelebihan bersedekah maka hendaklah kita sentiasa bersedekah daripada harta kita sama ada dengan kadar yang sedikit atau banyak.

Dan barangsiapa tidak ada harta untuk dia bersedekah maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik kerana perkataan yang baik itu sama seperti harta yang disedekahkan.

Kerana itu Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

Artinya : “Maka jika kamu sekalian tidak menjumpai maka dengan perkataan yang baik.”

Pada satu riwayat Imam Ahmad :

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوهُ، فَبِكَلِمَةٍ لَيِّنَةٍ

Artinya : “Maka jika kamu tidak menjumpainya maka dengan perkataan yang lembut.”

Maksudnya jika kamu tidak mempunyai harta untuk disedekahkan supaya terpelihara dari api neraka maka berkatalah dengan perkataan yang baik.

Dan setengah daripada perkataan yang baik itu ialah apabila seorang didatangi peminta sedekah atau hendak berhutang meminta daripadanya suatu dan orang yang diminta itu tiada membawa bersamanya harta untuk diberikan lalu dia tolak permintaan itu dengan baik yakni dengan ucapan yang menyenangkan hati orang yang meminta.

Berkata Imam Al-‘Aini :

(فَمن لم يجد) أَي: مَا يتَصَدَّق بِهِ على السَّائِل. قَوْله: (فبكلمة طيبَة) أَي يَدْفَعهُ أَي: السَّائِل بِكَلِمَة تطيب قلبه

Artinya : “Maka barangsiapa yang tidak mendapat yakni tidak mendapat harta yang hendak disedekahkan dengannya kepada yang meminta maka ucaplah perkataan yang baik artinya tolaklah permintaan orang yang meminta itu dengan perkataan yang elok hatinya apabila mendengarnya.” (Kitab ‘Umdah Al-Qari)

Berkata Imam Al-Munawi :

(فبكلمة) أي فاتقوا النار بكلمة (طيبة) تطيب قلب السائل مما يتلطف به في القول والفعل فإن ذلك سبب للنجاة من النار وقيل الكلمة الطيبة ما يدل على هدي أو يرد عن ردي أو يصلح بين اثنين أو يفصل بين متنازعين أو يحل مشكلا أو يكشف غامضا أو يدفع تأثيرا أو يسكن غضبا

Artinya : “Maka dengan perkataan yang baik artinya maka takutlah kamu sekalian akan neraka itu dengan bercakap perkataan yang baik yakni perkataan yang jadi baik hati orang yang bertanya daripada barang yang jadi elok dengannya pada percakapan dan perbuatan. Kerana sungguhnya yang demikian itu sebab bagi mendapat kelepasan daripada api neraka. Dan kata setengah ulama perkataan yang baik itu ialah perkataan yang menunjuk atas hidayah atau mengembalikan daripada yang menolak atau perkataan yang membaikkan antara dua orang atau atau perkataan kerana meleraikan antara dua yang berkelahi atau perkataan yang menghuraikan kemusykilan atau perkataan yang membuka kesulitan atau perkataan yang menepis kemudaratan atau perkataan yang mententeramkan kemarahan.” (Kitab Faidhul Qadir)

Pendek kata apa sahaja perkataan yang diucapkan oleh orang mukmin yang menyuruh kebaikan atau melarang kemungkaran atau mengajak kepada yang benar atau bertanya khabar sesama mereka atau silaturahim atau mengajar manusia perkara yang baik dan termasuk sekalian zikir yang disebut ialah perkataan yang baik yang menempati perbuatan bersedekah.

Berkata Syeikh Ali Mulla Al-Qari :

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ أَيْ: يَطِيبُ بِهَا قَلْبُ الْمُسْلِمِ أَوْ بِكَلِمَةٍ مِنْ كَلِمَاتِ الْأَذْكَارِ فَإِنَّهَا بِمَنْزِلَةِ صَدَقَةِ الْفَقِيرِ

Artinya : “Maka jika kamu sekalian tidak mendapati harta untuk disedekahkan maka berlindunglah dari neraka dengan mengucapkan perkataan yang baik yang jadi elok hati orang mukmin mendengarnya daripada kalimah-kalimah zikir kerana sesungguhnya ia menempati sedekah bagi orang yang faqir.” (Kitab Al-Mirqatul Mafatih)

Dan telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam :

الْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ

Artinya : “Bermula perkataan yang baik itu sedekah.” (Hadith riwayat Bukhari)

Berkata Imam Ibnu Al-Mulaqqin :

الكلام الطيب مندوب إليه، وهو من جليل أفعال البر؛ لأنه عليه السلام جعله كالصدقة بالمال، فوجه تشبيهه الكلمة الطيبة بالصدقة بالمال هو أن الصدقة بالمال تحيا بها نفس المتصدق عليه ويفرح بها. والْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ يفرح بها المؤمن ويحسن موقعها من قلبه فأشبهتها من هذِه الجهة

Artinya : “Bermula perkataan yang baik itu disunatkan kepadanya dan ia daripada sebesar-besar segala perbuatan kebajikan kerana sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam telah menjadikan berkata yang baik itu sama seperti sedekah. Maka wajah penyerupaan kalimah yang baik dengan sedekah dengan harta itu iaitu bahawa sedekah dengan harta jadi hidup dengannya oleh hati orang yang disedekahkan atasnya dan bergembira ia dengannya. Dan perkataan yang baik itu jadi bergembira dengannya oleh orang mukmin dan elok tempat jatuhnya daripada hatinya maka diserupakannya daripada wajah ini.” (Kitab At-Taudhih)

Dan telah menyebut oleh Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar :

قَالَ بن بَطَّالٍ وَجْهُ كَوْنِ الْكَلِمَةِ الطَّيِّبَةِ صَدَقَةً أَنَّ إِعْطَاءَ الْمَالِ يَفْرَحُ بِهِ قَلْبُ الَّذِي يُعْطَاهُ وَيَذْهَبُ مَا فِي قَلْبِهِ وَكَذَلِكَ الْكَلَامُ الطَّيِّبُ

Artinya : “Telah berkata Imam Ibnu Bathhal : Bermula wajah keadaan kalimah yang baik itu ialah sedekah bahwasanya perbuatan memberi harta itu menggembirakan hati orang yang diberikan dan hilang dari hatinya segala yang dia khuatir dan seperti demikian jugalah perkataan yang baik.”

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Address

Kuala Dura, Hulu Terenggan
Kuala Berang
21700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Ustaz Kecik - Kuala Berang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share