Perwira Niaga Malaysia Official

Call Directions

Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) ditubuhkan untuk memberi khidmat sebaik mungkin kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas anggota ATM dan anggota sukarelawan ATM dengan penyediaan rangkaian kedai runcit di seluruh negara pada kadar harga yang berpatutan lagi terkawal berlandaskan pengurusan yang cemerlang dan berwibawa dan sentiasa prihatin akan kehendak persekitaran. VISI

Menjadikan PERNAMA sebuah organisasi peruncitan yang cemerlang, berwibawa dan prihatin akan kehendak persekitaran dan memberikan pulangan yang terbaik kepada pemegang sahamnya. MISI

Memberi khidmat yang sebaik mungkin kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui rangkaian khidmat runcit di seluruh negara dengan penyediaan barangan (produk jualan) pada kadar harga yang berpatutan lagi terkawal.

03/10/2026

Satu kehilangan yang amat terasa. Pemergian Allahyarham Lt Kol Abd Talib Darmawi (B), Pengurus Kanan Korporat PERNAMA, meninggalkan kesan yang mendalam.

Saya kerap bersama Allahyarham dalam pelbagai program melibatkan PERNAMA. Beliau seorang yang komited dalam tugas, mudah bekerjasama dan sentiasa memudahkan setiap urusan.

Jasa, budi dan kerjasama baik Allahyarham akan terus dikenang.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Al-Fatihah.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونSalam Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Lt. Kol Abd Talib bin Hj D...
02/10/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Lt. Kol Abd Talib bin Hj Darmawi (B), Pengurus Kanan, Jabatan Korporat PERNAMA yang telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Oktober 2026 (Sabtu) bersamaan 12 Rabiulawal 1448H.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Azhan bin Md Othman, Panglima Tentera Darat atas pengurni...
30/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Azhan bin Md Othman, Panglima Tentera Darat atas pengurniaan Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K.) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 Tahun 2026.

Semoga terus gagah menggalas amanah, memimpin dengan penuh dedikasi dan mencurahkan bakti demi pasukan, warga dan tanah air.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkat...
30/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera atas pengurniaan Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K.) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 Tahun 2026.

Semoga terus teguh memimpin, cekal menggalas amanah dan sentiasa diberi kekuatan dalam meneruskan khidmat demi kedaulatan serta kesejahteraan negara.

Seluruh warga PERNAMA menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali serta merak...
28/09/2026

Seluruh warga PERNAMA menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali serta merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala khilaf serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.


Satu lagi lokasi JIMAT Special unlocked! 🛍️✨Meriah sekitar Perasmian JIMAT Special @ PERNAMA Kem Batu 10, Kuantan yang t...
26/09/2026

Satu lagi lokasi JIMAT Special unlocked! 🛍️✨

Meriah sekitar Perasmian JIMAT Special @ PERNAMA Kem Batu 10, Kuantan yang telah disempurnakan oleh Panglima Briged Keempat (Mekanize), Brigedier Jeneral Azizan @ Azizan Long Ji bin Harun, diiringi wakil Pengurusan PERNAMA.

Sesiapa yang berdekatan, rugi kalau tak singgah!👀
JIMAT Special @ PERNAMA Kem Batu 10 berlangsung sehingga 30 Sept 2026.


25/09/2026

Korang dah singgah JIMAT Sept belum? 👀🛍️

Kalau belum, masih sempat! Pelbagai barangan keperluan harian dengan harga lebih jimat menanti anda di PERNAMA seluruh Malaysia - sehingga 30 Sept 2026.

Jom grab sebelum JIMAT Sept melabuhkan tirai!💙

Satu lagi wajah lama yang bakal dirindui.33 tahun penuh dengan cerita, kenangan dan jasa bersama PERNAMA. Kini tiba masa...
21/09/2026

Satu lagi wajah lama yang bakal dirindui.

33 tahun penuh dengan cerita, kenangan dan jasa bersama PERNAMA. Kini tiba masanya untuk Tn. Hj. Norwaza memulakan lembaran baharu.

Terima kasih untuk segala bakti dan kenangan. Selamat bersara, Tn. Hj. Norwaza!🌿
Norwaza Bin Baharudin

Kuantan, simpan dulu wallet tu! 👀💸JIMAT Special bakal tiba di PERNAMA KEM BATU 10, KUANTAN!  🛍️💛📅 24 – 30 September 2026...
20/09/2026

Kuantan, simpan dulu wallet tu! 👀💸
JIMAT Special bakal tiba di PERNAMA KEM BATU 10, KUANTAN! 🛍️💛

📅 24 – 30 September 2026
⏰ 9am - 9pm

Pelbagai tawaran menarik & harga istimewa menanti anda. Jadi, kalau dah ada barang dalam wishlist, simpan dulu bajet tu 😉 Nanti masa JIMAT Special, barulah kita grab! 🛒✨

Jumpa anda di sana, Kuantan! 💛

JIMAT lagi, belanja lebih berbaloi! 🛍️💛Promo JIMAT September kembali! 🎉Nikmati pelbagai tawaran menarik untuk keperluan ...
20/09/2026

JIMAT lagi, belanja lebih berbaloi! 🛍️💛

Promo JIMAT September kembali! 🎉
Nikmati pelbagai tawaran menarik untuk keperluan anda dari 22 – 30 September 2026.

📅 22 – 30 September 2026
📍 Semua PERNAMA seluruh Malaysia

Jom JIMAT sebelum terlepas! 👀



Address

No 6, Solok Waja 1, Bukit Raja
Klang
40000

Telephone

+60330930572

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perwira Niaga Malaysia Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share