MOSHA Chocolate Malt by Sifukopi

MOSHA Chocolate Malt by Sifukopi Produk 100% Muslim. Dibuat di kilang bertaraf GMP 100% Muslim. Produk yang memiliki taraf MESTI dan

26/09/2021

Seringkali orang tanya Sifu, mcm mana nak mulakan bisnes?

Jawab Sifu :

Mulakan dengan perancangan, selepas itu tindakan, selepas itu, buat pemantauan terhadap bisnes, selepas itu, baiki kesilapan dan kelemahan, buat tindakan dan terus pantau bisnes tu.

Mulakan dengan apa yang ada di tangan, atau mulakan dengan apa yang kita ada minat yang mendalam.

Semoga bermanfaat.

26/09/2021

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Rumah ni dah bersawang. 🤪

07/08/2021

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI KAWAN2. SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN HARI INI.

01/07/2021

Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam Jumaat. I hope everyone is okay.

28/06/2021

Hai assalamualaikum, selamat pagi semua. Apa khabar? Pkp disambung lagi, apa komen anda?

22/06/2021

Hai Assalamualaikum dan selamat pagi! Semoga anda semua dipermudahkan urusan anda hari ini.

22/06/2021

YANG TENANG PASTI MENANG!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai assalamualaikum dan selamat petang! Apa khabar semua? Hari ni Sifu nak bicarakan tentang, staying calm, atau bersikap tenang.

Semua pasti berada dalam keadaan tegang sepanjang kehidupannya atau bisnes. Hidup ini ibarat roda, kadang2 di atas, kadang2 di bawah. Apa yg penting, apabila kita berada di bwh, ketika kita mendepani cabaran, kita hendaklah bersikap tenang.

Bersikap tenang akan menyebabkan kita dapat mengatur kembali kehidupan atau bisnes kita dgn lebih cermat dan bersistematik. Terutama sekali apabila kita dapat menulis atau mencatat permasalahan kita tu di atas kertas, dan tulis segala kemungkinan jalan penyelesaian dan worst case scenario, maka kita akan mampu selesaikan bnyk perkara atau cabaran itu.

Andai kata kita tidak tenang dan mengikut hati kita yang gundah gulana, maka kemungkinan kita akn buat keputusan yang terburu-buru yang mungkin menyebabkan kita rugi. Atau, mungkin dpt mengusutkan lagi keadaan.

Ayuhlah! Jika kita mendapat dugaan, bertenanglah, dan fikirkan cara penyelesaian terbaik! Adios!

21/06/2021

Hai assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar kwn2 hebat semua!

19/06/2021

Assalamualaikum semua. Morning. Semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat.

3 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS KELUAR DARI GROUP WHATSAPP~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Hai Assalamualaikum semua. Salam...
18/06/2021

3 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS KELUAR DARI GROUP WHATSAPP
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat, penghulu segala hari. Semoga anda dapat bersedekah lebih hari ini. Ingatlah, jika anda nak keluar dari situasi keluh-kesah dunia, maka salah satu cara ialah dengan bersedekah.

Hari ini Sifu nak share 3 sebab mengapa anda harus keluar dari satu-satu group whatsapp. Sebab yang pertama ialah, andainya group whatsapp itu sangat-sangat aktif hingga anda ketinggalan terus untuk membaca dan reply. Biasanya ianya benar jika anda join group-group whatsapp sosial yang memang dibuat khusus untuk hanya bersembang atau berbual kosong. Jadi, jika anda sedar sudah lama anda tidak buka whatsapp dan group whatsapp itu ada beratus-ratus mesej yang belum di baca, maka haruslah anda keluar.

Point kedua, yang ada kena-mengena dengan point di atas tadi, ialah, seandainya group whatsapp itu tidak menambahkah apa-apa nilai unuk anda. Yakni, cuma sembang kosong dan apatah lagi kadang-kadang akan menimbulkan pergaduhan dan sebagainya. Group-group sosial kebanyakannya memang membuang masa. Tapi ianya terpulang kepada nawaitu seseorang yang join group-group tersebut. Sebabnya, ada juga kadang-kadang, situasi diri individu yang tidak mendapat hiburan atau ketenangan pada dunia nyata, maka perlu kepada hiburan alam maya.

