20/10/2026
πβ¨ KELAS MINGGUAN PERMATA INTELEK
Alhamdulillah, kelas mingguan Permata Intelek pada minggu ini diteruskan dengan sesi pembelajaran Fardu Ain yang memfokuskan tajuk Rukun Iman.
Bagi memantapkan pemahaman, para pelajar turut menghasilkan peta minda dan menyertai aktiviti permainan interaktif. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan membantu mereka mengingati perkara yang dipelajari dengan lebih baik.
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi panduan dalam kehidupan seharian serta membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak mulia. Terima kasih kepada para tutor dan sukarelawan atas komitmen dalam membimbing anak-anak Permata Intelek. π€