Perbadanan Stadium Johor - PSJ

Perbadanan Stadium Johor - PSJ Aras 1, Jalan Juara 2, Johor Sports Hub, 81100 Johor Bahru, Johor

https://stadiumjohor.my/
https://booking.stadiumjohor.my/login/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kenyataan Sebut Harga di Perbadanan Stadium Johor adalah seperti berikut :KERJA – KE...
05/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kenyataan Sebut Harga di Perbadanan Stadium Johor adalah seperti berikut :

KERJA – KERJA MEMBINA BARU HOARDING BOARD SERTA KERJA – KERJA YANG BERKAITAN DI STADIUM RAGBI, JOHOR SPORTS HUB, PERBADANAN STADIUM JOHOR

Tarikh buka : 05 Ogos 2026 (Rabu)
Tarikh Tutup : 14 Ogos 2026 (Jumaat) pada jam 12.00 Tengahari

Taklimat/Lawatan Tapak Sebut Harga
Tarikh : 07.08.2026 (Jumaat)
Masa : 10.15 Pagi
Tempat : Aras 1, Stadium Olahraga,Johor Sports Hub, Jalan Juara 2, Perbadanan Stadium Johor

Dapatkan pembelian dokumen sebut harga di Pejabat :
Pengurus Besar,
Perbadanan Stadium Johor, Aras 1,
Stadium Olahraga, Johor Sports Hub, Jalan Juara 2,
81100 Johor Bahru, Johor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kenyataan Sebut Harga di Perbadanan Stadium Johor adalah seperti berikut :KERJA – KE...
05/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kenyataan Sebut Harga di Perbadanan Stadium Johor adalah seperti berikut :

KERJA – KERJA MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH BANGUNAN BMX SERTA KERJA – KERJA YANG BERKAITAN DI ARENA BMX JOHOR, PERBADANAN STADIUM JOHOR

Tarikh buka : 05 Ogos 2026 (Rabu)
Tarikh Tutup : 14 Ogos 2026 (Jumaat) pada jam 12.00 Tengahari

Taklimat/Lawatan Tapak Sebut Harga
Tarikh : 07.08.2026 (Jumaat)
Masa : 11.30 Pagi
Tempat : Arena BMX Johor, Perbadanan Stadium Johor

Dapatkan pembelian dokumen sebut harga di Pejabat :
Pengurus Besar,
Perbadanan Stadium Johor, Aras 1,
Stadium Olahraga, Johor Sports Hub, Jalan Juara 2,
81100 Johor Bahru, Johor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kenyataan Sebut Harga di Perbadanan Stadium Johor adalah seperti berikut :KERJA – KE...
05/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kenyataan Sebut Harga di Perbadanan Stadium Johor adalah seperti berikut :

KERJA – KERJA MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH LOJI UTAMA SERTA KERJA – KERJA YANG BERKAITAN DI JOHOR SPORTS HUB , PERBADANAN STADIUM JOHOR

Tarikh buka : 05 Ogos 2026 (Rabu)
Tarikh Tutup : 14 Ogos 2026 (Jumaat) pada jam 12.00 Tengahari

Taklimat/Lawatan Tapak Sebut Harga
Tarikh : 07.08.2026 (Jumaat)
Masa : 09.30 Pagi
Tempat : Aras 1, Stadium Olahraga,Johor Sports Hub, Jalan Juara 2, Perbadanan Stadium Johor

Dapatkan pembelian dokumen sebut harga di Pejabat :
Pengurus Besar,
Perbadanan Stadium Johor, Aras 1,
Stadium Olahraga, Johor Sports Hub, Jalan Juara 2,
81100 Johor Bahru, Johor.

