18/04/2026
KENAPA DHUHA??
Kerana pada waktu inilah kebanyakan kita sibuk mengejar urusan dunia, berlari dengan jadual, mengejar pelanggan, mengejar kerja dan tanggungjawab harian.
Dalam kesibukan itulah, ramai yang terlupa untuk berhenti seketika menghadap Allah.
Sedangkan orang yang benar-benar serius menjemput rezekinya akan memilih untuk bersujud di hadapan-Nya pada waktu Dhuha.
Amalan Dhuha bukan sekadar penarik rezeki, tetapi tanda syukur atas nikmat hidup yang Allah beri setiap pagi.
๐ Solat Dhuha 2 atau 4 rakaat
Bila kita solat Dhuha, sebenarnya kita sedang mendahulukan Allah daripada urusan dunia.
Saat kita menjaga hak Allah atas tubuh kita, Allah akan menjaga dan mencukupkan keperluan hidup kita.
Rezeki tidak pernah salah alamat kepada hamba yang menjaga hubungannya dengan Tuhan.
๐ Perbanyakkan zikir selepas Dhuha
Allahummaghfir li watub โalayya, innaka antat tawwabur rahim
(Ya Allah, ampunkan dosaku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)
Zikir ini melembutkan hati dan membuka pintu keberkatan dalam rezeki dan kehidupan.
๐ Biasakan membaca Surah Al-Waqiah di waktu pagi
Amalan para salafussoleh untuk menjaga kestabilan ekonomi keluarga.
Bukan jaminan kaya, tetapi ikhtiar supaya hidup dijauhkan daripada kefakiran dan kesempitan.
๐ Bersedekah di waktu Dhuha ( offline on line )
Waktu pagi adalah waktu para malaikat mendoakan:
โYa Allah, gantikanlah bagi orang yang bersedekah.โ
Sedekah tidak perlu besar, yang penting istiqamah.
Ini tanda kita menguasai harta, bukan hamba kepada harta.
๐ Doa memohon rezeki halal
Allahummakfini bihalalika โan haramika, wa aghnini bifadhlika โamman siwak
(Ya Allah, cukupkan aku dengan yang halal dan kayakan aku dengan kurniaan-Mu tanpa bergantung kepada selain-Mu)
๐ทBila amalan Dhuha menjadi rutin, rezeki akan terasa lebih mudah.
Kadang bukan dalam bentuk wang, tetapi dalam bentuk idea, peluang, kesihatan, pelanggan yang baik, dan ketenangan hidup,silaturrahim kekeluarga.
Hakikatnya, selama ini kita bukan kurang kerja keras.
Kita hanya kurang dua rakaat di waktu Dhuha.
Ruginya jika setiap pagi kita sibuk dengan dunia, tetapi tidak sempat mengetuk pintu langit.
Menyesalnya jika peluang Dhuha yang Allah beri setiap hari kita biarkan berlalu begitu sahaja.
Mulai pagi ni,,,
Jangan tunggu lapang.
Jangan tunggu kaya.
Jangan tunggu sempat.
Ambil wuduk, bentang sejadah, dan laksanakan Dhuha.
2 rakaat sahaja sudah cukup untuk memulakan perubahan hidup.
Jom sama-sama kita hidupkan Dhuha setiap pagi ๐ค๐
berbaki 3 slot lagi