02/02/2025
Ketereh merupakan sebuah bandar dan daerah yang terletak di selatan jajahan Kota Bharu, Kelantan. Bandar ini menjadi laluan penting antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan Gua Musang, menjadikannya lokasi strategik bagi pelbagai aktiviti perniagaan. Kini, daerah ini turut menjadi saksi kepada kejayaan cemerlang halo delivery di bawah kepimpinan individu yang penuh inspirasi.
Saudara Ahmad Khairi, seorang usahawan muda yang bersemangat dan berdedikasi, telah membawa halo delivery ke tahap yang membanggakan di kawasan ini.
Sebagai Pengarah halo delivery bagi kawasan Ketereh dan Pasir Mas, beliau berjaya mentransformasikan aplikasi penghantaran halo delivery sebagai pilihan utama di kalangan penduduk tempatan.
Dengan visi yang jelas dan usaha gigih, Saudara Ahmad Khairi telah menjadikan Ketereh dan Pasir Mas sebagai antara kawasan dengan jumlah order halo delivery tertinggi di Kelantan. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kebolehannya sebagai seorang usahawan, tetapi turut menjadi inspirasi kepada anak muda tempatan untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan.
Tahniah diucapkan kepada Saudara Ahmad Khairi atas pencapaian luar biasa ini. Kejayaan anda menjadi bukti keupayaan anak tempatan dalam memacu kemajuan ekonomi komuniti.
Marilah kita terus menyokong usaha dan kejayaan anak tempatan.