19/01/2026
Hurry Up !
📢 PENGUMUMAN RASMI KDN TEMPOH KHAS PERMOHONAN PEKERJA ASING
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa Tempoh Khas Permohonan Pekerja Asing akan dibuka bermula 19 Januari hingga 31 Mac 2026.
Tempoh khas ini dilaksanakan bagi mengelakkan kesesakan permohonan, melancarkan proses serta memastikan pengurusan permohonan pekerja asing dapat dilaksanakan secara lebih teratur, telus dan berintegriti.
🔹 Perhatian kepada majikan
• Majikan digesa mengemukakan permohonan lebih awal dan tidak menunggu saat akhir;
• Kerjasama penuh dengan agensi berkaitan amat penting bagi memastikan semua dokumen lengkap dan proses berjalan lancar;
• Permohonan mesti dikemukakan secara terus oleh majikan; dan
• Tiada ejen atau pihak ketiga dibenarkan
Penggunaan ejen sering mengakibatkan kelewatan akibat permohonan tidak lengkap serta pengambilan nombor giliran yang bukan hak mereka, sekali gus menyebabkan kesesakan sistem.
📊 Situasi semasa
Jumlah permohonan harian meningkat hampir 350%, daripada purata 42 permohonan (Oktober–November) kepada 185 permohonan (Disember).
Kuota sektor perkhidmatan seramai 30,000 pekerja asing kini hampir penuh.
🤝 Matlamat bersama
Kerjasama majikan amat penting bagi memastikan proses permohonan dilaksanakan secara lancar, cekap dan berintegriti, demi kepentingan semua pihak.
📌 Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)