AADK Perlis

Call Directions Website Contact the business

AADK Perlis Laman FB Rasmi AADK Negeri Perlis

KASIH KELUARGA CERIA: MEMPERKASA KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI KE ARAH KELUARGA BAHAGIAAlhamdulillah, Program Kasih Keluarga C...
20/10/2026

KASIH KELUARGA CERIA: MEMPERKASA KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI KE ARAH KELUARGA BAHAGIA

Alhamdulillah, Program Kasih Keluarga Ceria: Sokongan Awal Psikologi Keluarga telah berjaya dilaksanakan pada 17 Oktober 2026 bertempat di Perkarangan Denai Larian, Pengkalan Asam, Kangar, Perlis.

Program ini merupakan satu inisiatif bermakna dalam meningkatkan kesedaran semua terhadap kepentingan komunikasi positif, sokongan emosi dan kesejahteraan psikologi sebagai asas pembentukan institusi keluarga yang harmoni, sejahtera dan bahagia.

Keluarga yang kukuh bermula dengan kasih sayang, komunikasi yang berkesan serta sokongan emosi yang berterusan. Justeru, usaha memperkasa kesejahteraan psikologi keluarga amat penting dalam membina persekitaran yang positif demi melahirkan masyarakat yang lebih sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, rakan strategik serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi kesejahteraan keluarga dan komuniti.

💚 Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera!

📞 Masalah dadah? Jangan berdiam diri. Hubungi Hotline AADK di talian 1-800-22-2235 / 019-626 2233 atau layari "www.aadk.gov.my" (https://www.aadk.gov.my) untuk mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut.






16/10/2026
TERIMA KASIH UniMAP, MENYOKONG PEMBANGUNAN KOMPETENSI WARGA AADK PERLISAlhamdulillah, Kursus AI For All AADK Negeri Perl...
16/10/2026

TERIMA KASIH UniMAP, MENYOKONG PEMBANGUNAN KOMPETENSI WARGA AADK PERLIS

Alhamdulillah, Kursus AI For All AADK Negeri Perlis yang berlangsung pada 14 dan 15 Oktober 2026 bertempat di Makmal Komputer, Fakulti Komputeran Cerdas, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh, Perlis telah berjaya disempurnakan.

AADK Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atas kerjasama, sokongan serta penyediaan kemudahan bagi menjayakan pelaksanaan kursus ini.

Penghargaan ini turut menjadi tanda terima kasih atas komitmen dan sinergi strategik UniMAP dalam menyokong usaha memperkasa pengetahuan serta kemahiran warga kerja AADK, khususnya dalam mendepani perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) di tempat kerja.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuh demi meningkatkan kompetensi digital, produktiviti dan kecemerlangan perkhidmatan awam.

Terima kasih UniMAP, bersama memperkasa warga kerja ke arah masa depan digital yang lebih cemerlang!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.









16/10/2026
16/10/2026

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Surah Al-A‘raf, ayat 56)

Bumi merupakan amanah yang perlu dipelihara bersama. Setiap usaha mencegah kerosakan, memelihara kesejahteraan dan melakukan kebaikan mencerminkan tanggungjawab kita sebagai insan dalam menjaga keharmonian kehidupan.

Marilah kita menjauhi segala bentuk kerosakan, menyemai nilai kebaikan serta memperkukuh kesedaran bahawa setiap tindakan yang bermanfaat mampu membawa kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat dan alam sekitar.

Semoga setiap usaha yang dilakukan menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT dan membawa kesejahteraan yang berterusan kepada seluruh umat manusia.



SETULUS PENGHARGAAN BUAT JKM PERLIS & UniMAP ATAS SOKONGAN TERHADAP TEKADSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima k...
15/10/2026

SETULUS PENGHARGAAN BUAT JKM PERLIS & UniMAP ATAS SOKONGAN TERHADAP TEKAD

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih daripada AADK Negeri Perlis kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis atas sokongan, komitmen dan kerjasama strategik dalam menjayakan pelaksanaan audit pematuhan Standard Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) pada 15 Oktober 2026.

Sokongan padu daripada rakan strategik amat bermakna dalam memperkukuh usaha pencegahan dadah serta menyokong pembudayaan persekitaran tempat kerja yang sihat, selamat, produktif dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Sesungguhnya, kejayaan agenda pencegahan dadah memerlukan komitmen bersama dan sinergi berterusan daripada semua pihak. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh demi merealisasikan aspirasi Tempat Kerja Bebas Dadah.

Terima kasih, rakan strategik! Bersama kita memperkasa TEKAD demi masa depan yang lebih sejahtera.

Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.









15/10/2026

Address

Tingkat 5 Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6049764603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AADK Perlis:

Shortcuts

Share