05/08/2019
KENAPA IA PENTING?
Kenapa ia penting dalam kehidupan kita hari ini?. Hatta ramai yang bekerja daripada lahir sampai ke hujung nafas sebab pekara ini. Tambah p**a kita tak pandai dan tak ambil peduli dalam pengurusan kewangan. Pendek kata, memang hidup ini hanya untuk bekerja semata-mata. Huhu. Kita perlukan duit setiap masa namun tak bermakna hidup sentiasa perlu bekerja.
Awal kehidupan kita dijaga dan ditanggung oleh ibubapa. Erti kata, sudah terlepas satu fasa. Sekarang fasa pekerjaan. Zaman ini kita ada banyak pilihan termasuk bekerja dan tak risau tentang duit dalam poket selagi bekerja. Namun dalam fasa bekerjalah kita perlu menentukan kehidupan selepas ini. Samada masa akan datang itu merangkumi kehidupan bakal berumahtangga ataupuan kehidupan anak isteri ataupun kehidupan pekerjaan kita sendiri ataupun kehidupan bersara daripada pekerjaan ataupun kehidupan bersara daripada kehidupan dan lain-lain. Kalau dari sekarang iaitu zaman pekerjaan kita sudah susun atur kehidupan kita. Maka boleh dapat ketenangan walaupun sedikit disaat ditimpa susah dan bencana.
Namun, kalau saat ini kita tak menyusun atur apa yang patut. Maka, bekerjalah sampai nafas terakhir walaupun sudah bersara. Kalau tetap tak nak kerja cari sahaja rumah orang tua. Ianya ada dimana-mana. Mohon jangan terasa. Bukan senang nak senang, bukan senang nak kumpul duit untuk masuk meminang.Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.. Aku? " jual kopi jer...
Channel ini perkongsian ilmu, pengurusan dan perancangan kewangan untuk masa depan