Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK )

Call Directions Website

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ), Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, KM 12 Jalan Tuaran Inanam, Kota Kinabalu.

Sekolah Tunas Bakti adalah institusi Sekolah Diluluskan bagi pendidikan, latihan dan penahanan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 65 (sekolah diluluskan) Akta Kanak-Kanak 2001 Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu adalah sebuah institusi pemulihan akhlak atau Sekolah Yang Diluluskan untuk tahanan dan pemulihan bagi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun yang bermasalah seperti berikut:-
(i) Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah(Criminal)

09 10 2026Majlis Peluncuran Hari Sukan Negara dan Sambutan Bulan Kaunseling peringkat STBKK telah diadakan selama dua ha...
10/10/2026

09 10 2026

Majlis Peluncuran Hari Sukan Negara dan Sambutan Bulan Kaunseling peringkat STBKK telah diadakan selama dua hari bermula 09 Oktober 2026 hingga 10 Oktober 2026.

Antara pengisian yang diisi sepanjang dua hari program ialah aktiviti senamrobik, pertandingan ping pong, dart, badminton dan bola sepak serta pemeriksaan kesihatan dari pihak Klinik Luyang.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, En. Zulkiflie bin Hassan. Turut hadir adalah barisan ahli lembaga pelawat Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu.

LAPORAN RINGKAS PROGRAM MISI POWER UP EXPLORACEBersempena Sambutan Bulan Kaunseling dan Kesihatan Mental STBKKTarikh: 7 ...
07/10/2026

LAPORAN RINGKAS PROGRAM MISI POWER UP EXPLORACE

Bersempena Sambutan Bulan Kaunseling dan Kesihatan Mental STBKK

Tarikh: 7 Oktober 2026
Tempat: Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu (STBKK)
Peserta: 26 orang penghuni STBKK
Pengelola: unit Psikologi Kaunseling dan Peer Support Team Institution (PSTI)

1. Pengenalan

Program Power Up Explorace merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan bersempena Sambutan Bulan Kaunseling dan Kesihatan Mental STBKK. Aktiviti ini telah dirancang dan dikendalikan sepenuhnya oleh 8 orang Peer Support Team Institution (PSTI) dengan penglibatan penghuni STBKK.

Seramai 26 orang pelajar telah menyertai program ini dan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan. Setiap kumpulan perlu menempuhi cabaran di lima (5) stesen yang telah disediakan.

2. Aktiviti

Setiap stesen mengetengahkan cabaran yang menggabungkan beberapa elemen utama iaitu fizikal, mental dan emosi. Peserta perlu bekerjasama, berkomunikasi, menggunakan strategi serta mengawal emosi bagi menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.

Aktiviti ini bukan sahaja menguji keupayaan fizikal peserta, malah turut memberi ruang kepada mereka untuk mengenali kekuatan diri, membina keyakinan, meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan semangat kerja berpasukan.

3. Objektif

Program ini dilaksanakan bagi:

1. Meningkatkan kesedaran penghuni terhadap kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan diri.
2. Meningkatkan kemahiran mengawal emosi dan mengurus tekanan melalui aktiviti yang menyeronokkan.
3. Membina keyakinan diri, daya tahan dan motivasi dalam menghadapi cabaran.
4. Memupuk semangat kerjasama, komunikasi dan kepimpinan dalam kalangan penghuni.
5. Memberi peluang kepada PSTI untuk mengaplikasikan kemahiran kepimpinan rakan sebaya melalui pengendalian aktiviti.

4. Impak Program

Program Power Up Explorace telah berlangsung dalam suasana yang aktif, ceria dan penuh semangat. Penglibatan peserta dalam setiap cabaran menunjukkan bahawa aktiviti berbentuk pengalaman dapat membantu penghuni belajar mengurus cabaran secara positif, bekerjasama dengan rakan serta mengawal tindak balas emosi.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan menjadi salah satu medium pengupayaan diri, pengukuhan hubungan rakan sebaya serta promosi kesihatan mental dalam kalangan penghuni STBKK.

PROGRAM INTERVENSI PSIKO-PENDIDIKAN: KESEDARAN TINGKAH LAKU SEKSUAL 📅 Tarikh: 11 September 2026 (Jumaat)⏰ Masa: 9.00 pag...
12/09/2026

PROGRAM INTERVENSI PSIKO-PENDIDIKAN: KESEDARAN TINGKAH LAKU SEKSUAL

📅 Tarikh: 11 September 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 9.00 pagi - 11.30 pagi
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat STBKK
👥 Peserta: 27 orang penghuni

Program Intervensi Psiko-Pendidikan “Kesedaran Tingkah Laku Seksual” telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha Unit Psikologi dan Kaunseling STBKK dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman penghuni berkaitan perkembangan seksual remaja serta pengurusan tingkah laku secara sihat dan bertanggungjawab.

Antara pengisian yang dibincangkan adalah berkaitan batas peribadi, privasi diri, menghormati batas orang lain, pengawalan dorongan, pengaruh rakan sebaya dan media serta kesan tingkah laku seksual berisiko.