Sebab ketiga ialah, anda harus keluar dari group whatsapp seandainya anda sudah tiada apa-apa contribution atau sharing of knowledge dalam group tersebut. Kadang-kadang anda join group-group whatsapp untuk share knowledge anda dalam satu-satu bidang, contohnya bisnes. Jika anda sudah berada di dalam group seperti itu beberapa tahun, akan timbul situasi sama ada info dan knowledge itu sama sahaja. Dan anda sendiri pun sudah tidak dapat nak share info dan knowledge yang baharu, maka seharusnya anda left group itu. Lebih baik anda buat perkara-perkara yang lebih bermanfaat.

Sifu harap perkongsia Sifu sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada anda semua. Good luck dan teruskan bersemangat. Adios!

Image credit to Web Tech Tutorial Youtube Channel.

17/06/2021

Sebaik baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.
Salam Jumaat.

TUHAN MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Hai Assalamualaikum dan selamat pagi! Harapan Sifu, anda se...
17/06/2021

TUHAN MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai Assalamualaikum dan selamat pagi! Harapan Sifu, anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Hari ni Sifu nak berkongsi pandangan mengenai statement di atas.

Bagi mereka yang percaya adanya Tuhan, maka semuanya perlu percaya bahawa apa sahaja yang berlaku dlm dunia ini, berlaku dgn kehendakNya. Tidak akan berlaku sesuatu kecuali dgn izinNya.

Tuhan bukan zalim. Tuhan Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki. Persoalannya, mengapa ada sesetangah daripada kita yang rezekinya sentiasa ada dan melimpah-ruah? Dan ada juga yang rezekinya sempit dan susah nak dapat.

Sebabnya banyak. Sangat banyak. Tapi untuk hari ini, Sifu nak fokus kepada statement di atas sahaja. Apa maksudnya TUHAN MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA? Pada pandangan Sifu, Tuhan tiada masalah untuk mengurniakan rezeki atau apa sahaja kepada hambaNya. Cuma, persoalannya, hambaNya itu LAYAK, atau benar-benar perlu tak kepada rezeki itu?

Contohnya, antara seorang pekerja dgn majikan. Ada sesetengah pekerja yang dapat naik pangkat cepat dan ada yang lambat. Soalan, mcm mana ianya berlaku sedemikian? Majikan tentunya memerhati apa yang pekerja-perkerjanya lakukan. Tentu ada pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh, dan ada yang sambil lewa. Ada tentunya pekerja yang memang meminta untuk membuat tugasan, dan ada yang mengelak. Jadi, tentunya majikan akan s**a kepada pekerja yang rajin, bersungguh-sungguh, nampak nak diberi tugasan dan lain-lain. Dan pekerja sebegini tentunya akan cepat naik pangkat.

Begitu juga kita dengan Tuhan. Adakah kita layak menerima rezeki? Adakah kita perlukan rezeki itu? Apa kata, bercakaplah dengan Tuhan, temuilah dengan Tuhan melalui kaedah dan kepercayaan agama masing-masing. Dan apa yang penting, kita mesti sentiasa sangka dan mahu apa yang kita mahu. Tunjukkan kesungguhan bahawa kita memang nak rezeki itu. Berusahan dengan bersungguh-sungguh supaya Tuhan nampak kita memang nakkan rezeki itu.

Yakinlah rezeki daripada Tuhan dan bersangka baiklah kepada Tuhan. Tiada Tuhan yang zalim terhadap hamaNya. Kitalah yang zalim kepada diri sendiri.
Setakat inilah sahaja perkongsian daripada Sifu. Tiada jawapan betul atau salah. Ini hanyalah pandangan Sifu.

Imej kredit kpd coachmohdnoor.com

Address

Ketereh

Telephone

+601110966297

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MOSHA Chocolate Malt by Sifukopi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MOSHA Chocolate Malt by Sifukopi:

Share