Pertubuhan Peladang Negeri Johor - PPNJ

Pertubuhan Peladang Negeri Johor - PPNJ PPNJ ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973. Tujuan utama penubuhan PPNJ

SESI MELAPOR DIRI ANGGOTA BAHARU PPNJ.03 Jun  2026.Wisma Peladang, Johor Bahru.Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) t...
03/06/2026

SESI MELAPOR DIRI ANGGOTA BAHARU PPNJ.
03 Jun 2026.
Wisma Peladang, Johor Bahru.

Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah menerima enam (6) orang anggota lantikan baharu yang melapor diri untuk memulakan perkhidmatan di PPNJ.

Dalam sesi tersebut, satu Majlis Sumpah Ikrar Aku Janji PPNJ telah diadakan sebagai tanda komitmen dan kesungguhan anggota baharu dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Ikrar tersebut telah dibacakan di hadapan Encik Mohd Faizal bin Hailani, Pengurus Besar PPNJ dan disaksikan oleh Y.H. Dato' Haji Ali bin Shikh Ahmad, Pengerusi AJP PPNJ.

PPNJ mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada semua anggota baharu. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi sumbangan kepada kecemerlangan organisasi serta memperkukuhkan peranan PPNJ dalam memacu pembangunan sektor pertanian dan kesejahteraan ahli peladang secara keseluruhannya.

Program Ibadah Korban dan Jualan Lembu PPNJ sempena Hari Raya Aidiladha 2026Alhamdulillah, sempena sambutan Hari Raya Ai...
29/05/2026

Program Ibadah Korban dan Jualan Lembu PPNJ sempena Hari Raya Aidiladha 2026

Alhamdulillah, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, PPNJ telah berjaya melaksanakan program jualan lembu korban bagi memenuhi permintaan masyarakat serta menyemarakkan syiar ibadah korban.

Selain itu, PPNJ turut menyediakan perkhidmatan sembelihan selama tiga hari di Pusat Sembelihan PPK Batu Anam melibatkan sebanyak 80 ekor lembu disembelih di pusat tersebut, manakala baki 206 ekor lagi dilaksanakan menerusi Program Korban Perdana.

Hari ini, Pengerusi AJP PPNJ, Dato’ Haji Ali Bin Shikh Ahmad bersama Pengurus Besar PPNJ, Mohd Faizal Bin Hailani turut hadir bagi membuat pemantauan aktiviti sembelihan. Program ini juga disaksikan oleh para peserta korban yang hadir.

Alhamdulillah, proses sembelihan dan agihan berjalan dengan lancar mengikut jadual hasil kerjasama erat, komitmen tinggi serta semangat kerja berpasukan semua pihak yang terlibat.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan ini diterima Allah SWT serta menjadi medium dalam mendekatkan diri kepada-Nya, membersihkan jiwa dan membentuk akhlak mulia sesama insan.



Selamat Hari Raya Aidiladha 1447HSemoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus mekar dalam kehidupan kita serta menda...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus mekar dalam kehidupan kita serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Ikhlas daripada
YH. Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad
Pengerusi PPNJ

Salam Aidiladha 1447HSemoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, kesejahteraan dan mengeratkan ukhuwah se...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, kesejahteraan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Ikhlas daripada
Encik Mohd Faizal bin Hailani
Pengurus Besar PPNJ

Selamat Menyambut Aidiladha 1447H10 Zulhijjah 1447HIkhlas daripadaBarisan Ahli Jemaah Pengarah serta wargaPertubuhan Pel...
26/05/2026

Selamat Menyambut Aidiladha 1447H
10 Zulhijjah 1447H

Ikhlas daripada
Barisan Ahli Jemaah Pengarah serta warga
Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ)

NOTIS PELAWAAN SEBUTHARGASEBUTHARGA PPNJ BIL.09/26CADANGAN BAGI KERJA-KERJA PERMOHONAN SERENTAK KEBENARAAN MERANCANG, PE...
26/05/2026

NOTIS PELAWAAN SEBUTHARGA
SEBUTHARGA PPNJ BIL.09/26
CADANGAN BAGI KERJA-KERJA PERMOHONAN SERENTAK KEBENARAAN MERANCANG, PELAN KERJA TANAH DAN PERMIT BANGUNAN BAGI PEMBINAAN REBAN AYAM DI TAPAK KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) BUKIT GERIBA MUKIM TANJUNG SEMBERONG BATU PAHAT JOHOR

