New, Preloved Buku Mainan Baju

New, Preloved Buku Mainan Baju Menjual Buku, Novel, Mainan, Baju Preloved dan Baru

Bukan Hanya Ada Kita Nazurah aishah Harga : RM16(harga asal : rm21)Condition: 9/10+ pos rm8sm/rm12ssHati ingin selalu be...
10/04/2019

Bukan Hanya Ada Kita
Nazurah aishah

Harga : RM16
(harga asal : rm21)

Condition: 9/10

+ pos rm8sm/rm12ss

Hati ingin selalu bersama kerana dialah bahagia, tetapi dalam dunia ini... Bukan Hanya Ada Kita.

Telah ditakdirkan bahawa aku, Medina akan menjadi isteri kedua kepada Zahrin, biarpun aku telah berikrar tidak akan sekali-kali menyakiti hati perempuan lain sebagaimana hati ibuku.

Dia bahagia yang aku pinjam tanpa izin... dan aku tidak akan menuntut lebih daripada apa yang Aiza dapat. Aku tidak akan menyusahkan Zahrin kerana aku mahu jadi ‘jiwanya yang tenang’.

Salahkah senyum ini pabila ada insan lain yang bersedih? Berdosakah bahagia ini apabila nanti ada insan lain yang menjeruk rasa?

Tidak ada perempuan yang dengan mudahnya reda menerima seorang lagi perempuan dalam hidup suaminya. Dan aku tidaklah terlalu kejam untuk meranapkan kebahagiaan orang lain.

Jika bahagia ini milik kita biarlah kita berteman sampai abadi. Jika ini bukan jalannya biarlah kita dibentangkan pilihan yang mendamaikan. (less)

Balang Cinta Wizana Emilia Harga : RM20(harga asal : rm25)Condition: 9/10+ pos rm8sm/rm12ss............Firas itu… kacak ...
10/04/2019

Balang Cinta
Wizana Emilia

Harga : RM20
(harga asal : rm25)

Condition: 9/10

+ pos rm8sm/rm12ss
............

Firas itu… kacak orangnya. Baik budaknya. Elok pekerjaannya. Cuma satu kekurangannya; tak romantik.

Khyra, si gadis comel yang pemalu. Hanya satu impiannya, punya pujaan hati yang penyayang dan romantik.

Kedua-duanya dipertemukan oleh kakak dan abang yang prihatin. Namun, di tengah-tengah perhubungan, muncul p**a putera kacak yang mengocak hati si gadis. Tanpa Khyra sedar, sang putera punya sejarah gelap yang menghantui diri.

Lalu, Balang Cinta menjadi penyelamat. Tiga puluh satu nota cinta pengikat hati menjadi penyubur kasih antara Firas dan Khyra. Setiap satunya perlu dilakukan tanpa ada kompromi.

Berjayakah mereka melaksanakan tugasan yang diberi? Dan mampukah Balang Cinta itu mengubah mereka untuk saling menerima sesama mereka?

Love is joy, love is jealousy, love is suffering, love is tenderness. Love is you… (less)

Dandelion Ditiup AnginAidah Bakri Harga : RM15(harga asal : rm20)Condition: 9/10+ pos rm8sm/rm12ss.........................
10/04/2019

Dandelion Ditiup Angin
Aidah Bakri

Harga : RM15
(harga asal : rm20)

Condition: 9/10

+ pos rm8sm/rm12ss
..........................

Jiwa yang tenang dan hati yang reda
adalah dua sayap untuk terbang menuju bahagia

Dini kembali ke Malaysia setelah yakin dia cukup kuat untuk menghadapi segalanya. Namun, segala apa yang direncanakannya tidak menjadi. Baru sebulan dia kembali, dia sudah bertemu sejarah silamnya, Rifqi.

Rifqi sudah lelah mencari. Dia tahu kerana egonyalah insan di sisinya menderita. Kini, apa yang dia ada hanya dandelion di pinggir laman. Ibarat angin yang tidak jemu memanggil dandelion kembali, dia akhirnya bertemu semula dengan Dininya. Mereka tidak akan terpisah lagi! Itu janji Rifqi.

Bertemunya mereka, mencarik semula luka di hati Dini. Mengapa mesti mereka bertemu lagi? Hatinya tidak cukup kuat untuk melangkah kembali ke daerah itu. Cukuplah sekali. Kini dia sudah cukup sedar diri.

Namun ada hati yang perlu dijaga. Dini tidak mampu menghampakan hati itu lagi. Benarkah dengan menyenangkan hati orang, hati kita juga akan tenang?

