AA Fire Protection Service

AA Fire Protection Service BEKALAN DAN PERKHIDMATAN KERJA PENGISIAN SEMULA ALAT PEMADAM API MUDAHALIH
***BERDAFTAR DENGAN : KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA & KONTRAKTOR BUMIPUTERA

Alat Pemadam Api mudahalih dari Jabatan Kerajaan yang perlu diselenggara untuk memastikan tiada penurunan gas, kebocoran...
23/08/2020

Alat Pemadam Api mudahalih dari Jabatan Kerajaan yang perlu diselenggara untuk memastikan tiada penurunan gas, kebocoran pada injap dan pembekuan pada serbuk tepung (dry powder).

Demonstrasi Kebakaran yang dilakukan melibatkan staff dan pekerja Ladang bagi memastikan cara penggunaan Alat Pemadam Ap...
23/08/2020

Demonstrasi Kebakaran yang dilakukan melibatkan staff dan pekerja Ladang bagi memastikan cara penggunaan Alat Pemadam Api yang betul sekira berlakunya kebakaran.

Kerja-Kerja membaikpulih Sistem Kawalan Kebakaran yang telah disempurnakan di STOR JALEN
23/08/2020

Kerja-Kerja membaikpulih Sistem Kawalan Kebakaran yang telah disempurnakan di STOR JALEN

By Puteri Azie Kasturi Aziz
19/07/2013

By Puteri Azie Kasturi Aziz

19/07/2013
NI JE GAMBAR YG ADE...HEHE
19/07/2013

NI JE GAMBAR YG ADE...HEHE

19/07/2013
Kelalaian manusia boleh menyebabkan "NYAWA MELAYANG".. fikirkanlah.. perlindungan yg terbaik, pastikan disetiap rumah at...
18/07/2013

Kelalaian manusia boleh menyebabkan "NYAWA MELAYANG".. fikirkanlah.. perlindungan yg terbaik, pastikan disetiap rumah ataupun kereta digalakkan memiliki alat pemadam api untuk keselamatan kita n orang lain...

18/02/2012

Alat Pengesan Asap



Kepentingan

Sebab utama kematian akibat kebakaran dirumah adalah kerana mereka lambat menyedari tentang sesuatu kebakaran (tiada penggera). Kebanyakan kes kematian berlaku di rumah ketika penghuni rumah sedang tidur (diantara 12.00 pagi hingga 05.00 pagi). Amaran awal adalah amat penting kerana api dan asap merebak dengan cepat. Karbon monoksida iaitu gas yang terhasil dalam sesuatu kebakaran akan membuat anda tidak sedarkan diri sekiranya tiada amaran awal untuk mengejutkan anda dari tidur.

Fungsi

Memberi amaran awal sekiranya berlaku sesuatu kebakaran dimana membolehkan anda bertindak dengan cepat untuk:
Memberikan amaran segera kepada penghuni lain supaya nyawa dan harta benda dapat diselamatkan.
Membolehkan anda mengambil tindakan yang perlu untuk memadamkan kebakaran.
Memberi anda lebih masa untuk menyelamatkan diri sekiranya api dalam keadaan tidak terkawal.
Kajian menunjukkan bahawa peluang untuk menyelamatkan diri adalah 50% lebih tinggi sekiranya alat pengesan asap dipasangkan dirumah anda berbanding dengan rumah yang tidak memilikinya.

Jenis-Jenis

Untuk pemasangan dirumah anda, pengesan asap jenis kuasa tersendiri (kuasa bateri) adalah sesuai. Pada masa kini, di pasaran terdapat dua jenis utama pengesan asap yang berasaskan system pengesan deria iaitu jenis ion dan foto elektrik.

Kekerapan Menguji

Semua alat pengesan asap harus diuji pada setiap bulan.

Tempat yang Sesuai

Jika rumah anda mempunyai beberapa tingkat, adalah disyorkan supaya memasang pengesan asap disetiap tingkat. Tempat yang sesuai adalah pada siling, didalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.

Maklumat mengenai cara pemasangan lokasi, penyelenggaraan pengujian dan sebagainya boleh diperolehi daripada pihak pembekal atau melalui katalog.

Anda juga boleh mendapatpan maklumat daripada balai bomba dan penyelamat yang berhampiran sekiranya anda memerlukan keterangan lanjut.

Pengesan Haba

Tempat-tempat dimana alat pengesan asap tidak sesuai seperti ruang dapur adalah digalakkan untuk memasang pengesan haba.

Peringatan

Sekiranya kebakaran berlaku dan anda tidak mempunyai pengesan asap untuk mengejutkan anda dari tidur, peluang anda untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda adalah amat tipis. Ini adalah kerana semasa kebakaran, tempoh masa menjadi musuh utama. Statistik membuktikan bahawa kebanyakan kes-kes kematian ketika kebakaran di rumah berlaku sewaktu orang sedang tidur dan tiada sebarang amaran awal untuk mengejutkan mereka.

Address

T/L 25/1, Jalan TIONG, FELDA KAHANG TIMUR
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AA Fire Protection Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AA Fire Protection Service:

Share