Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Call Directions Website

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Kota Kinabalu, Bandaraya Peranginan Semulajadi.

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MENAIK TARAF BULATAN DI JALAN GAYA, KOTA KINABALU
29/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MENAIK TARAF BULATAN DI JALAN GAYA, KOTA KINABALU

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MENAIK TARAF GELANGGANG BOLA KERANJANG DI LORONG SEMPELANG
29/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA MENAIK TARAF GELANGGANG BOLA KERANJANG DI LORONG SEMPELANG

TAHNIAH! DBKK TERIMA ANUGERAH NATIONAL BIM E-SUBMISSION (NBeS) BERSEMPENA DENGAN MALAYSIA BIM DAY 202629 OKTOBER 2026: D...
29/10/2026

TAHNIAH! DBKK TERIMA ANUGERAH NATIONAL BIM E-SUBMISSION (NBeS) BERSEMPENA DENGAN MALAYSIA BIM DAY 2026

29 OKTOBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima Anugerah National BIM e-Submission (NBeS) bersempena dengan Malaysia BIM Day 2026 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha DBKK dalam menyokong serta melaksanakan semakan pelan bangunan melalui platform NBeS.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya dalam Majlis Perasmian Malaysia BIM Day 2026 yang berlangsung di Auditorium, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 15 September 2026. Hadir sama ialah YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Malaysia.

Sementara itu, DBKK telah diwakili oleh Puan Lilitia Jenneh, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, DBKK dan Encik Kalvin Liaw, Pegawai Teknikal Khas, DBKK Holdings Sdn. Bhd.

Malaysia BIM Day 2026 diterajui oleh CIDB Malaysia melalui CIDB Digital Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) serta sokongan daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia. Bertemakan “BIM Beyond Design”.

DBKK merupakan antara tiga organisasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menerima Anugerah NBeS, bersama Perbadanan Putrajaya dan Majlis Perbandaran Kulim, Kedah.

Pencapaian ini menjadi pemangkin kepada DBKK untuk terus memperkukuh transformasi digital dan penerapan teknologi Building Information Modelling (BIM) dalam penyampaian perkhidmatan, selaras dengan usaha mewujudkan proses kelulusan pelan bangunan yang lebih cekap, sistematik dan berintegrasi.

Sumber Info dan Foto: Jabatan Kawalan Bangunan, DBKK




Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA PENEBANGAN POKOK KELAPA DI KAWASAN TAMAN AWAM TANJUNG ARU BAGI PROJEK PEMBANGUNAN TANDAS BM...
28/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN KERJA-KERJA PENEBANGAN POKOK KELAPA DI KAWASAN TAMAN AWAM TANJUNG ARU BAGI PROJEK PEMBANGUNAN TANDAS BMW TANJUNG ARU, DBKK

SINERGI JABATAN BOTANI, DBKK DAN PERTUBUHAN EKOLOGIS PENYELIDIKAN & PEMULIHARAAN TROPIKA KOTA KINABALU (EG-TReC) DALAM P...
28/10/2026

SINERGI JABATAN BOTANI, DBKK DAN PERTUBUHAN EKOLOGIS PENYELIDIKAN & PEMULIHARAAN TROPIKA KOTA KINABALU (EG-TReC) DALAM PEMULIHARAAN BIODIVERSITI DI TAMAN BOTANI TUN FUAD STEPHENS SABAH

28 OKTOBER 2026: Jabatan Botani, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Pertubuhan Ekologis Penyelidikan dan Pemuliharaan Tropika Kota Kinabalu (EG-TReC) dan Politeknik Kota Kinabalu telah melaksanakan Program Pemuliharaan dan Pendidikan Alam Sekitar di Taman Botani Tun Fuad Stephens, Sabah pada 28 Ogos 2026.

Program merangkumi Pocket Talk menberi pengenalan flora disekeliling kita yang disampaikan oleh Ts. Dr. Elia Godoong, Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkap Pengerusi EG-TReC, serta aktiviti gotong-royong, penanaman dan pemuliharaan tumbuhan di Ginger Walk dan Laman Herba.