***

AIDAH BAKRI, guru Sains ini mengusik hati pembaca dalam Dandelion Ditiup Angin dengan bahasa yang indah dan menyentuh hati. Beliau percaya cinta itu akan tetap hadir jika lafaz itu memang dijanjikan untuk mereka. (less)

Si Mangkuk Tingkat Faziela Harga : RM15(harga asal : rm20)Condition: 10/10 (new-masih dalam plastik)+ pos rm8sm/rm12ss.....
10/04/2019

Si Mangkuk Tingkat
Faziela

Harga : RM15
(harga asal : rm20)

Condition: 10/10 (new-masih dalam plastik)

+ pos rm8sm/rm12ss
.......................

Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.

Impiannya satu dalam seribu.

“Nampak tak apa yang aku nampak, ni?”
Huh?
“Budak perempuan tu.”
“Yang tadi? Jadi?”
“Dia pakai baju kurung la.”
Eh, haah la!
“Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?”
Senyap.
“Kau nampak benda yang dia bawa tadi?”
Geleng.
“Mangkuk tingkat.”

Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.

Sreeeeet!
Malaun mana nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni???
“Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?”
“Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke?” Suaranya memetir.
“Cik, lain kali kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah.”

Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka.

Andai takdir Allah tertulis jodohmu itu dia, datanglah seribu orang sekalipun merebutnya, dia akan tetap menjadi milikmu.

+++

FAZIELA senang bercerita tentang kisah si juruterbang ini. Maklumlah, inilah impiannya dahulu. Pelajar tahun akhir jurusan Sains Gunaan ini menulis dengan bahasa yang santai dan membuat kita senyum, menangis dan ketawa hingga ke akhirnya. (less)

Airis SyasyajaHarga : RM16(harga asal : rm21)Condition: 10/10 (new-masih dalam plastik)+ pos rm8sm/rm12ss..................
10/04/2019

Airis
Syasyaja

Harga : RM16
(harga asal : rm21)

Condition: 10/10 (new-masih dalam plastik)

+ pos rm8sm/rm12ss
...................

Begini saja, kau tunggu di sana dan aku tunggu di sini...

AIRIS cuma gadis biasa yang cuba untuk senyum kembali selepas luka dulu. Dalam mencari senyum yang hilang, dia berjumpa dengan si pencuri hati dan dia si pencair hati. Dia yang mana menjadi punca senyuman di bibir selama ini?

LUTH sentiasa ada yang mengejar dirinya. Tapi dalam diam, dia hanya mengejar seorang itu. Ya, seorang itu sahaja. Namun, sekuat mana pun dia mengejar, keluarga tetap menjadi keutamaan.

AKID punya senyuman pencair hati gadis. Cukup dengan senyum, si gadis pasti miliknya. Dan dengan senyuman itu, dia mencuba nasib untuk mencuri hati gadis yang itu. Tapi dalam dia cuba memikat gadis itu, ada perkara lain yang dia jumpa. Antara Pencipta dan yang dicipta, yang mana satu dia perlu dahulukan?

Walaupun dia, dia dan dia berlainan karakter, tapi mereka menyembunyikan satu rasa...rasa ingin dicintai. Namun, adakah rasa itu berbalas oleh pihak yang satu lagi? (less)

Kapcai Biru Kenari KuningFizzianyHarga : RM16(harga asal : rm21)Condition: 10/10 (new-masih dalam plastik)+ pos rm8sm/rm...
10/04/2019

Kapcai Biru Kenari Kuning
Fizziany

Harga : RM16
(harga asal : rm21)

Condition: 10/10 (new-masih dalam plastik)

+ pos rm8sm/rm12ss
...................

“Buat apa tu?” soal Amir.

Alisya menjeling ke arah Amir. “Ambil serailah...” jawab Alisya.

Amir memandang Alisya sambil menghela nafas berat. “Itu pokok lalang....”

Si gadis bandar itu terus mengejar si jejaka yang baik hati dan murni jiwanya. Baginya, lelaki kacak mudah dicari. Lelaki kaya mudah ditemui. Lelaki yang baik hati dan kacak meskipun papa kedana dan cuma ada kapcai tua sebegini p**a sudah pupus di bumi. Namun dia hampa apabila bayang jejaka yang dikejar kian hilang entah ke mana.

Bagi sang jejaka, dunia dan pengalaman adalah guru sebenar dalam kehidupan. Hidup bukan bergantung pada syllabus yang tertulis di buku-buku pelajaran. Sang jejaka mula mencari pengisian cinta. Baginya, cinta bukan sekadar di bibir. Hanya dengan cinta, tak bisa mengenyangkan perut yang sedang lapar.

