Jabatan Bendahari Universiti Teknologi Malaysia

Jabatan Bendahari Universiti Teknologi Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Bendahari Universiti Teknologi Malaysia, Aras 2, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi, Johor Bahru.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—Seluruh warga Jabatan Bendahari mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yan...
31/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—

Seluruh warga Jabatan Bendahari mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 tahun kepada seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia.

Semarakkan jiwa merdeka, teguhkan perpaduan, dan teruskan langkah bersama demi tanah air tercinta.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š,
๐’๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ข
๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ, ๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”27 Ogos 2026 โ€“ Perhimpunan Pagi,...
30/08/2026

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ, ๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

27 Ogos 2026 โ€“ Perhimpunan Pagi, Perkongsian Ilmu dan Semarak Kemerdekaan Jabatan Bendahari Bil. 5/2026 telah berlangsung secara dalam talian menerusi platform Webex, dengan pengisian yang merangkumi amanat pengurusan, perkongsian ilmu, perkongsian bahagian serta aktiviti sempena Bulan Kebangsaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti amanat dan perkongsian oleh Tuan Bendahari, Tuan Haji Abu Bakar bin Mohd Salleh@Ahmad menerusi perkongsian bertajuk 8 Vital Skills to Succeed at the Workplace. Perkongsian tersebut mengetengahkan lapan kemahiran penting dalam membentuk budaya kerja yang lebih berkesan, merangkumi aspek ๐˜”๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต & ๐˜ˆ๐˜ต๐˜ต๐˜ช๐˜ต๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ฆ, ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฌ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ๐˜ด, ๐˜“๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฑ ๐˜š๐˜ฌ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ ๐˜š๐˜ต๐˜บ๐˜ญ๐˜ฆ, ๐˜Š๐˜ถ๐˜ด๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ˆ๐˜ต๐˜ต๐˜ช๐˜ต๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ฆ, ๐˜—๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜š๐˜ฌ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ๐˜ด (๐˜›๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต), ๐˜›๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜š๐˜ฌ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ๐˜ด, ๐˜›๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ด โ€“ ๐˜‰๐˜ฆ ๐˜ข ๐˜Ž๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฅ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜—๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ฆ๐˜ณ dan ๐˜Œ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ช๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ.

Perkongsian ini menekankan bahawa kecemerlangan dalam pekerjaan bukan hanya bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran teknikal, tetapi turut diperkukuh melalui sikap, komunikasi, pengurusan masa, keupayaan berfikir, kerja berpasukan serta kecerdasan emosi.

Program diteruskan dengan Perkongsian Bahagian yang disampaikan oleh Encik Zaidi Haji Mohmod, Ketua Unit UPPSM, mewakili Bahagian Perolehan, Pentadbiran dan ICT, Puan Fadzilah Rahman, Wakil Pengurusan ISO Jabatan Bendahari, serta Encik Muhammed Souffee Omar, Ketua Bahagian Bayaran, Akaun dan Korporat.

Sempena Bulan Kebangsaan, warga Jabatan Bendahari turut disajikan dengan deklamasi dua buah sajak kemerdekaan, iaitu โ€œDi Atas Padang Sejarahโ€ oleh Puan Azlina Satuan, Unit Akaun Amanah dan โ€œAtuk Merdekaโ€ oleh Encik Dzulkliflee Jaafar, Unit Emolumen.

Pengisian diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik bersama warga Jabatan Bendahari sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara.

Semoga perkongsian dan pengisian yang dilaksanakan dapat menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh budaya ilmu serta membentuk warga Jabatan Bendahari yang berintegriti, kompeten dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹12 RABIULAWAL 1448HWarga Jabatan Bendahari mengucapkan Salam Maulidur Rasul ๏ทบ kepada seluruh warga U...
24/08/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹
12 RABIULAWAL 1448H

Warga Jabatan Bendahari mengucapkan Salam Maulidur Rasul ๏ทบ kepada seluruh warga UTM dan umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah ๏ทบ serta menjadikannya sebagai pedoman dalam kehidupan dan amanah yang dilaksanakan.