Sesi dilaksanakan secara interaktif melalui penerangan psiko-pendidikan, perbincangan, soal jawab dan situasi hipotetikal bagi membantu penghuni membuat pertimbangan yang lebih rasional sebelum bertindak.

“Kenali diri, kawal dorongan, hormati batas dan pilih tindakan yang membawa kebaikan.”

Diharapkan program ini dapat membantu penghuni membina kesedaran kendiri, meningkatkan kawalan diri serta membentuk tingkah laku yang lebih positif sebagai sebahagian daripada proses pemulihan dan perkembangan diri.

Mendidik tanpa menghakimi, membimbing dengan empati. 🤍







PROGRAM INTERVENSI PSIKOLOGI: TERAPI SENI“ART OF HEALING: Kenali Diri, Luahkan Emosi, Bina Harapan”📅 Tarikh: 4 September...
04/09/2026

PROGRAM INTERVENSI PSIKOLOGI: TERAPI SENI
“ART OF HEALING: Kenali Diri, Luahkan Emosi, Bina Harapan”

📅 Tarikh: 4 September 2026
⏰ Masa: 09.30 - 11.30 pagi
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat STBKK
👥 Peserta: 28 orang pelajar

Unit Psikologi dan Kaunseling, Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu telah melaksanakan Program Intervensi Psikologi: Terapi Seni – “Art of Healing” sebagai salah satu pendekatan kreatif dalam membantu penghuni meneroka emosi, mengenali diri serta membina perspektif yang lebih positif terhadap kehidupan dan masa hadapan.

🖌️ Program dimulakan dengan aktiviti “Warna Emosi Saya”, yang memberi peluang kepada penghuni mengenal pasti dan mengekspresikan emosi melalui pemilihan warna.

Seterusnya, peserta diberikan penerangan ringkas mengenai emosi sebagai satu bentuk mesej, termasuk bagaimana situasi, pemikiran, emosi dan tindakan saling berkait dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang.

💭 Sesi refleksi kendiri kemudiannya memberi ruang kepada peserta untuk mengenal pasti kekuatan diri, cabaran emosi, sumber sokongan serta satu perubahan positif yang ingin dilakukan.

Program ini diharapkan dapat membantu penghuni membina kesedaran kendiri, mengekspresikan emosi secara sihat, meningkatkan keyakinan diri serta menanam harapan bahawa setiap individu mempunyai keupayaan untuk berubah dan membina masa depan yang lebih baik.

✨ Melalui seni, kita belajar mengenali diri.
Melalui refleksi, kita memahami diri.
Melalui harapan, kita membina masa depan.










PROGRAM INTERVENSI PSIKO-PENDIDIKAN: ART THERAPY “BE CREATIVE!” Pada 21 Ogos 2026, Unit Psikologi Kaunseling STBKK telah...
21/08/2026

PROGRAM INTERVENSI PSIKO-PENDIDIKAN: ART THERAPY “BE CREATIVE!”

Pada 21 Ogos 2026, Unit Psikologi Kaunseling STBKK telah melaksanakan Program Intervensi Psiko-Pendidikan: Art Therapy “Be Creative!” bertempat di Bilik TV Asrama STBKK, dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, dengan penyertaan seramai 15 orang peserta.

Aktiviti ini memberi ruang kepada peserta untuk meneroka kreativiti dan imaginasi melalui aktiviti melengkapkan gambar mengikut interpretasi masing-masing. Peserta digalakkan untuk berfikir di luar kebiasaan, menghasilkan idea yang unik serta mengekspresikan pandangan dan emosi melalui medium seni.

Selain mengembangkan kreativiti, aktiviti ini turut membantu meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan membuat keputusan secara kreatif. Perkongsian hasil karya juga memberi peluang kepada peserta untuk menghargai bahawa setiap individu mempunyai perspektif, idea dan cara berfikir yang berbeza.

✨ Be Creative, Think Different, Express Yourself!
Kadangkala, tiada jawapan yang salah dalam seni — yang penting ialah keberanian untuk mencipta, mencuba dan melihat sesuatu daripada perspektif yang berbeza. 💛








Hiking Merdeka STBKKProgram Pemantapan Kerja Berpasukan dan Pembudayaan Keseronokan Bekerja (Pleasure Hour/Trim & Fit ST...
19/08/2026

Hiking Merdeka STBKK

Program Pemantapan Kerja Berpasukan dan Pembudayaan Keseronokan Bekerja (Pleasure Hour/Trim & Fit STBKK) telah menganjurkan aktiviti Hiking Merdeka pada 19 Ogos 2026 (Rabu) di Bukit Botak, Sepanggar bermula dari 7.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Program ini dilaksanakan bagi memupuk semangat kerja berpasukan, mengeratkan hubungan silaturahim serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan staf dan pelajar STBKK. Selain itu, aktiviti ini turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena Sambutan Bulan Kebangsaan.

Program dimulakan dengan sesi senaman regangan sebagai persediaan sebelum para peserta memulakan aktiviti pendakian. Sepanjang program berlangsung, peserta turut mengambil bahagian dalam Kuiz Merdeka yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan sejarah, perpaduan dan semangat cintakan negara.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz. Secara keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti ini berjaya mewujudkan suasana yang positif, menyeronokkan dan kondusif, di samping menggalakkan amalan rekreasi secara berterusan dalam kalangan warga STBKK.