Cinta itu tidak semestinya bercinta. Cukup hanya mencintai biarpun tidak dicintai. (less)

Cinta Mat & Minah Imaen Harga : RM18(harga asal : rm24)Condition: 9/10+ pos rm8sm/rm12ss.........Mula-mula tengok dia:Pe...
10/04/2019

Cinta Mat & Minah
Imaen

Harga : RM18
(harga asal : rm24)

Condition: 9/10

+ pos rm8sm/rm12ss
.........

Mula-mula tengok dia:

Perempuan bengong, jenis bodoh piang, bingai. Perempuan macam ni bagi saja pun aku tak dak mahu eh. Amboi mulut, duk diam tak boleh ke?

Tapi pada pandangan kedua:

Matanya yang teduh dengan bebola mata berwarna coklat muda itu seperti meminta aku untuk berkampung di situ, alisnya lentik seraut jatuh, hidungnya mancung seperti seludang, kulitnya bersih seperti jerawat pun tak berani nak tumbuh di situ... semuanya cantik dan sempurna.

Lalu hati telah berkata:

Cinta hanyalah sepatah perkataan tanpa sebarang rasa, hinggalah seseorang datang bermukim di hati dan memberi makna pada perkataan cinta itu.

Aku sangkut mimpiku di puncak nyala mentari, kau letak cita-citamu di pucuk indah rembulan, lalu di titik manakah kita akan bertemu?

Tapi:

Ujian apakah ini hingga dia yang aku pilih. Mengapa bukan pada stok gadis usrah? Tak salah pun kalau pada stok gadis tudung belit-belit. Atau paling-paling pun pada yang rambut karat saja? Mengapa memilih haprak; memilih yang berbeza? Ya, kuda padi tak patut jatuh cinta pada kuda belang walau sama-sama spesies kuda! (less)

Si Pemandu Hati Nazira IliasHarga : RM20(harga asal : rm25)Condition: 10/10 (new-masih dalam plastik)+ pos rm8sm/rm12ss....
10/04/2019

Si Pemandu Hati
Nazira Ilias

Harga : RM20
(harga asal : rm25)

Condition: 10/10 (new-masih dalam plastik)

+ pos rm8sm/rm12ss
..........

Apabila Najihah yang s**a berterus-terang berkata-kata…
“Handsome? Handsome tu… tak perlu sekacak James Franco, cuma cukup ada satu rasa yang indah apabila kita pandang wajahnya. Wajah yang boleh buat aku tersenyum sampai ke hati.”

Apabila Farid, Si Mat Bunga menyusun kata-kata…
“Berapa umur you? Kalau tak keberatan… minta nombor telefon boleh?”

Dan apabila Najmi yang banyak keraguan terpaksa berkata-kata…
“Helo... yup! Hmmmm…” diam kejap. “Ermm… oh, okey!” Diam lagi. “Err... er… a'ah.”

Di antara Najihah, Farid dan Najmi, mereka melalui episod cerita yang sama iaitu jatuh cinta pandang pertama. Namun, hanya ada satu nama yang melekat di hati Najihah.

Tetapi, tak semua cerita cinta Najihah itu berjalan dengan indah apabila ada sesuatu yang tersirat mengenai pilihan hatinya telah dibongkar dalam satu majlis. Adakah hati Najihah akan berubah arah? Orang kata cinta pertama s**ar untuk dilupakan. Tapi, tak mustahil. Jadi, biar Najihah yang bercerita tentang hatinya. (less)

BougainvilleaP***y SidiqueHarga : rm 18(harga asal : rm22)Condition: 9/10+ pos rm8sm/rm12ss.............Terbelenggu dek ...
10/04/2019

Bougainvillea
P***y Sidique

Harga : rm 18
(harga asal : rm22)

Condition: 9/10

+ pos rm8sm/rm12ss
.............

Terbelenggu dek kenangan silam membuatkan Hakimi menutup pintu hatinya. Tak dibenarkan sesiapapun membukanya. Dirinya masih mencari Nina, cinta hatinya yang hilang tak bertanda. Bertahun dia mencari, namun jawapan yang dicari tetap tak ditemui. Suatu hari dia bertembung dengan seseorang. Gadis itu mirip sekali dengan Nina.

Deena, gadis yang sentiasa riang dan lincah. Hidupnya berubah setelah dia dan keluarganya berpindah ke Rumah Bougainvillea. Kedatangannya disambut dengan bisikan lembut di telinga. Tidur malamnya juga diganggu dengan kehadiran dirinya sendiri. Dia keliru, mengapa dirinya?

