23/04/2021
Cas macam nak pegi haji balik hari ja
Padahal dekat ja pun xsampai 10km,tapi cas rm15..tak dinafikan setiap runner ada rate masing² antara kereta dan moto,kadang ada runner kereta ikut macam cas moto,tapi kadang ada juga moto ikut cas macam kereta,tapi itu terpulang la masing².
Cas rm10/15 mungkin nampak banyak,ya..kalau sehari bole sambut sampai 20 job keatas,tapi macam mana plak kalau sehari tu SATU job saja?bukan kita dapat jangka kan,bisnes ada turun naik..salah satu pnyebab kenapa ramai runner stop kerana penggunaan lebih banyak dari pendapatan,lebih² lagi kalau banyak komitmen bulanan.
Jangan terlalu berkira,kita mudahkan urusan bersama..kami bukan mahu kaya,cuma mahu berjaya juga🤗
Gambar sekadar hiasan..