Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 10 November 2005 merupakan organisasi bukan kerajaan yang dianggotai dan diterajui oleh pegawai dan pesara kerajaan, swasta, ahli korporat, pegawai perubatan, pengamal perubatan Islam & alternatif, bekas pensyarah Institut Pengajian Tinggi (IPT), bekas Mahasiswa serta Siswazah IPT tempatan dan luar negeri. Objektif
Antara objektif PERKESAN ialah untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dalam membantu dan berusaha mencari sumber rawatan & penyelesaian alternatif sebagai sokongan untuk memban- gun, mengurus dan merawat masalah insan yang menyentuh aspek mental, kerohanian dan jasmani. Sebagai contoh :
pesakit kronik misalnya pesakit AIDS, Barah, Ketagihan dadah, penyakit mental dan juga keruntuhan akhlak (moral); Dan membantu dan berusaha mencari sumber penyele- saian alternatif dalam menangani masalah bencana alam serta memulihara dan merawat alam; Dan bekerjasama dengan pihak kerajaan serta agensi-agensi yang di bawahnya dan dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai kepentingan dan tujuan yang serupa dengan pertubuhan ini. Wawasan
• Berjuang mencapai objektif pertubuhan supaya menjadi salah sebuah organisasi kebajikan yang terulung.
• Merealisasi secara aktif dalam bidang kebajikan yang menyumbang ke arah kesejahteraan alam dan insan serta menyokong aktiviti meningkatkan pemulihan masalah dari segi fizikal , mental dan rohani.
• Berlandaskan ilmu pengetahuan agama, peru- batan moden dan teknologi yang memberi manfaat sesuai dengan keperluan negara bagi menjadi masyara- kat Islam Hadhari yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.
• Menjana semangat perpaduan di kalangan ahli dan juga perpaduan nasional bagi menjamin kehidupan yang makmur, bahagia dan sejahtera.
• Mengembangkan kaedah metafizik Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa. Misi
• Memupuk kesedaran pentingnya aspek spiritual berlandaskan konsep tauhidiah.
• Menggembling para pakar dan pengamal perubatan dari berbagai latar belakang pendidikan dan kepakaran.
• Membantu dan berusaha mencari sumber penyelesaian utama dan alter- natif sebagai sokongan untuk membangun, mengurus dan merawat insan yang bermasalah.
• Bekerjasama dengan pihak kerajaan, badan berkanun, swasta, korporat, badan bukan kerajaan yang mempunyai kepentingan dan tujuan yang sama.
• Berusaha semaksimum dalam menangani segala penyakit sosial. Visi
• Menuju wawasan sebagai Badan Bukan Kerajaan berasaskan penyelidi-