Penglibatan secara langsung dalam aktiviti lapangan dapat memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada peserta mengenai kepelbagaian flora, kepentingan pemuliharaan biodiversiti serta tanggungjawab bersama dalam menjaga alam sekitar.

Selain itu, ia turut membantu memupuk kesedaran, rasa tanggungjawab dan penghargaan generasi muda terhadap alam semula jadi, di samping memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pendidikan dalam usaha pemuliharaan dan pendidikan alam sekitar.

Untuk sebarang cadangan kerjasama atau kolaborasi bersama Jabatan Botani, DBKK, hubungi Encik Jickron Jolidi di talian 012-836 6750 untuk maklumat lanjut.

Sumber Info, Foto dan Video: Jabatan Botani, DBKK




Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

PROGRAM PELANCONGAN LESTARI ‘CITRA KASIH’: COMMUNITY TO COMMUNITIY (C2C) PROGRAM & ‘ZERO WASTE ISLAND’: ‘WASTE TO WEALTH...
28/10/2026

PROGRAM PELANCONGAN LESTARI ‘CITRA KASIH’: COMMUNITY TO COMMUNITIY (C2C) PROGRAM & ‘ZERO WASTE ISLAND’: ‘WASTE TO WEALTH’ (W2W) PROGRAM “TEROKAI PULAU SEPANGGAR - DESTINASI PELANCONGAN LESTARI” SIRI 5

28 OKTOBER 2026: Program Pelancongan Lestari ‘CITRA KASIH’ : Community to Community (C2C) Program & ‘Zero Waste Island’ : ‘Waste to Wealth’ (W2W) Program “Terokai Pulau Sepanggar - Destinasi Pelancongan Lestari” telah berlangsung di Pulau Sepanggar pada 18 Oktober 2026.

Seramai 130 orang peserta daripada komuniti Pulau Sepanggar telah menyertai program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat ini.

Seawal jam 9 pagi, program dimulakan dengan taklimat dan bengkel Citra Kasih: Gubahan Bunga yang dikendalikan oleh SwePP Academy. Menerusi sesi ini, para peserta berpeluang untuk mempelajari cara membuat gubahan bunga dengan menggunakan bahan-bahan terpakai.

Sesi kemudian diteruskan dengan taklimat dan bengkel “Search and Rescue” yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar, sekali gus menyokong usaha menjadikan Pulau Sepanggar sebagai destinasi pelancongan lestari.

Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK




Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

NOTIS UMUM PENUTUPAN SEMENTARA SATU LORONG JALAN SECARA BERFASA DI JALAN KK-KUDAT BAGI KERJA-KERJA MENEBANG POKOK
28/10/2026

NOTIS UMUM PENUTUPAN SEMENTARA SATU LORONG JALAN SECARA BERFASA DI JALAN KK-KUDAT BAGI KERJA-KERJA MENEBANG POKOK

PROGRAM CITRA BUDAYA KOTA KINABALU “KK CULTURE ON STAGE 2026” SIRI 4 (BULAN OKTOBER), PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA 2.0:...
22/10/2026

PROGRAM CITRA BUDAYA KOTA KINABALU “KK CULTURE ON STAGE 2026” SIRI 4 (BULAN OKTOBER), PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA 2.0: ‘LEAVE NO ONE BEHIND - TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ & KK SUNSET RIDE

22 OKTOBER 2026: Warisan seni dan budaya tempatan terus diperkasa menerusi Program Citra Budaya Kota Kinabalu “KK Culture On Stage 2026” Siri 4 (Bulan Oktober) anjuran Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang berlangsung di Lintasan Deasoka, pada 10 Oktober 2026.

Program yang bermula pada jam 7 malam ini bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian pelancongan budaya serta komuniti di bandar raya menerusi persembahan kebudayaan dan aktiviti interakif yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali warisan tempatan dengan lebih dekat.

Bertemakan “Warisan Tanpa Sempadan”, program kali ini menampilkan persembahan tarian pembukaan bertajuk “Menyambut Kepulangan Antanom” oleh kumpulan tari Mari Mari Cultural Village dan Kumpulan Penari Kinabalu. Suasana turut dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu tempatan dan tarian tradisi yang mengetengahkan elemen seni dan budaya masyarakat berbilang etnik di negeri ini.