TARIKH TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK : 4 JUN 2026 (KHAMIS) JAM 10.00 PAGI
DI ALAMAT: LADANG TKPM BUKIT GERIBA, AYER HITAM, JOHOR

TARIKH TUTUP : 11 JUN 2026 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAHARI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
AZILA BINTI DAHLAN
KETUA BAHAGIAN STRATEGIK DAN HARTANAH
DITALIAN : 019-774 3411

NOTIS PELAWAAN SEBUTHARGASEBUTHARGA PPNJ BIL. 08/2026CADANGAN KERJA – KERJA MEMBEKAL,MEMASANG DAN MENGUJILARI SATU  UNIT...
26/05/2026

NOTIS PELAWAAN SEBUTHARGA
SEBUTHARGA PPNJ BIL. 08/2026
CADANGAN KERJA – KERJA MEMBEKAL,MEMASANG DAN MENGUJILARI SATU UNIT GENSET 125KVA DI LADANG KAHANG 1

TARIKH TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK : 9 JUN 2026 (SELASA) JAM 9.30 PAGI
DI ALAMAT: LADANG KAHANG

TARIKH TUTUP : 15 JUN 2026 (ISNIN) jam 12.00 tengahari

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
ENCIK MOHAMMAD RIDDWAN BIN ADDENAN
PENGURUS LADANG KAHANG 1

NO. TEL: 019-738 9721

Salam Takziah.Barisan AJP serta Seluruh Warga PPNJ merakamkan ucapan takziah kepada isteri & seluruh ahli keluarga Allah...
22/05/2026

Salam Takziah.

Barisan AJP serta Seluruh Warga PPNJ merakamkan ucapan takziah kepada isteri & seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Fikri bin Mohd Affandi, Anggota PPNJ yang telah dijemput ilahi pada 22 Mei 2026 bersamaan 5 Zulhijjah 1447h .

Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.

Ikhlas daripada:
Pertubuhan Peladang Negeri Johor

FESTIVAL AGRO MADANI PELADANG @ NAFAS MALL 📍 NAFAS Mall, Muar, Johor📅 16 – 17 Mei 2026Pertubuhan Peladang Negeri Johor (...
16/05/2026

FESTIVAL AGRO MADANI PELADANG @ NAFAS MALL

📍 NAFAS Mall, Muar, Johor
📅 16 – 17 Mei 2026

Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah menyertai Festival Agro MADANI Peladang yang berlangsung pada 16 & 17 Mei 2026 bertempat di NAFAS Mall, Muar, Johor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir, Ybrs, Encik Amiruddin bin haji Bahar Pengarah LPP Negeri Johor, Ybhg. Encik Muhammad Faris bin Ariffin Pengurus Besar Nafas, Y.H Dato’ Haji Ali bin Shikh Ahmad Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Encik Mohd Faizal bin Hailani Pengurus besar PPNJ, Barisan Ahli Jemaah Pengarah PPNJ serta pemimpin-pemimpin peladang.

Pelbagai produk dan hasil keluaran peladang serta usahawan tempatan dipamer dan dijual sepanjang festival ini bagi menyokong agenda keterjaminan makanan dan memperkasakan sektor agromakanan negara.



FESTIVAL JUALAN AGRO MADANI PELADANG  MALLJualan Agro Madani kembali lagi dengan pelbagai produk  yang segar, berkualiti...
12/05/2026

FESTIVAL JUALAN AGRO MADANI PELADANG MALL
Jualan Agro Madani kembali lagi dengan pelbagai produk yang segar, berkualiti dan harga berpatutan untuk anda seisi keluarga! PPNJ menawarkan produk keluaran PPNJ dengan harga yang murah.
📍 Nafas Mall, Taman Wawasan, Muar
📅 16 & 17 Mei 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
Antara produk yang ditawarkan:
Daging segar dari ladang
Ayam Peladang segar
Produk perapan premium
Jus & minuman keluaran Peladang
Nugget, popcorn ayam dan pelbagai lagi
Nikmati produk keluaran PPNJ yang bersih, segar dan diyakini kualitinya.

Jangan lepaskan peluang berbelanja sambil menyokong produk tempatan keluaran Peladang! Jumpa anda di Nafas Mall nanti.




Address

No 9/9E
Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

072082000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Peladang Negeri Johor - PPNJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share