Akhirnya Deena bertemu dengan Hakimi. Dia yakin Hakimi ada jawapan untuk semua itu. Selepas itu pelbagai peristiwa berlaku. Kebetulan demi kebetulan berlaku. Rahsia yang terpendam sekian lama, sedikit demi sedikit timbul. Namun, terbukanya rahsia, bermakna terdedahlah mereka dengan bahaya. Bougainvillea... di situ segalanya bermula.

dekat dengan aku, walaupun tak tercapai dek tangan

*****

P***Y SIDIQUE menulis Bougainvillea yang membawa pembaca bersama-sama mencari jawapan kepada setiap persoalan dan misteri yang timbul dengan unsur-unsur saspens dan dramatik. (less)

Tanah AndriyanaNoor Suraya Harga : RM25(harga asal : rm35)Condition: 9/10+ pos rm8sm/rm12ss......................Siapa y...
10/04/2019

Tanah Andriyana
Noor Suraya

Harga : RM25
(harga asal : rm35)

Condition: 9/10

+ pos rm8sm/rm12ss
......................

Siapa yang sangka, pertemuan dengan Aliya telah mengubah tanggapan Hadi tentang perempuan. Aliya yang manis dengan sepasang mata coklatnya yang sangat cantik!

Pada Aliya p**a, Hadi sekadar saudara lelaki yang tidak pernah dia miliki, ya...perasaannya, sekadar itu.

Apatah lagi keluarga Hadi dan Aliya sudah bertelingkah sejak beberapa generasi, mana mungkin Aliya ingkar pada pesanan ayahnya untuktiba-tiba memilih Hadi.

Namun hati manusia ini, bukanlah kita yang memegangnya. Pada saat Hadi berlalu dan membisikkan pantun ini, Aliya terasa jiwanya dilarikan daripada jasad:

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu.

Kenapa Hadi tahu juga tentang pantun itu, pantun moyang mereka yang tragis ini... dan kenapa Hadi perlu melafazkan pada Aliya?

Niat hati tak mahu bercerai,
Kuasa Allah siapa yang tahu?

Cerita Aliya dan Hadi bukan bermula pada saat ini, tetapi kisah cinta terlarang ini bermula sewaktu moyang mereka Andriyana dan Ku Fitri lagi... (less)

Padamu Jua (Hatiku Berteduh)Aidah BakriHarga : RM18(harga asal : rm24)Condition: 9/10+ pos rm8sm/rm12ss....................
10/04/2019

Padamu Jua (Hatiku Berteduh)
Aidah Bakri

Harga : RM18
(harga asal : rm24)

Condition: 9/10

+ pos rm8sm/rm12ss
...................

Orang perempuan ni, ibaratnya lautan. Kalau kita tak pandai berenang, kita akan ditelannya. Sebab itu kita tak boleh silap dalam memilih pasangan hidup.

Hanif lelaki yang berkedudukan tetapi kesepian. Bertahun-tahun dia menyukai Afra, lalu apabila Afra memilih Dr. Shamir, s**ar untuk dia menerima orang lain dalam hidupnya.

Jangan risau kalau matahari hilang… jangan gusar apabila mendung bertandang sebab kita akan dapat lihat indah pelangi selepas itu buat menghias langit. – Afra.
Afra (dan Shamir) cuba mempertemukan Hanif dengan adik iparnya Syamira yang periang dan panjang akal. Sayangnya, Hanif tidak menyenangi sikap Syamira yang begitu terbuka tentang hatinya.

“Jangan malu nak mengaku.”
“You yang patut malu.” Balas Hanif.
“Sebab?”
“Orang perempuan tak patut mempamerkan perasaan secara keterlaluan. Kalau s**a kat lelaki pun patut simpan dalam hati sahaja.”

Susah sangat ke nak jumpa perempuan yang malu-malu zaman ini? Semakin dingin Hanif, semakin galak Syamira mengusik. Semakin giat Syamira mencari peluang untuk mencairkan hati beku Hanif.

“You tolak I ke, you takut nak masuk? Tapi… jemputan masuk ke hati I ni tak ada tarikh luput, Hanif. Tapi apabila dah masuk, memang tak boleh keluarlah. Jalan masuk ke hati ialah jalan sehala dan jalan mati di hujungnya.”

Masalahnya, hanya Syamira yang tidak habis-habis mengejar Hanif sedangkan Hanif itu hatinya keras sekali. Pada Hanif, jodoh bukan boleh kita susun-susun. Jodoh bukan sekadar mengikut kehendak hati kita sahaja.

Angin lalu bercerita, ada rindu di sana, jangan mengalah Syamira! (less)

Address

Kajang

Telephone

0123140115

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when New, Preloved Buku Mainan Baju posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share