Program Intervensi Psiko-Pendidikan – Art Therapy: Think Outside the BoxTarikh: 14 Ogos 2026Masa: 9.30 pagi – 11.30 pagi...
14/08/2026

Program Intervensi Psiko-Pendidikan – Art Therapy: Think Outside the Box

Tarikh: 14 Ogos 2026

Masa: 9.30 pagi – 11.30 pagi

Bilangan peserta: 25 orang pelajar

Unit Psikologi Kaunseling STBKK telah melaksanakan Program Intervensi Psiko-Pendidikan: Art Therapy bertemakan Think Outside the Box yang melibatkan seramai 25 orang pelajar.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan peserta berfikir secara kreatif, meneroka idea baharu serta mengenal pasti bakat dan potensi diri melalui aktiviti seni. Aktiviti utama yang dijalankan ialah melengkapkan lukisan bertajuk It's Not an Umbrella, yang memberi peluang kepada peserta mentafsir dan menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing.

Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan penglibatan yang aktif, berani berkongsi idea dan berjaya menghasilkan pelbagai karya yang unik. Aktiviti ini turut membantu peserta meningkatkan keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi serta menghargai perbezaan perspektif dalam kalangan rakan sebaya.

Semoga program seperti ini dapat terus menjadi medium untuk mencungkil bakat, mengembangkan kreativiti dan membentuk pemikiran yang lebih positif dalam kalangan pelajar.

STBKK menerima undangan untuk membuat persembahan Silat Sambut Tamu oleh JPKAS bersempena Program Sokongan Penjaga Insan...
05/08/2026

STBKK menerima undangan untuk membuat persembahan Silat Sambut Tamu oleh JPKAS bersempena Program Sokongan Penjaga Insan Sejahtera bertempat di Ballroom Wisma Wanita pada 4 Ogos 2026 (Selasa)

🏸 PERTANDINGAN BADMINTON MERDEKA STBKK 🇲🇾Sempena Program Pemantapan Kerja Berpasukan dan Pembudayaan Keseronokan Bekerja...
05/08/2026

🏸 PERTANDINGAN BADMINTON MERDEKA STBKK 🇲🇾

Sempena Program Pemantapan Kerja Berpasukan dan Pembudayaan Keseronokan Bekerja (Pleasure Hour Trim & Fit STBKK), satu Pertandingan Badminton Merdeka telah diadakan pada 5 Ogos 2026 bertempat di Gelanggang Olympia, Inanam dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat STBKK.

Pertandingan yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini menggunakan format Liga 4 Kumpulan dan melibatkan penyertaan staf serta pelajar dalam kategori Beregu Pelajar, Beregu Staf Lelaki, Beregu Staf Wanita dan Beregu Campuran.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara staf dan pelajar, memupuk semangat kerja berpasukan, mengamalkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan semangat kesukanan dalam kalangan warga STBKK.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta, urus setia serta pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan, perpaduan dan kecergasan ini terus menjadi budaya dalam warga STBKK.

10 Julai 2026 | Jumaat |PROGRAM PSIKO-PENDIDIKAN: BERSAMA MEMBINA PERSEKITARAN SELAMAT TANPA BULI DAN V**E📅 10 Julai 202...
10/07/2026

10 Julai 2026 | Jumaat |

PROGRAM PSIKO-PENDIDIKAN: BERSAMA MEMBINA PERSEKITARAN SELAMAT TANPA BULI DAN V**E

📅 10 Julai 2026 (Jumaat)
📍 Bilik Mesyuarat STBKK

Unit Psikologi dan Kaunseling STBKK telah melaksanakan Program Psiko-Pendidikan: Bersama Membina Persekitaran Selamat Tanpa Buli dan V**e yang bertujuan meningkatkan kesedaran penghuni mengenai bahaya buli dan penggunaan v**e serta membina kemahiran membuat pilihan yang lebih positif.

Sepanjang program, para peserta mengikuti sesi ceramah, perbincangan kumpulan, dan role play "Pilih Jalan Yang Betul". Melalui aktiviti interaktif ini, peserta berpeluang memahami jenis-jenis buli, kesannya terhadap mangsa, pembuli dan saksi, di samping mengenali risiko penggunaan v**e terhadap kesihatan fizikal, mental dan tingkah laku.

Program ini turut memberi penekanan kepada kepentingan mengawal emosi, menangani tekanan serta pengaruh rakan sebaya, dan membina kemahiran membuat keputusan yang sihat serta bertanggungjawab.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi panduan kepada para penghuni untuk membentuk sahsiah yang lebih positif, saling menghormati, serta mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli serta penggunaan v**e.

"Keberanian sebenar bukanlah membuli atau mengikut tekanan rakan sebaya, tetapi berani mengawal diri dan membuat pilihan yang membawa kebaikan."

**e

Address

Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, KM 12 Jalan Tuaran Inanam
Kota Kinabalu
88300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu( STB KK ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share