Sosodapghaso agen Johor

Sosodapghaso agen Johor Kami jadikan hidup anda lebih mudah

15/10/2021

‎ *_بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ_*

*_BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM_*

*_السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ_*

*_Assalamu'alaikum Warahmattulahi Wabarakattuh_* 😊 😊😊

🌻۞ *_اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّ_* "🌻

🌹 *_Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad_* 🌹

*_Diberi nama Fatinnurliana binti Zakaria, berusia 26 tahun, Yana adalah salah seorang staff di Syarikat Sosodapghaso Sdn Bhd yang akan membantu anda semua mengenali produk yang Sosodapghaso Sdn Bhd keluarkan_* 🤗🤗

*_Jika ada sebarang pertanyaan, boleh ws Yana pada number yang tertera di atas_* 👌🏻👌🏻

27/09/2021

KESEDAPAN MELAMPAU SEPINGGAN NASI TAK CUKUP. SAMPAI LICIN PINGGAN PENANGAN GULAI LOMAK LADO API DAGING SALAI UWAN ANI

Seronoklah saper yang basuh pinggan tu, habis semua licin sampaikan seraipun turut dinyonyot-nyonyot. Cecair pencuci pingganpun boleh jimat kalau cegini selalu. Manakan tak, kalau Gulai Lomak Lado Api Daging Salai tu mengakibatkan jari jemari turut jadi mangsa kena nyonyot. Dan pinggan habis licin dibelasah sampai boleh tengok muka sendiri kat pinggan tu.

Tu deh gambaran ringkas tentang kesedapan Gulai Lomak Lado Api Daging Salai air tangan orang lama Uwan Ani, 40 tahun pengalaman memasak, pakar masakan tradisional Negeri Sembilan

Nak rasa, kena cuba, dah rasa baru tahu. Oghang Nogori kata apa? “Sodak Tekaww, menyongau…” Sedap kalau kau nak tahu, pedas sampai berpeluh-peluh (terjemahan).

Dah rasa baru tahu.
Berat: 550 gram
Serving: 5-7 orang
Frozen (tahan sehingga 3 bulan dalam freezer)
Cuma rendam dalam air panas selama 10 minit dah boleh bukak dan makan. Boleh dipanaskan atas dapur atau microwaves.

Pesan segera dengan klik link di bawah:-

https://wa.link/vi2yit

29/08/2021

KISAH DONGENG TENTANG SANTAN KELAPA

Sejak sekian lama kita sering mendengar orang bercerita tentang santan kelapa banyak mengandungi kalesterol, lemak DLL yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk, sakit jantung dan berbagai jenis penyakit lagi. Namun itu semua adalah cerita dongeng yang tiada asasnya.

Santan merupakan salah satu bahan masakan yang sangat umum digunakan dalam masakan khususnya di nusantara (Malaysia, Indonesia , Singapura, Thailand ….). Cairan berwarna putih susu ini dihasilkan dari parutan isi kelapa tua yang telah dibasahi, sebelum akhirnya diperah dan ditapis untuk mendepatkan santan pekat seputih salju yang memiliki khasiat pemakanan yang amat berharga.

Selain murah dan mudah didapati, santan juga memiliki banyak manfaat untuk tubuh berkat kandungan nutrisi yang berbagai-bagai di dalamnya. Dalam 100 ml santan, terkandung sekitar 75 kalori dan berbagai nutrisi, seperti:
• 0,5 gram protein
• 5 gram lemak
• 7 gram karbohidrat
• 450 miligram kalsium
• 0,7 miligram zat besi
• 45 miligram kalium dan natrium
• 150 mikrogram vitamin A
• 2,4 mikrogram vitamin D

Meskipun mengandung lemak yang cukup tinggi tetapi jenis lemak yang terkandung pada santan adalah lemak nabati atau tumbuhan yang sehat. Ini bererti, santan tidak mengandungi Kalesterol Jahat (LDL). Santan juga mengandung vitamin B dan antioksidan yang cukup tinggi.

Manfaat Santan untuk Kesihatan

Justeru kandungan nutrisinya yang melimpah ruah, manfaat santan bagi kesihatan sudah tidak perlu diragukan. Berikut ini adalah beberapa manfaat santan yang amat rugi jika diabaikan:

1. Menjaga kadar kolesterol baik

Sebahagian besar orang mungkin menganggap santan dapat memicu peningkatan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh. Sebaliknya, santan tidak mengandungi kolesterol jahat dan amat bermanfaat untuk menjaga kadar kolesterol baik (HDL) di dalam darah. Hal ini berkat kandungan lemak sihat dan khasiat Asid Laurik yang terdapat dalam santan.

