Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah

Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah Ke arah mengintegrasikan pendidikan agama dan akademik, Ia menelan belanja hamper lima ribu ringgit.

Pada awalnya bangunan sekolah yang telah didirikan di atas tanah wakaf seluas satu setengah ekar yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Haji Sirat Bin Haji Nor. Kerja-kerja telah dijalankan oleh pihak penduduk Kampung Batu Belah secara gotong-royong dan derma orang ramai. Kawasan pembinaan bangunan sekolah ini terletak di Lot 2733, Kampung Batu Belah, Klang iaitu di belakang masjid lama yang telah

dirobohkannya. Sekolah Rendah Agama Batu Belah ini telah dirasmikan pada 08.03.1953 oleh Tuan Haji Alias bin Haji Abdul Manan, iaitu Ketua Kampung Batu Belah , Klang. Jumlah murid pada ketika itu adalah seramai 85 orang yang terdiri daripada 50 murid lelaki dan 35 orang perempuan dengan tenaga pengajar seramai 2 orang sahaja. Seorang guru yang telah dihantar oleh pihak Jabatan Agama Islam dan seorang lagi guru sukarela. Oleh kerana kedudukan Sekoalah Rendah Agama ini terlibat secara langsung dalam projek Malaysia Lebuh Raya daripada Pelabuhan Klang ke Shah Alam maka sekolah ini terpaksa dirobohkan pada tahun 1977. Akibat daripada projek tersebut murid-murid sekolah agama ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Batu Belah, klang mulai dari 07.03.1977. Pada tahun 1986 kemasukan murid-murid baru telah melebihi seperti yang dijangkakan. Ia pastilah melibatkan tempat belajar dan kelas-kelas oelh itu dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa Sekolah Agama Batu Belah dan pihak pentadbiran sekolah telah membuat permohonan untuk mendapatkan tempat pembelajaran yang sementara di mana ini memudahkan untuk murid membuat latihan ibadat khursusnya sembahyang jemaah Asar disamping keselamatan yang lebih terjamin. Jumlah murid menjadi seramai 280 orang dan guru p**a seramai 7 orang. Akibat permintaan semakin tinggi terhadap sekolah agama permohonan untuk membuat sekolah yang baru telah diajukan oleh Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Tanah yang dicadangkan itu terletak di tanah wakaf masjid seluas 1½ ekar. Tidak lama kemudian Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah dengan mengadakan sekolah agama yang mempunyai matapelajaran seperti di sekolah kebangsaan. Bermula pada 01.01.2000 Sekolah Agama Batu Belah yang yelah mewakili bagi daerah Klang telah bertukar menjadi Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah, Klang yang mana sekolah tersebut telah menjalankan kurikulum bersepadu SRA dan KBSR. Pada peringkat awal Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah, Klang hanya mempunyai pelajar seramai 110 orang murid sahaja bagi memulakan projek tersebut. Pengambilan murid pada peringakat kedua adalah melalui proses ujian kelayakan. Calon yang berjaya akan ditawarkan untuk belajar di sekolah ini. Pada tahun 2004 pelajar telah bertambah seramai 450 orang dan sehingga 2008 sekolah ini telah bertambah menjadi 775 orang murid serta mempunyai tenaga pengajar seramai 55 orang.

PERMOHONAN PERTUKARAN MURID SRAI - SRAISK/SWASTA - SRAI
08/06/2026

PERMOHONAN PERTUKARAN MURID
SRAI - SRAI
SK/SWASTA - SRAI

16/05/2026
10/05/2026
26/04/2026

TB Raya : Persembahan anak2 Tahap 1 dan Tahap 2 yang sungguh memukau, berbakat mereka ni. Tahniah cikgu yang berusaha melatih anak2 ini.

13/04/2026

Alhamdulillah.

Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Agama Integrasi (KESUSRAI) SELANGOR 2026 telah melabuhkan tirainya pada hari Ahad yg lalu.

Kejohanan telah berlangsung selama 2 hari, 11-12/4/2026 di Kolej Matrikulasi Selangor, Kuala Langat.

SRAITAF telah menghantar kontijen yang dianggotai oleh 84 org atlet dan 25 org jurulatih/pengurus/guru pengiring.

Pencapaian:

5 GOLD
- HURDLE (L6)
- JAVELIN (P5 & P4)
- LONG JUMP (L6)
- RELAY 4X200 (L6)

6 SILVER
- 1200m (L5)
- LONG JUMP (P6 & L5)
- HURDLE (L4 & P6)
- RELAY 4X100 (P5)

8 BRONZE
- JAVELIN (L6)
- SHOT PUT (L5 & L4)
- HIGH JUMP (P5 & P5)
- HURDLE (P4)
- RELAY 4X100 (P6 & P4)

Keseluruhannya SRAITAF berada kedudukan NO 3 seterusnya berjaya mengekalkan pencapaian edisi 2024 yg lalu.

Tahniah kepada semua atlet.
Tahniah kepada semua jurulatih.
Tahniah kepada semua.guru.

Terima kasih atas sokongan semua pihak.




Semoga beroleh kejayaan buat semua atlet SRAITAF di KEJOHANAN SUKAN SRAI 2026."Memacu kecemrlangan,menjulang potensi"💪🏻💪...
11/04/2026

Semoga beroleh kejayaan buat semua atlet SRAITAF di KEJOHANAN SUKAN SRAI 2026.
"Memacu kecemrlangan,menjulang potensi"
💪🏻💪🏻💪🏻

Address

Kelang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60333410816

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah:

Share