12/10/2026
π’ PERHATIAN KEPADA PENTERNAK DI NEGERI PULAU PINANG!πππ
βοΈ WASPADA STRES HABA DALAM TERNAKAN!
Menghadapi cuaca panas dan risiko fenomena Super El NiΓ±o, semua penternak diseru agar mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kesihatan dan kebajikan ternakan sentiasa terpelihara.
β
Pastikan bekalan air bersih dan mencukupi
β
Sediakan kawasan teduhan dan tingkatkan pengudaraan kandang
β
Kurangkan kepadatan ternakan
β
Beri makanan pada waktu yang lebih sejuk
β
Pantau keadaan ternakan secara berkala
β
Sediakan pelan kecemasan dan hubungi pegawai veterinar jika perlu
π¨ Kenali tanda-tanda stres haba! Antaranya pernafasan pantas, tercungap-cungap, kurang makan, lemah, tidak stabil dan rebah.
Jangan tunggu sehingga ternakan terjejas! Segera alihkan ternakan ke kawasan teduh, bantu menyejukkan persekitaran secara beransur-ansur dan dapatkan nasihat veterinar sekiranya ternakan menunjukkan tanda-tanda serius.
π Ternakan sihat, penternak sejahtera! Bersama-sama kita lindungi ternakan dan kurangkan risiko kerugian industri penternakan di Negeri Pulau Pinang.
π Ikuti maklumat dan nasihat rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta pihak berkuasa berkaitan.
Pulau Pinang