Dengan kewujudan Asid Laurik, tubuh manusia boleh terhindar dari penyakit kardiovaskular, seperti stroke dan serangan jantung. Untuk memperolehi manfaat santan tersebut, hendak dihindari menggunakan santan dalam pemakanan bersama dengan gula atau makanan tinggi kolesterol seperti daging haiwan yang berlemak banyak.

2. Menjaga berat badan yang ideal

Santan mengandungl lemak sihat yang disebut medium-chain triglycerides (MCTs). Beberapa penelitian menyatakan bahwa jenis lemak tersebut dapat mengurangkan nafsu makan dan meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Dengan demikian, santan dapat menjaga berat tubuh agar tetap ideal.

Namun, perlu diingati agar tetap memakan santan dalam jumlah yang tidak berlebihan. Ini adalah disebabkan berat badan anda boleh naik apabila memakan makanan bersantan dalam jumlah yang banyak.

3. Memperkuatkan sistem kekebalan tubuh

Beberapa kajian menunjukkan bahwa zat asid laurik yang ada pada santan tak hanya dapat menjaga kadar kolesterol baik dalam tubuh, tetapi juga memperkuatkan daya tahan tubuh.

Bersama dengan kandungan antioksidan dan nutrisi lainnya, seperti protein, santan dipercayai dapat memperkuatkan sistem imun atau kekebalan sehingga tubuh lebih kuat melawan penyakit berjangkit, seperti influenza. Selain itu, santan juga diketahui bermanfaat untuk menjaga kuman baik (probiotik) di saluran pencernaan.

4. Meningkatkan kerja dan fungsi otak

Manfaat santan juga diketahui baik untuk memelihara kesehatan otak dan menjaga agar otak tetap berfungsi dengan baik. Kandungan lemak sehat MCT, antioksidan dan protein pada santan berperanan sebagai sumber tenaga untuk otak.

Perkara yang perlu Diperhatikan Sebelum Memakan Santan

Selain santan hasil perahan, kini juga tersedia santan dalam bentuk yang telah diproses dan dikotakkan yang dinilai lebih praktikal dan mudah digunakan. Namun, tidak semua santan sebegini baik untuk dimakan.

Agar tetap selamat dan sehat saat menggunakan santan yang diproses, berikut ini adalah beberapa tips yang dapat anda lakukan:

Pastikan tidak menggunakan bahan pengawet

Pilihlah produk santan kemasan yang diproses dengan kaedah pengawetan yang baik, misalnya UHT (ultra high technology) atau kaedah granulasi, sehingga boleh tahan lama tanpa menggunakan bahan pengawet.

Pastikan produk berdaftar dengan pihak yang berkuasa
Jika Anda hendak membeli produk santan siap pakai, pastikan produk tersebut sudah mendapatkan kebenaran dan berdaftar pihak-pihak yang berkaitan dengan makanan dan status halal.

Periksa kandungan nutrisi yang tertera pada kemasan

Pastikan produk santan yang telah diproses yang dipilih mengandungi pelbagai nutrisi, seperti serat, omega 3 dan omega 6, bebas kolesterol, serta rendah kalori sehingga baik untuk tubuh.

Santan selamat untuk digunakan justeru berbagai manfaat yang dimilikinya, memakannya secara sederhana dan di samping mengikuti pola pemakanan sihat, beriadah dan aktiviti-aktiviti yang boleh boleh menambahkan kesihatan tubuh badan.

Diolah dari tulisan Dr. Kevin Adrian







19/08/2021
10/08/2021
MAHUKAH INI BERLAKU PADA ANDA? DI KALA ADA ORANG KELAPANGAN, ANDA SENTIASA DALAM KESEMPITAN, DI KALA ORANG MASIH MENERIM...
23/07/2021

MAHUKAH INI BERLAKU PADA ANDA? DI KALA ADA ORANG KELAPANGAN, ANDA SENTIASA DALAM KESEMPITAN, DI KALA ORANG MASIH MENERIMA GAJI BULANAN, ANDA KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN. DI KALA ANAK-ANAK ORANG LAIN TIDUR KEKENYANGAN, ANAK-ANAK ANDA TIDUR DENGAN PERUT KOSONG. TAKKAN?
Nak pinjam duit malu. Mana nak bayar bil bulan-bulan, pinjaman kereta, sewa rumah, perbelanjaan persekolahan anak-anak….
"Puan Nora dah lama join team kami, berjaya jana income 4 angka sebulan. Dah tak risau tentang anak-anak lagi….dapat p**a duit tunai jika capai sasaran jualan…”
Buat online jer…guna smartphone..cerita pengalaman dan manfaat orang yang gunakan produk kami…
Kata Nak..klik link di bawah:-
https://wa.link/vi2yit

09/07/2021

LETAKKAN DIRI KITA DI DALAM SITUASI ORANG LAIN

Istilah kubur masing-masing ni adalah satu prinsip “ananiah” atau pentingkan diri sendiri, selfishness satu sifat mazmuumah atau tercela yang tanpa kita sendiri wujud dalam diri kita.

