Salam Tok Kenali

Salam Tok Kenali Produk Kesihatan Sunnah Tok Kenali Ini ialah Produk Minuman ini yg Mengandungi 33 Herba dn 30 Juz Ayat2 Al-Quran Inshaa Allah Kesembuhan Hanya milikNya shj

01/10/2021
12/07/2021

Kisah Ulama Menyediakan Kopi Untuk Seminggu Demi Menjaga Masa Untuk Ilmu

Kopi merupakan minuman yang membantu ramai orang untuk menyegarkan mata dan merangsang fikiran untuk menyiapkan kerja dan tugasan. Ramai yang memanfaatkan kopi untuk menemani mereka termasuklah para pekerja, pelajar, ilmuwan dan juga ahli ibadat.

Salah seorang ulama yang mempunyai kisah menarik dengan kopi ialah Shaykh Tahir al-Jaza'iri (1268-1338 Hijri), ulama yang lahir dan meninggal di Damsyik. Beliau merupakan salah seorang ulama yang meninggalkan lebih 35 karya dalam pelbagai bidang termasuk ulum al-Quran, akidah, hadith, tafsir, fiqh, usul fiqh dan sejarah. Kehebatan beliau dalam ilmu menyebabkan ada yang menggelarkan beliau sebagai perpustakaan bergerak.

Shaykh Tahir al-Jaza'iri sangat menjaga masa dan sentiasa bersama buku walau ke mana beliau pergi. Beliau juga kerap berjaga malam untuk membaca, menelaah dan mengkaji pelbagai persoalan ilmu. Malah, demi ilmu dan agenda islah masyarakat, Shaykh Tahir al-Jaza'iri memilih untuk hidup zuhud dan membujang hingga akhir hayat beliau.

Disebabkan beliau cukup menjaga, maka beliau menyediakan kopi dalam jumlah yang banyak sehingga mencukupi tempoh seminggu. Beliau berbuat demikian agar masanya tidak terbuang dengan menyediakan secawan kopi setiap kali mahu meminumnya. Mungkin ada yang pelik kerana kesan berbuat demikian ialah kopi akan menjadi kurang lazat. Namun, tindakan itu boleh difahami rasionalnya kerana tujuan Shaykh Tahir meminum kopi adalah untuk membantunya aktif dan berjaga malam. Kelazatan atau rasa seronok meminumnya p**a hanyalah sampingan buatnya.

Shaykh juga dikenali sebagai seorang yang cukup menjaga solat di awal waktu walau di mana beliau berada. Malah, sekiranya azan berkumandang ketika beliau di taman dan di pasar, beliau akan mencari tempat sesuai untuk menunaikan solat. Meskipun terkenal sebagai seorang yang menjaga masa demi ilmu, tetapi Shaykh juga menunaikan hak tubuh badan. Oleh itu, beliau menasihati para penuntut ilmu agar mengurangkan masa membaca pada hari cuti, serta melakukan senaman dan bersiar-siar di taman-taman. Nasihat ini dibuat agar kita tidak jemu dengan aktiviti ilmu serta memberi hak tubuh badan dan minda untuk berehat juga.

Selain menjadi ahli ilmu yang dirujuk, Shaykh Tahir al-Jaza'iri juga menjadi tokoh yang mendidik dan melakukan perubahan terhadap masyarakat. Beliau mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Islam yang memberi impak besar terhadap pendidikan di Damsyik. Tujuan penubuhannya ialah membantu sekolah-sekolah kebangsaan di Damsyik ketika itu. Beliau juga meninggalkan sumbangan berharga menerusi projek perpustakaan awam yang cukup terkenal iaitu Perpustakaan al-Zahiriyya (Al-Maktabah al-Zahiriyya). Perpustakaan itu sudah lama ada, tetapi mula bertukar menjadi perpustakaan awam menerusi inisiatif beliau dan Salim al-Bukhari pada 1876 atau 1877. Kedua-duanya mengumpulkan ribuan bahan bacaan untuk diletakkan di perpustakaan itu.

Demikianlah secara ringkas kisah ulama yang mempunyai sumbangan besar dalam dunia ilmu dan islah kemasyarakatan. Di sebalik semua itu, ada kisah peranan kopi yang membantu beliau aktif menjalankan pelbagai kegiatan ilmu dan kemasyarakatan.

*Rujukan: al-'Ulama al-'Uzab (Ulama Membujang Demi Ilmu) karangan Shaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah.

https://t.me/MarwanBukhari

16/06/2020

İzmir'de bir kahvehane, 1911.
A house in , 1911. ☕

01/04/2020

A Coffee House, Istanbul, 1810s
İstanbul'da Bir Kahve, 1810'lar

16/02/2020

Ottoman Coffee Pots, 19th Century
Osmanlı Kahvedanları, 19. Yüzyıl

03/02/2020

A Coffee House in Istanbul, 1830s
İstanbul'da Bir Kahvehane, 1830'lar
مقهى في اسطنبول، العقد الرابع من القرن التاسع عشر

Address

Kota Bharu

Telephone

+601156540049

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salam Tok Kenali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share