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐€๐Š๐ˆ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐†๐€๐’๐ˆ๐๐† ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐“๐Œ๐Š๐‹20 Ogos 2026 โ€“ Warga Pejabat Bendahari UTM Kuala Lump...
24/08/2026

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐€๐Š๐ˆ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐†๐€๐’๐ˆ๐๐† ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐“๐Œ๐Š๐‹

20 Ogos 2026 โ€“ Warga Pejabat Bendahari UTM Kuala Lumpur telah menyertai aktiviti riadah mendaki di Bukit Gasing, Petaling Jaya sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat.

Selain menyokong kecergasan fizikal, aktiviti ini turut menjadi ruang untuk warga kerja berinteraksi dalam suasana yang lebih santai, mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan di luar persekitaran pejabat.

Semoga aktiviti riadah seperti ini dapat terus menjadi sebahagian daripada usaha membudayakan kesejahteraan warga kerja serta membina hubungan kerja yang lebih erat.

Satu langkah, seribu kepuasan!

๐€๐ƒ๐€๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐“๐€๐‡๐”? | ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Tahukah anda, terdapat dua kategori pendapatan di UTM, iaitu:1. Pendapatan Saraan โ€“ terma...
24/08/2026

๐€๐ƒ๐€๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐“๐€๐‡๐”? | ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tahukah anda, terdapat dua kategori pendapatan di UTM, iaitu:

1. Pendapatan Saraan โ€“ termasuk pendapatan daripada gaji bulanan dan pendapatan saraaan tidak bercukai tertentu.

2. Pendapatan Bukan Saraaan โ€“ termasuk pendapatan daripada baucer bayaran seperti ganjaran kontrak, gantian cuti rehat dan elaun kerja luar waktu bekerja biasa (EKLWBB).

Maklumat ini penting bagi memastikan pengisytiharan pendapatan melalui eForm dan Penyata Pendapatan dibuat dengan tepat, khususnya bagi tujuan pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB).

๐Ÿ“Œ Jom ambil tahu dan pastikan pengisytiharan pendapatan anda adalah tepat.

๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐’๐„๐Š๐’๐˜๐„๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐‘๐ˆ18 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Bendahari, Universi...
24/08/2026

๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐’๐„๐Š๐’๐˜๐„๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐‘๐ˆ

18 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Bendahari, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melaksanakan beberapa siri persediaan bagi memastikan urusan ubah suai ruang Seksyen Kewangan Pelajar (SKP), Aras 1, Bangunan Canselori Sultan Ibrahim serta perpindahan sementara ke lokasi baharu dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Kerja-kerja ubah suai dijadualkan berlangsung mulai 19 Ogos hingga 13 Oktober 2026. Sepanjang tempoh tersebut, SKP akan beroperasi sementara di Student Union Building (SUB), UTM Johor Bahru bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada warga universiti dan pelanggan terus terpelihara.

Sebagai persediaan awal, dua siri lawatan tapak telah dilaksanakan pada 8 dan 12 Ogos 2026 dengan penglibatan Bahagian Pengurusan Aset (BPA), pihak kontraktor serta Timbalan Ketua Teknologi Maklumat Jabatan Bendahari.. Lawatan ini memberi tumpuan kepada penilaian keadaan ruang, keperluan penyelenggaraan serta penyelarasan keperluan teknikal dan ICT sebelum kerja-kerja ubah suai dimulakan.

Persediaan turut diteruskan melalui aktiviti gotong-royong pada 13 Ogos 2026, melibatkan staf lelaki Jabatan Bendahari bagi membantu urusan pemindahan sementara SKP dari ruang asal ke lokasi operasi di SUB.

Pada 14 Ogos 2026, penyerahan kunci ruang sementara di SUB telah dilaksanakan oleh Encik Zaidi Haji Mohmod, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia kepada Dr. Hazlinda Mohd Noor, Ketua Bahagian Kewangan Pelajar, Percukaian dan Zon.

Keseluruhan persediaan ini melibatkan kerjasama antara Jabatan Bendahari, Bahagian Pengurusan Aset, pihak kontraktor serta pihak yang berkaitan dengan penyelarasan kemudahan teknikal dan ICT. Pendekatan secara berperingkat membolehkan keperluan operasi dikenal pasti dan diuruskan lebih awal bagi menyokong kelancaran proses perpindahan serta kesinambungan perkhidmatan.

