29/12/2024
10/10.....hampir sama life rider dalam malaysia......jatuh bangun untuk family 🫡
Semua cerita Dan pengalaman korang sebagai rider ada dalam cerita ni.....🫡🫡
Jatuh boleh, sila bangkit kembali 👌👌
BAYANGKAN umur 45 tahun, tiba-tiba dipecat. Beribu resume dihantar, tapi siapa nak ambil pekerja tua yang pernah merasa gaji besar? Lagi senang ambil orang muda, baru grad, gaji murah, tenaga banyak.
Hutang rumah makin bertimbun. Anak-anak perlu sekolah. Makan minum keluarga, kos rawatan orang tua—semua itu tetap kena bayar.
Pilihan yang tinggal? Jadi rider e-hailing.
Orang kata kerja ni mudah, tapi hakikatnya pedih. Keringat, darah, dan air mata tak pernah putus. Meremuk jiwa, mencalar hati.
Tapi filem ini lebih daripada kisah rider e-hailing. Ia cerita tentang seorang lelaki, seorang suami, seorang ayah—yang tak kisah berlapar, asalkan keluarga kenyang. Yang sembunyikan air mata, cuma tumpah bila sendirian.
Penat macam mana pun, kalau balik rumah disambut isteri dengan senyuman dan pelukan, rasa susah tu hilang sekejap.
Saya s**a filem ni. Sebab ia buat kita lebih faham, lebih hargai, dan lebih sayang mereka yang bertungkus-lumus demi kita.
Filem UPSTREAM ni, mesti akan Bocor kan air mata seorang lelaki....
Sumber Artikel : Ciperdy Azezy
https://youtu.be/IelqvbavBCk?si=LvKG0M8gR1c5RjoD