Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Call Directions Website Contact the business

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor " Memperkasa Perkhidmatan Awam Negeri "

15/10/2026

Di sebalik senyuman, ada perjuangan yang tidak semua orang tahu.

Dapatkan khidmat kaunseling daripada Unit Psikologi dan Kaunseling atau di Johor HEAL Centre JHC demi kesejahteraan mental dan emosi anda. Kerana setiap diri berhak untuk didengari dan mendapatkan sokongan.

Hubungi kami di talian :

07-266 6505 (Unit Psikologi dan Kaunseling)
07-587 9415 (Johor HEAL Centre JHC)

Penghargaan kepada Institut Dato’ Onn atas kerjasama dan khidmat bakat peserta Program Onn Leadership Accelerator X Johor Apprentice (OLAXJA) 2026/2027 dalam penerbitan video ini.

15/10/2026

Tidak semua luka mampu dilihat dan tidak semua kesakitan mampu diluahkan.

Dapatkan khidmat kaunseling daripada Unit Psikologi dan Kaunseling atau di Johor HEAL Centre JHC demi kesejahteraan mental dan emosi anda. Anda tidak perlu menghadapinya sendirian.

Hubungi kami di talian :

07-266 6505 (Unit Psikologi dan Kaunseling)
07-587 9415 (Johor HEAL Centre JHC)

Penghargaan kepada Institut Dato' Onn atas kerjasama dan khidmat bakat peserta Program Onn Leadership Accelerator X Johor Apprentice (OLAXJA) 2026/2027 dalam penerbitan video ini.

PERSIDANGAN MAJLIS BERSAMA JABATAN PERINGKAT NEGERI JOHOR BILANGAN 1/2026Persidangan MBJ Peringkat Negeri Johor Bil 1/20...
14/10/2026

PERSIDANGAN MAJLIS BERSAMA JABATAN PERINGKAT NEGERI JOHOR BILANGAN 1/2026

Persidangan MBJ Peringkat Negeri Johor Bil 1/2026 telah diadakan pada 13 Oktober 2026 dengan melibatkan 58 Jabatan dan Agensi di Negeri Johor.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memantau prestasi pelaksanaan MBJ di setiap Jabatan dan Agensi serta meneliti statistik dan status penyelesaian isu-isu berbangkit yang dibincangkan sepanjang tahun 2025.

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan saluran komunikasi dua hala antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan pandangan, pendapat dan cadangan berkaitan kepentingan bersama. Pelaksanaan MBJ yang berkesan dapat memupuk hubungan yang harmoni antara kedua-dua pihak, di samping menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.

Turut diadakan ialah penyampaian sijil penghargaan pelaksanaan MBJ kepada 58 Jabatan dan Agensi sebagai pengiktirafan atas komitmen dalam memastikan pelaksanaan MBJ berjalan dengan teratur dan berkesan.

Diharapkan agar pelaksanaan MBJ di setiap Jabatan dan Agensi di Negeri Johor terus diperkasakan sebagai platform perundingan yang berkesan antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja, selaras dengan usaha memperkukuh hubungan kerjasama dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam Negeri Johor.

13/10/2026

PROGRAM HELP 2026 : SELUHUR KASIH, SIMBIOSIS TERCIPTA

30/09/2026 (RABU) | TANGKAK

Setiap luahan membawa cerita dan setiap pertemuan meninggalkan makna. Program HELP meneruskan langkah menyantuni masyarakat dengan penuh keprihatinan, mendengar dengan empati dan mendekati mereka dengan hati. Saksikan momen perjalanan HELP di daerah Tangkak.

Seluhur Kasih, Simbiosis Tercipta.

13/10/2026

PROGRAM HELP 2026 : SELUHUR KASIH, SIMBIOSIS TERCIPTA

30/09/2026 (RABU) | MUAR

Setiap luahan membawa cerita dan setiap pertemuan meninggalkan makna. Program HELP meneruskan langkah menyantuni masyarakat dengan penuh keprihatinan, mendengar dengan empati dan mendekati mereka dengan hati. Saksikan momen perjalanan HELP di daerah Muar.

Seluhur Kasih, Simbiosis Tercipta.

KONVENSYEN KAUNSELING SERANTAU (REGIONAL COUNSELING CONVENTION – RISE 2026) ANJURAN PERKAMA INTERNATIONAL HARI KETIGA (1...
13/10/2026

KONVENSYEN KAUNSELING SERANTAU (REGIONAL COUNSELING CONVENTION – RISE 2026) ANJURAN PERKAMA INTERNATIONAL

HARI KETIGA (10/10/2026) | TENERA HOTEL & SUITES, BANGI

Hari terakhir Konvensyen Kaunseling Serantau (RISE 2026) diteruskan dengan Majlis Penutup Psychological First Aid (PFA) serta penyampaian sijil kepada para peserta yang telah mengikuti program berkenaan.

