11/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐' ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ - YAB Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang telah mengadakan lawatan ke lokasi kejadian kebakaran di Kampung Gok Kapor, Kota Bharu yang melibatkan 27 buah rumah serta menjejaskan lebih 100 orang penduduk.
Turut hadir mengiringi YAB Menteri Besar Kelantan dalam lawatan ini YDH Ketua Polis Kelantan, Ybrs. Timbalan Ketua Jajahan mewakili YABrs. Ketua Jajahan,YBrs. Ketua Penolong Ketua Jajahan, pegawai-pegawai jajahan, Penggawa Daerah Badang serta wakil-wakil agensi kerajaan bagi meninjau keadaan semasa dan menyalurkan bantuan.
Dalam lawatan tersebut, sumbangan turut disampaikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang sedang menghadapi ujian ini.
Semoga semua mangsa yang terjejas diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.