Semoga kerja-kerja ubah suai dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan dan seterusnya menyediakan ruang kerja yang lebih kondusif, selesa serta memenuhi keperluan operasi Seksyen Kewangan Pelajar.

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐‘๐ˆ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐’๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐•๐€๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐‘๐ˆ17 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Bendahari telah menganjurkan Aktiviti Riadah Sant...
20/08/2026

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐‘๐ˆ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐’๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐•๐€๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐‘๐ˆ

17 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Bendahari telah menganjurkan Aktiviti Riadah Santai Varsiti Jabatan Bendahari di Hutan Rekreasi dan Balai Cerapan, UTM Johor Bahru yang disertai oleh 70 orang staf.

Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Bendahari dalam menggalakkan gaya hidup aktif serta meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan warga kerja. Peserta bergerak secara berkumpulan melalui kawasan Hutan Rekreasi menuju ke Balai Cerapan, di samping menikmati suasana alam semula jadi, berehat, bergambar dan menikmati jamuan bersama.

Selain manfaat kepada kesihatan fizikal, aktiviti ini turut menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kekitaan dan memperkukuh hubungan dalam kalangan warga Jabatan Bendahari dalam suasana santai dan mesra.

Penganjuran aktiviti ini turut menyokong usaha membudayakan kesejahteraan warga kerja serta menyumbang kepada aspirasi Sustainable Development Goals (SDGs), khususnya SDG 3: Good Health and Well-Being.

Semoga aktiviti seperti ini terus menjadi ruang untuk warga Jabatan Bendahari bergerak, berinteraksi dan meluangkan masa bersama dalam membina komuniti kerja yang sihat, cergas dan lebih erat.

๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐๐Ž๐“ ๐‹๐”๐๐”๐’Sempena Bulan Kemerdekaan, jom manfaatkan peluang istimewa ini! Warga UTM dijemput...
20/08/2026

๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐๐Ž๐“ ๐‹๐”๐๐”๐’

Sempena Bulan Kemerdekaan, jom manfaatkan peluang istimewa ini!

Warga UTM dijemput untuk mendapatkan pelbagai perabot lupus dengan potongan harga 50% untuk semua item!

Mungkin ada yang sedang mencari perabot untuk kegunaan pejabat atau ruang kerja โ€” mana tahu ada yang berkenan dan sesuai dengan keperluan.

๐Ÿ“… Tarikh/Hari: 26 Ogos 2026 (Rabu)
๐Ÿ• Masa: 2.30 petang โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Stor Jualan Lupus, UTM Johor Bahru

Stok adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perabot pilihan pada harga yang lebih menarik.

Jumpa anda di Stor Jualan Lupus!

Seluruh warga Jabatan Bendahari mengucapkan selamat berjuang kepada wakil Jabatan Bendahari yang akan menggalas cabaran ...
05/08/2026

Seluruh warga Jabatan Bendahari mengucapkan selamat berjuang kepada wakil Jabatan Bendahari yang akan menggalas cabaran mewakili Universiti Teknologi Malaysia di SUKUM 2026.

Berjuang dengan penuh semangat. Bermain dengan penuh integriti. Pulang dengan kenangan yang membanggakan.

๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต, ๐˜›๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜œ๐˜›๐˜”!



๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†Jabatan Bendahari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke...
04/08/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ & ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†

Jabatan Bendahari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Nur Syahirah binti Zawawi, Akauntan Gred WA10 atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Jabatan Bendahari.

Selamat menjalankan tugas di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) berkuat kuasa 3 Ogos 2026 (Isnin).

Jabatan Bendahari turut mengucapkan selamat datang kepada Encik Muhammad Shahrin bin Hasim, Akauntan Gred WA10 yang melapor diri pada 3 Ogos 2026 dan ditempatkan di Bahagian Emolumen, Pinjaman dan Aset Jabatan Bendahari.

Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan menyumbang kepada kecemerlangan Jabatan Bendahari serta universiti.

๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š,
๐’๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ข
๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Address

Aras 2, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bendahari Universiti Teknologi Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jabatan Bendahari Universiti Teknologi Malaysia:

Shortcuts

Share