Majlis ini menandakan penghargaan terhadap komitmen dan penglibatan peserta dalam memperkukuh pengetahuan serta kemahiran memberikan sokongan psikologi awal kepada individu yang berhadapan dengan situasi krisis atau tekanan emosi.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kesiapsiagaan serta memperkasakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling, khususnya dalam mendepani keperluan kesejahteraan emosi masyarakat.

KONVENSYEN KAUNSELING SERANTAU (REGIONAL COUNSELING CONVENTION – RISE 2026) ANJURAN PERKAMA INTERNATIONAL HARI KEDUA (9/...
13/10/2026

KONVENSYEN KAUNSELING SERANTAU (REGIONAL COUNSELING CONVENTION – RISE 2026) ANJURAN PERKAMA INTERNATIONAL

HARI KEDUA (9/10/2026) | TENERA HOTEL & SUITES, BANGI

Malam penuh bermakna buat Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor apabila berjaya meraih pengiktirafan dalam Gala Dinner Night 2026 anjuran PERKAMA International sempena Konvensyen Kaunseling Serantau (RISE 2026).

Pengiktirafan ini menjadi bukti komitmen berterusan dalam memperkasa inovasi perkhidmatan psikologi dan kaunseling demi kesejahteraan penjawat awam Negeri Johor.

KONVENSYEN KAUNSELING SERANTAU (REGIONAL COUNSELING CONVENTION – RISE 2026) ANJURAN PERKAMA INTERNATIONAL HARI KEDUA (9/...
13/10/2026

KONVENSYEN KAUNSELING SERANTAU (REGIONAL COUNSELING CONVENTION – RISE 2026) ANJURAN PERKAMA INTERNATIONAL

HARI KEDUA (9/10/2026) | TENERA HOTEL & SUITES, BANGI

Hari kedua Konvensyen Kaunseling Serantau (RISE 2026) diteruskan dengan suasana meriah di ruang pameran projek inovasi kaunseling daripada Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Pameran Johor HEAL Centre dan HELP: Seluhur Kasih, Simbiosis Tercipta menerima kunjungan pengunjung yang berpeluang mengenali dengan lebih dekat inisiatif, pendekatan dan usaha inovasi dalam memperkukuh kesejahteraan psikologi serta perkhidmatan kaunseling.

Semoga perkongsian ini terus membuka ruang kolaborasi, pertukaran idea dan inspirasi dalam memperkasa bidang psikologi dan kaunseling.

KONVENSYEN KAUNSELING SERANTAU (REGIONAL COUNSELING CONVENTION – RISE 2026) ANJURAN PERKAMA INTERNATIONALHARI PERTAMA (8...
13/10/2026

KONVENSYEN KAUNSELING SERANTAU (REGIONAL COUNSELING CONVENTION – RISE 2026) ANJURAN PERKAMA INTERNATIONAL

HARI PERTAMA (8/10/2026) | TENERA HOTEL & SUITES, BANGI

Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor telah menghantar dua penyertaan bagi mengetengahkan projek inovasi kaunseling, iaitu Johor HEAL Centre: Anda Bahagia, Kami Gembira, Kami Sedia Membantu dan HELP: Seluhur Kasih, Simbiosis Tercipta di Konvensyen Kaunseling Serantau (RISE 2026).

Kedua-dua projek inovasi ini diketuai oleh Puan Norzamfiza binti Kamaros Zaman, Ketua Pegawai Psikologi dan diiringi oleh dua pegawai psikologi, Cik Nur Faseha Annasihah binti Ariffin dan Encik Muhamad Sarifudin bin Suradi bagi membantu sesi pembentangan kepada panel penilaian. Turut memberikan sokongan dan pemantauan ialah Tuan Haji Ab Razak bin Khalid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi memastikan penyertaan serta perkongsian inovasi ini berjalan lancar.

Semoga penyertaan ini menjadi platform untuk memperluas perkongsian ilmu, memperkukuh amalan kaunseling dan mengangkat inovasi perkhidmatan psikologi dan kaunseling ke tahap yang lebih tinggi.

Address

Bangunan Dato' Jaafar Muhammad
Kota Iskandar
70900

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 16:00
Friday 07:30 - 00:30

Telephone

+60192022807

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor:

Shortcuts

Share