Lebuhraya GSNK

Call Directions Website Contact the business

Lebuhraya GSNK GRAND SEPADU (NK) SDN BHD is a highway concessionaire of the New North Klang Straits Bypass Expressway (E30), connecting Port Klang to Bukit Raja in Klang.

Seluruh warga kerja Grand Sepadu merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasma...
28/09/2026

Seluruh warga kerja Grand Sepadu merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Ali atas pemergian beliau hari ini.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dtempatkan dikalangan golongan yang beriman dan beramal soleh.

Jasa bakti serta pengorbanan yang dicurahkan kepada negara akan sentiasa dikenang.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali atas pemergian beliau pada pagi ini.

Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Jasa, sumbangan dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Setiap perjalanan membawa kita lebih dekat.Sempena Hari Malaysia ini, Grand Sepadu meraikan semangat perpaduan yang meng...
16/09/2026

Setiap perjalanan membawa kita lebih dekat.

Sempena Hari Malaysia ini, Grand Sepadu meraikan semangat perpaduan yang menghubungkan rakyat daripada pelbagai latar belakang, budaya dan negeri.

Semoga negara terus maju dengan semangat kebersamaan yang menjadi kebanggaan kita semua.

Selamat Hari Malaysia 2026 🇲🇾

Syabas kepada pengguna Lebuhraya Grand Sepadu yang layak menebus tambah nilai Touch 'N Go  bagi Program Pengguna Setia. ...
13/09/2026

Syabas kepada pengguna Lebuhraya Grand Sepadu yang layak menebus tambah nilai Touch 'N Go bagi Program Pengguna Setia. Pengguna yang layak menebus tambah nilai ini adalah pengguna yang telah mencapai 100 transaksi bagi bulan Ogos 2026.

Semak nombor kad Touch 'n Go tertera dan hubungi kami untuk maklumat lanjut pada waktu pejabat Isnin - Jumaat (jam 9.00pagi - 5.00 petang).

Terima kasih atas kesetiaan anda menggunakan Lebuhraya Grand Sepadu! Sentiasa amalkan pemanduan yang berhemah 😃

Grand Sepadu hari ini dengan kerjasama Lions Club of Selangor Kingdom dan IPD Klang Utara telah mengagihkan sebanyak 1,0...
27/08/2026

Grand Sepadu hari ini dengan kerjasama Lions Club of Selangor Kingdom dan IPD Klang Utara telah mengagihkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang kepada pengguna lebuhraya Grand Sepadu.

Program yang diadakan di Plaza Tol Bukit Raja Grand Sepadu ini bertujuan bagi menyemarakkan lagi semangat sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-69 tahun yang bakal tiba.

Ia secara tidak langsung dapat memupuk semangat yang lebih erat antara seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaa bangsa dan agama.

Grand Sepadu akan sentiasa memberi sokongan penuh terhadap program-program seperti ini.

Salam Maulidur Rasul.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersempena 12 Rabiulawal tahun kelahiran B...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersempena 12 Rabiulawal tahun kelahiran Baginda.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi Muhammad SAW;
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat padaku.”

Majlis Flag Off sempena Sambutan Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang peringkat IPD Klang Utara Tahun 2026 telah diad...
19/08/2026

Majlis Flag Off sempena Sambutan Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang peringkat IPD Klang Utara Tahun 2026 telah diadakan hari ini bertempat di Kawasan Rehat Klang Utara Lebuhraya Grand Sepadu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YDH ACP Ramsay Anak Embol, Ketua Polis Daerah Klang Utara. Ia adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta rasa cinta akan tanah air.

Selain daripada warga Polis IPD Klang Utara, organisasi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor dan Bomba Negeri Selangor.

Grand Sepadu sentiasa memberikan sokongan kepada organisasi kerajaan serta masyarakat setempat sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat.

Syabas kepada pengguna Lebuhraya Grand Sepadu yang layak menebus tambah nilai Touch 'N Go  bagi Program Pengguna Setia. ...
13/08/2026

Syabas kepada pengguna Lebuhraya Grand Sepadu yang layak menebus tambah nilai Touch 'N Go bagi Program Pengguna Setia. Pengguna yang layak menebus tambah nilai ini adalah pengguna yang telah mencapai 100 transaksi bagi bulan Julai 2026.

Semak nombor kad Touch 'n Go tertera dan hubungi kami untuk maklumat lanjut pada waktu pejabat Isnin - Jumaat (jam 9.00pagi - 5.00 petang).

Terima kasih atas kesetiaan anda menggunakan Lebuhraya Grand Sepadu! Sentiasa amalkan pemanduan yang berhemah 😃

06/08/2026
Syabas kepada pengguna Lebuhraya Grand Sepadu yang layak menebus tambah nilai Touch 'N Go  bagi Program Pengguna Setia. ...
12/07/2026

Syabas kepada pengguna Lebuhraya Grand Sepadu yang layak menebus tambah nilai Touch 'N Go bagi Program Pengguna Setia. Pengguna yang layak menebus tambah nilai ini adalah pengguna yang telah mencapai 100 transaksi bagi bulan Jun 2026.

Semak nombor kad Touch 'n Go tertera dan hubungi kami untuk maklumat lanjut pada waktu pejabat Isnin - Jumaat (jam 9.00pagi - 5.00 petang).

Terima kasih atas kesetiaan anda menggunakan Lebuhraya Grand Sepadu! Sentiasa amalkan pemanduan yang berhemah 😃

Address

Jalan Kapar
Klang
41400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

03 - 3345 0333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lebuhraya GSNK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lebuhraya GSNK:

Shortcuts

Share