Aksi penuh semangat dan persaingan sengit mewarnai Johor Region Football Championship 2026 yang dianjurkan oleh KLK tela...
31/07/2026

Aksi penuh semangat dan persaingan sengit mewarnai Johor Region Football Championship 2026 yang dianjurkan oleh KLK telah berlangsung di Johor Sports Hub Kluang. Dengan fasiliti sukan yang lengkap dan berkualiti, JSHK menjadi pilihan penganjuran kejohanan bagi menyokong pembangunan bola sepak serta menyediakan pengalaman terbaik buat setiap pasukan yang bertanding.

Teruskan berjuang, pamerkan semangat kesukanan dan berikan aksi terbaik hingga wisel penamat! ⚽️🔥

Kejohanan Olahraga Tahunan SK I.J Convent, JB! 🎉🏅Ramai yang hadir memeriahkan suasana di Stadium Olahraga Mount Austin b...
25/07/2026

Kejohanan Olahraga Tahunan SK I.J Convent, JB! 🎉🏅

Ramai yang hadir memeriahkan suasana di Stadium Olahraga Mount Austin bagi menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-44 pada 25 Julai 2026 (Sabtu). Semangat kesukanan, keceriaan dan kemeriahan jelas terasa dengan kehadiran para pelajar, guru serta ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan.

Semoga terus melahirkan generasi yang aktif, cergas dan bersemangat! 💪

Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-38 pada 22 Julai 2026 dengan penuh ...
22/07/2026

Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-38 pada 22 Julai 2026 dengan penuh semangat kesukanan dan kemeriahan di Johor Sports Hub, Perbadanan Stadium Johor.

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan aktif para murid, guru serta warga sekolah dalam pelbagai acara sukan yang bukan sahaja mencungkil bakat, malah memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama dan daya saing dalam kalangan murid.




Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Alhmarhum Sultan IsmailHari mengenang dan memperingati kemangkatan Almarhum Sulta...
21/07/2026

Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Alhmarhum Sultan Ismail

Hari mengenang dan memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh dan menempatkan Baginda dalam kalangan para solihin.

Al-Fatihah. 🤲🏻

MSSD Pasir Gudang yang berlangsung di Johor Sports Hub pada 14 hingga 20 Julai kini melabuhkan tirai dengan penuh gemila...
20/07/2026

MSSD Pasir Gudang yang berlangsung di Johor Sports Hub pada 14 hingga 20 Julai kini melabuhkan tirai dengan penuh gemilang.

Kejohanan ini menghimpunkan atlet-atlet sekolah dari seluruh daerah Pasir Gudang bagi menampilkan bakat, semangat juang dan kebolehan dalam pelbagai acara olahraga.

Tahniah kepada semua atlet, jurulatih dan pihak yang terlibat dalam menjayakan MSSD Pasir Gudang 2026.

Raising Star Floorball Championship 2026 telah berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Velodrom Johor, menghimpunkan...
19/07/2026

Raising Star Floorball Championship 2026 telah berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Velodrom Johor, menghimpunkan bakat-bakat muda dalam sukan floorball untuk beraksi dalam suasana pertandingan yang kompetitif.

Gelanggang serbaguna di Velodrom Johor terus membuktikan fungsinya sebagai fasiliti yang mampu memenuhi keperluan penganjuran pelbagai jenis sukan dan kejohanan. Dilengkapi dengan kemudahan yang berkualiti serta persekitaran yang kondusif, fasiliti ini menyokong kelancaran penganjuran acara di samping menyediakan ruang yang sesuai untuk pembangunan atlet.

Perbadanan Stadium Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah atas pelantikan ...
18/07/2026

Perbadanan Stadium Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh pembangunan belia dan sukan di Negeri Johor serta ekosistem sukan negeri khususnya pembangunan fasiliti sukan di Negeri Johor.

Ikhlas daripada Pengurus Besar serta seluruh warga kerja Perbadanan Stadium Johor.

Address

Aras 1, Jalan Juara 2 Sports Hub
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075502327

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Stadium Johor - PSJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perbadanan Stadium Johor - PSJ:

Shortcuts

Share