05/01/2018
HUSAM BERSAMA UMNO LAWAN PAS KELANTAN?
Tengku Razaleigh Hamzah, satu nama yang tidak asing dalam arena politik di Kelantan. Dahulu pernah menubuhkan S46 dan bersama dengan PAS. Kali ini, khabar bertiup lagi. PAN-UMNO bakal bergandingan meranapkan PAS Kelantan. Naib Presiden PAN, Dato' Husam Musa, diberitakan sudah berjaya memujuk KuLi dan diterima sebagai MB Kelantan selepas PRU14. Serius atau tidak, hubungan erat dengan veteren UMNO ini masih diragui kerana keberjayaan KuLi mempengaruhi UMNO Kelantan untuk memberi sokongan kepada DHM. Namun, setakat hari ini masih tiada penafian dari kedua-dua pihak.
Berbeza dengan telahan beberapa penyokong PAN dan DAP yang seringkali melontarkan hubungan mesra PAS-UMNO. UMNO melalui Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Seri Mustapha Mohamed dengan keras menafikan ada hubungan PAS-UMNO terutama di Kelantan. Bagi pihak PAS, penafian sudah sedia maklum melalui facebook dan media lain termasuk oleh para pemimpin PAS Kelantan. Bahkan PAS menyerang kembali dengan menyebut bahawa PAN dan UMNO yang sebenarnya sedang berpakat untuk menjatuhkan PAS di Kelantan di dalam PRU14 nanti.
Penghujung Disember, bekas Ahli EXCO Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, DHM hadir sebagai tetamu di dalam majlis “Bicara Anak Kelantan” anjuran portal berita Sokmo.Net di Dewan Kayangan, Hotel Crystal Lodge, Kota Bharu. Moderator di dalam majlis ini ialah Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, bekas Ketua AMK yang keluar menyertai UMNO pada 22 April 2010, tiga hari sebelum hari pengundian PRK Hulu Selangor. Apa yang menjadi tanda tanya ialah portal berita Sokmo.Net ini mendapat pembiayaan daripada Umno Kelantan atau milik siapakah portal ini? Dalam portal Sokmo.Net ini dihiasi dengan paparan pelbagai gambar dan aktiviti Dato' Seri Mustapha. Sudut hangat, DHM membuktikan dirinya rela berada di pentas UMNO Kelantan. Penyertaan Dato' Husam ini menguatkan lagi dakwaan wujudnya pakatan antara PAN dan UMNO untuk menjatuhkan PAS di Kelantan. Benar PAN dan UMNO Kelantan kian tertekan dengan kekuatan PAS Kelantan, jalan paling mudah bagi mereka adalah saling cuba mempergunakan di antara satu sama lain bagi membolehkan kritikan-kritikan keras terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dapat disuarakan dengan lebih berkesan dan lebih meluas. Inilah hasil kerjasama erat yang diceritakan dan dibuktikan dalam bicara anjuran Sokmo.Net yang nampak jelas memihak kepada UMNO Kelantan.
Seperti biasa, Dato' Husam telah membuat pelbagai pendedahan mengenai pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. Ini mendorong moderator mengemukakan tuntutan tertentu dan sokong-menyokong berbicara terhadap Kerajaan Negeri Kelantan. Malah, Dato' Husam juga telah menyerahkan dokumen Kerajaan Negeri Kelantan yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, membabitkan Jambatan Kedua Sdn Bhd kepada moderator “sebagai akuan dan saksi bahawa (beliau) ada dokumen ini”.
Seketika, moderator kelihatan bimbang kemungkinan dokumen ini melanggari Akta Rahsia Rasmi, “Tidak OSA ni dih?”, Dato' Husam telah menjawab, “Tak apalah OSA pun, berjuang kan, kalau kena jel sekali dengan moderator masuk”. Begitulah beberapa gambaran bahawa hubungan PAN-UMNO untuk menjatuhkan PAS Kelantan sangat akrab. DHM juga sanggup memberi gambaran bahawa Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Dato' Ahmad pada waktu ini lebih teruk berbanding Kerajaan Negeri Kelantan yang ditinggalkan oleh Tan Sri Mohamed Yaacob dulu semasa berada di pentas pada malam berkenaan. Namun ada juga sinis yang dijelmakan DHM terhadap UMNO seperti menyebut “orang marah kor PAS tapi marah kor UMNO tu berat lagi pada marah kor PAS”. Mungkin juga ini suatu hint dari DHM untuk UMNO agar diperbaiki segala kelemahan dalam masa terdekat agar UMNO diterima kembali oleh rakyat.
Kesimp**annya, PAN-UMNO erat dan rela bekerjasama untuk menjatuhkan PAS Kelantan. PAS p**a semakin hari semakin menguatkan serangan ke atas UMNO. Bukti yang kuat dan jelas ialah PAS mengumumkan akan bertanding melawan UMNO pada PRU14 walaupun berdepan tiga penjuru sekalipun. Antara gerak kerja yang memberi tekanan kepada UMNO adalah menerjah beberapa kubu kuat UMNO dan memberi maklumat yang benar. Tidak seperti PAN yang lebih banyak menyerang Kerajaan PAS Kelantan berbanding menggeledah keburukan UMNO Kelantan.
Trims..
MSO
Mohd Saukki Omar
Penganalisis Politik Bebas
Wangsa Melawati
02 December 2017
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1581095691985916&id=1081358145293009