14/12/2019
Fakta menarik antara silat dan pistol.
Zaman moden sekarang ini ada orang berkata, “apa nak silat-silat, sekarang pakai pistol aje..”.
Saya dulu pun pernah terfikir begitu.
Ketika saya belajar menembak secara betul dengan instructor yang professional sehingga mendapat lesen, saya mempelajari satu fakta menarik.
Musuh sejauh enam meter, hanya mengambil masa 3 saat untuk datang kepada kita. Dan sehebat mana kita, dengan begitu terlatih sekalipun mengambil masa 2.5 ke 3 saat untuk “draw” pistol kita dari “hoster” atau pinggang kita.
Itu orang yang begitu terlatih dan sentiasa bersedia dan berwaspada.
Bagaimana kalau kita orang awam yang biasa-biasa?
Dan cuba bayangkan jika musuh yang datang itu dengan parang atau pisau yang ada di tangan mereka.
Setelah saya belajar menembak, saya lebih menghargai silat atau seni bela diri yang lain.
Apapun, seperti yang di sarankan Allah di dalam surah al-Anfal ayat 60, “buatlah persediaan semampu dan sebaiknya dari sudut kekuatan dan kuda-kuda kamu, yang akan menggetarkan musuh Allah dan musuhmu...”
Belajarlah ilmu mempertahankan diri, bukan sahaja untuk pertahanan tapi untuk kesihatan.
Bagi kita orang di Nusantara, kita ada warisan kita dan warisan bangsa kita kini telah disenaraikan sebagai warisan agong dunia oleh UNESCO.
Walaupun sekarang ada pistol, tapi tidak semua keadaan pistol sebagai cara mempertahankan diri.