UTM Lab Tanaman Fertigasi

UTM Lab Tanaman Fertigasi Pojek agro-ladang di UTM JB dgn Kerjasama MOA & KPM bertujuan melahirkan lebih ramai Usahawan Siswazah Tani yg Moden & Inovatif

Kewujudan projek rintis ini merupakan satu usaha yang dilakukan dalam memupuk daya keusahawanan tani dikalangan mahasiswa selain memacu perjalanan Dasar Agro Makanan Negara pada masa hadapan. Penciptaan peluang pekerjaan (Campus Jobcreation) melibatkan ahli Kelab Myagrosis dan Mahasiswa dapat dijana secara tidak langsung selain membantu meningkatkan ekonomi semasa mahasiswa. Menerusi usaha ini mod

el pembangunan modal insan baharu yang tidak sekadar memberi tumpuan kepada kebolehpasaran graduan, sebaliknya kepada inovasi untuk memulakan perniagaan dan pekerjaan baharu dengan pendekatan bersepadu antara kemahiran bidang keusahawanan, kemahiran berorganisasi dan pengurusan risiko. Inovasi Pertanian adalah perkara yang dititikberatkan dalam projek fertigasi ini kerana ianya mampu mencipta peluang penyelidikan dan perundingan secara langsung pada masa akan datang selaras dengan misi UTM sebagai agen perubahan akademia baru menerusi tagline "Intrepreneurial Research University". Buat masa ini, antara tanaman rintis di Lab Tanaman Fertigasi UTM adalah Cili Besar, Cili Padi dan Fig/Tin. Projek Fertigasi Cili ini dianggotai oleh 8 orang mahasiswa pascasiswazah penyelidikan antaranya adalah Muhammad Hazmi Mokhtar, Hamdan Sayuti, Mohd Ezwan Jalil, Dr. Huda A. Majid, Mohamad Afiq Abdul Majid, Aizat Azmi, Osman Ayop dan Khairul Hilmi. Manakala bagi Projek Fertigasi Fig (Pokok Tin) dianggotai oleh gabungan 6 orang mahasiswa prasiswazah dan pascasiswazah diketuai saudara Dzarul Hafiz, Muhammad Naqiudin, Farizuddin, Anep Azmi, Helmey Che Hashim dan Syazana Kadir.

Kursus Fertigasi di Muar
22/01/2020

Kursus Fertigasi di Muar

09/03/2017

, 9 Mac 2016 – Para penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menghasilkan satu sistem Fertigasi Moden yang membolehkan penggunaan air secara optimum dalam sektor pertanian.

Tahukah anda pengusaha cili fertigasi kini mampu menjana pendapatan sekurang-kurang RM2,000 sebulan. Dengan tanah seluas...
24/01/2017

Tahukah anda pengusaha cili fertigasi kini mampu menjana pendapatan sekurang-kurang RM2,000 sebulan. Dengan tanah seluas suku ekar dan 2000 polibeg cili seberat tiga ke tujuh kilogram setiap beg!

Kelas Praktikal Formulasi Baja AB pada petang ini.Untuk warga Kelab Myagrosis UTM shj.
08/11/2016

Kelas Praktikal Formulasi Baja AB pada petang ini.

Untuk warga Kelab Myagrosis UTM shj.

Bekalan Cili Besar Kulai untuk pasaran arked2 makanan dalaman UTM dan sekitar Skudai.Kami juga bersedia menerima tempaha...
04/11/2016

Bekalan Cili Besar Kulai untuk pasaran arked2 makanan dalaman UTM dan sekitar Skudai.

Kami juga bersedia menerima tempahan untuk mana2 pihak yg berminat.

30/10/2016

Di perlukan segera :-

1) Pengedar Cili Besar Kulai
- Terbuka kepada warga UTM (Lelaki)
- Jumlah Jam bekerja : 1-2 jam/hari
- Kontrak 2 bulan (Nov-Dis'16)
- Gaji RM 400/500 sebulan + insentif mingguan
- Mempunyai kenderaan
- Kriteria : Rajin, berdisiplin & mahir komunikasi diutamakan
- Lokasi : Dusun UTM, JB

Berminat/keterangan lanjut,sila hubungi :-
013-2833420 ( Azmi )
Lab Tanaman Fertigasi UTM.

TOT Trainee Projek Cili Besar
27/10/2016

TOT Trainee Projek Cili Besar

Tahniah diucapkan kepada Barisan Kepimpinan baru Projek Cili UTM 2016/2017. Semoga berjaya & terus sukses pada masa hada...
15/10/2016

Tahniah diucapkan kepada Barisan Kepimpinan baru Projek Cili UTM 2016/2017. Semoga berjaya & terus sukses pada masa hadapan .

Alhamdulillah Bengkel Penanaman Fertigasi Halia di UTM pada 8 Oktober 2016 berjalan lancar dengan jayanya . Semoga pengi...
08/10/2016

Alhamdulillah Bengkel Penanaman Fertigasi Halia di UTM pada 8 Oktober 2016 berjalan lancar dengan jayanya . Semoga pengisian ilmu yang diterima bermanfaat dan dapat diamalkan sebaik mungkin.

Jutaan terima kasih Chemara Agrofarming Sdn Bhd atas perkongsian ilmu, motivasi perniagaan & pengalaman yang amat berharga.

Tidak lupa juga tahniah kepada saudari Nur Suhaila Yaakop & saudari Nazrazan Yo di atas penganjuran program.

08/10/2016

Sedang berlangsung Kursus penanaman fertigasi Halia bersama En Addy (Chemara Agrofarming)

Penyertaan peserta Kursus Penanaman Fertigasi Halia pada 8 Oktober (Sabtu) hadapan masih lagi dibuka kawan-kawan !Banyak...
01/10/2016

Penyertaan peserta Kursus Penanaman Fertigasi Halia pada 8 Oktober (Sabtu) hadapan masih lagi dibuka kawan-kawan !
Banyak Input-Input berguna antaranya ;-
Rancangan Perniagaan Halia, Cash Flow terperinci, Kaedah Perlaksanaan Projek, SOP Penanaman, Kawalan Penyakit & banyak lagi akan dikongsi bersama untuk Bengkel sehari ini.
Untuk Pertanyaan & Pendaftaran boleh menghubungi no seperti tertera.

Address

Johor Bahru
81310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTM Lab Tanaman Fertigasi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share