Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kluang

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kluang Kementerian mula diasaskan dengan penubuhan Bahagian Belia di Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1953.

LATAR BELAKANG KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan mengenai belia dan sukan. Setelah mencapai kemerdekaan pada 1957, Bahagian Kebudayaan p**a ditubuhkan dibawah Kementerian Penerangan dan Penyiaran. Menyedari kepentingan peranan dan fungsi di bahagian-bahagian belia, sukan dan kebudayaan, maka Kerajaan

secara rasminya telah menubuhkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 16 Mei 1964. Pada tahun 1987, Jemaah Menteri telah memindahkan Bahagian Kebudayaan ke sebuah Kementerian yang baru ditubuhkan iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Mulai tarikh tersebut, Jabatan Belia dan Sukan hanya melaksanakan program-program belia dan sukan sahaja. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah dibuka pada 1966 dengan seorang Pegawai Belia dan Sukan Negeri dan seorang Kerani. Sekarang telah berkembang dengan pesat bukan sahaja dari segi keanggotaannya tetapi juga dari segi peranan dan tanggungjawab. Pada masa ini, terdapat seramai 86 orang Pegawai dan Kakitangan tidak termasuk pekerja-pekerja Khidmat Singkat / Kontrak. Sungguhpun demikian, kita masih lagi merasakan kekurangan dari segi keanggotaan kerana kerja-kerja yang perlu dilaksanakan kian bertambah dari masa ke semasa.

Address

Tingkat 2, Bangunan Persekutuan, KM 4 Jalan Batu Pahat
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077722399

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kluang:

Share