Lebih menarik lagi, program ini mengalu-alukan penyertaan daripada pengunjung yang hadir, khususnya pelancong untuk sama-sama merasai pengalaman interaktif dengan dalam tarian tradisi yang dipersembahkan.

Pada hari yang sama, Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK turut menganjurkan Program KK Komuniti Sejahtera 2.0 seawal jam 12 tengah hari, di lokasi yang sama. Bertemakan “Komuniti Hijau & Rendah Karbon”, pelbagai aktiviti menarik ditawarkan untuk penyertaan daripada para pengunjung.

Antaranya ialah pertandingan e-Sport Mobile Legend, pertandingan melukis, zumba serta taklimat bertajuk “Kempen Pendaftaran dan Kawal Haiwan” oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK dan “Kempen KK Bersih & Hijau” oleh Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya, DBKK.

Orang ramai juga berpeluang untuk mengunjungi reruai KK Komuniti Sejahtera 2.0 yang disertai oleh agensi luar dan jabatan-jabatan DBKK. Antaranya ialah MATTA, Balai Seni Lukis, Kraftangan Malaysia, Lumamus Sanctuary, Mari Mari Cultural Village, Sufen Beauty & Spa, Pack My Lunch, Citra Kasih serta jabatan-jabatan DBKK dan DBKK Holdings Sdn. Bhd.

Program kemudian diteruskan dengan KK Love Bike: Free Ride Tour - Sunset Ride 2026 Siri 4 (Bulan Oktober). Peserta berbasikal telah dilepaskan dari KK Sentral dan bergerak menuju ke Anjung Senja, Segama Waterfront, Jeti DBKK, Sabah Tourism Board, Menara Jam Atkinson sebelum berakhir di pekarangan bangunan DBKK.

Penganjuran program ini akan diteruskan secara bulanan dengan mengangkat tema yang berbeza, agar ia menjadi platform yang memberi ruang kepada orang ramai untuk sama-sama menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan dalam suasana yang meriah dan santai.

Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez




Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA TEMPAT LETAK KERETA BAGI PROGRAM MADANI KITA - SEPANGGAR SABAH
22/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA TEMPAT LETAK KERETA BAGI PROGRAM MADANI KITA - SEPANGGAR SABAH

TAHNIAH! DBKK RAIH HONOUR AWARD DI SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARDS 2026 (SLAA 2026) 🏆20 OKTOBER 2026: Dewan Bandaray...
20/10/2026

TAHNIAH! DBKK RAIH HONOUR AWARD DI SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARDS 2026 (SLAA 2026) 🏆

20 OKTOBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah berjaya meraih Honour Award bagi kategori Government (Public Sector) – Local Authority City Hall menerusi projek Revitalising City Park sempena Sabah Landscape Architecture Awards 2026 (SLAA 2026) di Sabah International Convention Centre, pada 16 Oktober 2026.

Program berprestij ini dianjurkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian dalam bidang seni bina landskap, di samping menyokong agenda penghijauan dan pembangunan landskap mampan di Sabah.

Majlis penganugerahan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, Pembantu Menteri II, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) kepada YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK. Hadir sama ialah Puan Hajah Salmah Aplasin, Pengarah Jabatan Landskap, DBKK serta pegawai Jabatan Landskap, DBKK.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen dan usaha berterusan DBKK dalam mempertingkatkan kualiti landskap bandar, memperindah semula ruang awam serta mewujudkan persekitaran yang lebih lestari menarik dan mesar komuniti.

Kejayaan ini turut mencerminkan dedikasi, kreativiti dan kerjasama seluruh warga Jabatan Landskap, DBKK dalam merealisasikan pembangunan landskap yang berkualiti demi kesejahteraan masyarakat, sekali gus menyokong aspirasi Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Peranginan Semula Jadi.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan kecemerlangan dalam pembangunan landskap bandar pada masa hadapan.

Tahniah!

Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK




Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

Address

No 1, Jalan Bandaran
Kota Kinabalu
88675

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088521800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Bandaraya Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share