Ianya bermula dari sangkaan buruk kita terhadap Allah Subhana wa Ta’ala dan kemudiaan sangkaan buruk kita terhadap orang lain.

Sering kita menyangka bahawa orang yang datang meminta sesuatu dari kita walaupun sekecil manapun, umpamanya seorang kanak-kanak yang datang menjual beberapa buku kecil yang merupakan surah Yaasin, surah Al-Waaqiah atau buku-buku agama yang lain, kita ada kecenderungan untuk menolaknya hasil sangkaan kita bahawa budak ini adalah milik sebuah sindiket yang mempergunakan kanak2x untuk meraiah simpati orang ramai. Memang tak dapat disangkal bahawa wujudnya sindiket yang begitu. Tapi mana kita tahu budak yang mengunjungi meja makan kita di restoran itu benar2x susah dan berasal dari sebuah keluarga yang sudah, keberadaannya di situ bersama-sama barang2x jualannya adalah bukti desakan hidup dan keluarganya.

Pertama kita bersangka buruk dengan Allah, tanpa kita mengetahui kedatangan budak itu adalah atas ketentuan Allah jua, mungkin Allah nak memberi peluang kepada kita melakarkan catatan amalan soleh oleh para malaikat. Namun disebabkan fikiran negatif yang lahir dari sangkaan buruk kita, kita terlepas peluang itu.

Peluang itu mungkin takkan kembali lagi. Kedua kita bersangka buruk dengan budak tersebut, seringkali kita menolaknya dengan agak kasar dan adakalanya kita menolak secara halus seperti buat2x sibuk dengan benda lain seolah-olah kita tak menyedarinya. Dan adakalanya kita memberi alasan,’Maaf dik, pakcik dah beli”, sedangkan kita tak pernah ada buku tersebut dalam simpanan kita. Cuma RM2 sahaja satu buku. Allahu.

Kadang2x kita membelanjakan RM 20 untuk sesuatu yang cuma untuk memenuhkan perut kita, bukannya makanan asas pun hanya cendol yang dibeli di tepi jalan. Kalau niat membeli cendol itu untuk support abang si penjual cendol yang terkesan dengan PKP tu lain cerita. Apa yang disampaikan di sini ialah, mainuman dan makanan yang dibeli pun bukannya benar2x makanan dan minuman asas yang perlu kita ada. Bayangkan orang yang membeli beberapa gelas plastic minuman jenama “LIVE”.

Pemberian tak perlu banyak, ingatlah apa pesanan Rasulullah sallallahu alaihe wasalam yang bermaksud; “Sedikit di sisi kamu, banyak di sisi Allah….”

Bayangkan anak kita yang masih kecil ataupun cucu kita berada di dalam situasi budak itu. Apa perasaan kita ya?

Hidup ini umpama roda, kadang2x kita berada di atas dan kadang2x berada di bawah.

Bila berada di atas, sekali-sekala jangan lupa pandang ke bawah.

“Tak payahlah kau sibuk-sibuk nak suruh aku solat ker, baca Quran ker, bersedekah ker….kalau aku s**a aku buat, kalau aku ada masa aku akan buat…kubur masing2x, buat apa nak susah-susah keringkan air liur bagi tahu aku semua ni…” Sepatutnya kita bersyukur justeru masa ada orang yang memperingatkan kita. Bayangkan, kalau tiba2x tayar kereta kita bocor di tengah jalan, di lokasi entah berantah, saat dan ketika itu kita amat2x perlukan kehadiran seseorang untuk menolong kita. Apa kau rasa, bila ada orang lalu, sambil menurunkan cermin keretanya dia berkata kepada kau; “Rosak ker, repair la sendiri…kalau elok pun kau jer yang naik sorang, aku dah ada kereta ni…” KAU RASA?

01/07/2021

Address

Taman Sutera
Johor Bahru
81400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sosodapghaso agen Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share