09/08/2026
KOTA BHARU, 9 Ogos 2026 โ Majlis Pelancaran Gotong-Royong Perdana Cegah Denggi Tapak Bina JKR Malaysia Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar).
Majlis yang berlangsung di tapak Projek Pembangunan 20 Bilik Darjah Kolej Tingkatan Enam, Kota Bharu, Kelantan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JKR Malaysia dalam memperkukuh aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan di tapak bina, khususnya bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes serta penularan wabak denggi.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
YBrs. Ir. Nooraini binti Ibrahim, Menjalankan Tugas Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat;
YABrs. Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan;
YBrs. Dr. Ahmad Faris bin Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan;
serta YBrs. Puan Hajah Siti Norina binti Muhamad, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Turut hadir ialah barisan Pengarah Kanan JKR, Ketua-Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Jajahan, pegawai-pegawai kanan JKR, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia serta pihak kontraktor Sulong Engineering Sdn. Bhd.
Program dimulakan dengan ceramah bertajuk โHentikan Denggi, Sebelum Ianya Bermulaโ yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Abd. Mukmin bin Mohamed Aminuddin, Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah Machang, Kelantan. Ceramah memberi pendedahan mengenai denggi, langkah pencegahan serta kepentingan memastikan persekitaran sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YABrs. Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan, diikuti ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar).
Acara kemuncak menyaksikan gimik perasmian Majlis Pelancaran Gotong-Royong Perdana Cegah Denggi Tapak Bina JKR Malaysia Tahun 2026, mencerminkan komitmen berterusan JKR dalam memastikan tapak bina di bawah seliaannya sentiasa bersih, selamat dan sihat, di samping meningkatkan kesedaran bahawa usaha mencegah denggi merupakan tanggungjawab bersama.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua jabatan, agensi dan pihak yang terlibat atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini.
โHentikan Denggi, Sebelum Ianya Bermulaโ
I am JKR, You are JKR, We are JKR โ Together, We Stop Dengue!
Ikuti media sosial rasmi JKRKelantan untuk informasi terkini.