18/01/2026
Setiap pertemuan ada hikmah tersendiri..
Alhamdulillah, satu lagi sesi Kursus Pra Perkahwinan telah berlangsung dengan lancar dan penuh makna.
Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai Kursus Pra Perkahwinan pada 17 & 18 Januari 2026 bertempat di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid di atas komitmen dan kesungguhan anda.
Kami doakan semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi bekalan berharga, memimpin anda ke arah perkahwinan yang sakinah, mawaddah dan rahmah.
Masih belum sertai kursus kahwin?
Jangan tunggu saat akhir. Persiapkan diri seawal mungkin kerana perkahwinan bukan sekadar cinta, tetapi amanah dan tanggungjawab.
๐ Daftar sekarang untuk sesi seterusnya di
๐ www.projekmykahwin.com
Tempat adalah terhad setiap minggu.