PAS Kawasan Jerantut

PAS Kawasan Jerantut PAS KAWASAN JERANTUT

04/04/2026
1 HARI LAGI...IMPIAN YANG SEDANG BERGERAK - 8HOGOH JELAI - HOGOH DENGAN PENUH KASIH SAYANG.Saya dapat panggilan dari seo...
18/10/2025

1 HARI LAGI...

IMPIAN YANG SEDANG BERGERAK - 8

HOGOH JELAI - HOGOH DENGAN PENUH KASIH SAYANG.

Saya dapat panggilan dari seorang anggota Polis Lipis, memang dah agak pastinya nak bertanya berkaitan dengan program Hogoh Jelai, "Kami harap program Hogoh Jelai dapat berjalan dengan baik, semoga tiada sebarang perkara yang tidak diingini" dan dia ingatkan saya "minta pihak Ustaz hati² dan bagitau anak buah supaya jangan layan sebarang provokasi", nasihatnya, saya bertanya kembali "akan ada provokasi ke"?, "ini politik Ustaz", katanya sambil ketawa kecil, "InsyaAllah Tuan", kata saya.

Rabu lalu saya berada di Sg Koyan untuk Liqa Fikri di Markas PAS Sg Koyan, pagi khamis saya sempat berjalan² di Pasar pagi hadapan Masjid Sg Koyan, terdengar perbualan beberapa orang di Pasar pagi tentang program Hogoh Jelai, ianya dah jadi buah mulut orang di sana. Esok adalah harinya, bermula hari ini InsyaAllah ahli² PAS dari seluruh Pahang akan bergerak ke Pekan kecil Sg Koyan untuk menjayakan Himpunan 30K Hogoh Jelai terutama di acara kemuncak pada sebelah malam.

InsyaAllah program bermula dari pagi esok, pelbagai aktiviti dan acara yang disediakan, semua aturcara adalah bersifat untuk menjalinkan hubungan antara PN dan masyarakat khususnya yang berada di DUN Jelai, InsyaAllah kami datang dengan kasih sayang, bersimpuh di depan mata orang Jelai agar kenal kami dengan lebih dekat, semua ini adalah amalan biasa semua parti politik, umno pun begitu juga, ada juga masa ia akan masuk ke kawasan² yang dia kalah untuk bertemu masyarakat dan menjelaskan aspirasi politik UMNO, termasuk kawasan saya, tak pernah pun saya bising, sebab saya faham sememangnya begitulah parti politik di alam sistem politik demokrasi.

Ini zaman orang berpolitik secara matang, pendekatan sejahtera dan harmoni menjadi impian dan pilihan rakyat, apatah lagi di negeri Pahang yang rakyatnya bersifat lembut dan mesra. Kalau orang nak ziarah pun tak boleh, nak guna kemudahan awam pun tak bagi, semua akses untuk bertemu rakyat disekat, itu bukan demokrasi namanya.

UMNO boleh jelaskan pada rakyat apa yang kerajaan negeri di bawah pentadbirannya yang telah dan apa yang akan dilaksanakan untuk rakyat dan kami p**a boleh menjelaskan aspirasi dan tawaran kami jika diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah Pahang, biar rakyat mendengar dan menilai dan memilih dengan jiwa terbuka tanpa diganggu oleh ugutan dan paksaan, memilih itu perlukan penelitian, jika rakyat diganggu dengan pelbagai tekanan ini akan semakin memburukkan senario politik negeri Pahang.

InsyaAllah esok sehari suntuk kami akan bersama rakyat Jelai, pandang² la kami, kenal² la kami, kata orang tak kenal maka tak cinta, InsyaAllah esok kita kenal² dan cinta kita akan bertaut. Habis program kami kembali ke tempat kami, InsyaAllah kami akan tinggalkan Jelai dengan kenangan yang manis² sahaja, yang memahat kenangan indah di jiwa, kita jumpa esok dalam program "Hogoh Jelai".

YB DATO' USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang

16/09/2025
04/09/2025

📣 Suarakan Cadangan & Soalan Anda ke Parlimen!

Rakyat Jerantut dijemput untuk berkongsi cadangan soalan parlimen bagi dibawa ke sidang akan datang. Inilah peluang anda menyuarakan isu-isu setempat, kebajikan masyarakat, serta hal-hal penting yang wajar diketengahkan demi kepentingan rakyat.

📧 boleh terus email soalan ke: [email protected]
📲 Imbas QR code ataupun tekan terus pautannya di:
https://forms.gle/D9NHBwqgcJjPg6Nj8

✔️ Setiap suara anda adalah penting untuk memastikan Jerantut terus diperjuangkan di Dewan Rakyat.

HI-TEA AS-SABIQUN BERSAMA YB-YB PAS JERANTUT 24 OGOS 2025 (AHAD)2.30PM - 5.00PMAlhamdulillah, telah berlangsung dengan j...
26/08/2025

HI-TEA AS-SABIQUN BERSAMA YB-YB PAS JERANTUT
24 OGOS 2025 (AHAD)
2.30PM - 5.00PM

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya program yang menghimpunkan warga As-Sabiqun Kawasan Jerantut bertempat di Hana Garden, Bandar Jerantut.

Program ini menjadi medan pertemuan antara Wakil Rakyat PAS Kawasan Jerantut bersama warga As-Sabiqun sekitar Jerantut.

Semoga pertemuan ini terus memperkukuh ukhuwah dan menguatkan jentera jemaah, khususnya di kalangan golongan As-Sabiqun.

22/08/2025

TAKZIAH KEPADA TUDM DI ATAS INSIDEN KEMALANGAN PESAWAT F/A-18D HORNET DI PENGKALAN UDARA KUANTAN

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memaklumkan satu insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet telah berlaku pada 21 Ogos 2025 jam 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

PAS PAHANG ingin mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan kepada juruterbang serta pembantu juruterbang TUDM yang terlibat di dalam insiden tersebut.

Kami turut mendoakan pihak TUDM dapat menyelesaikan siasatan insiden dengan sebaiknya dan dipermudahkan oleh Allah SWT segala urusan yang berkaitan.

Ikhlas daripada:
PAS Pahang



20/07/2025

Tahniah dan takziah kepada yang terpilih !

Berikut ialah keputusan pemilihan jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang sesi 2025 - 2027.

Semoga Allah membantu dan membimbing semua pimpinan kita untuk terus memimpin Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang untuk sama-sama kita memenangi PRU-16 dan menerajui kepimpinan Negeri Pahang.

Amin Ya Rabbal Alamin. In sha Allah.



14 Julai 2025 IsninAlhamdulillah, program Ijtima’ Tarbawi PAS Kawasan Jerantut yang disampaikan oleh AF Ustaz Abd Karim ...
14/07/2025

14 Julai 2025 Isnin

Alhamdulillah, program Ijtima’ Tarbawi PAS Kawasan Jerantut yang disampaikan oleh AF Ustaz Abd Karim Sidek telah berlangsung dengan jayanya malam tadi. Kehadiran ahli PAS Jerantut amat membanggakan dengan sambutan yang amat menggalakkan.

Majlis penuh pengisian ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah, bahkan menyuntik semangat perjuangan dan kefahaman tarbiah Islamiah dalam kalangan ahli.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.
"Tarbiah Asas Kekuatan Jamaah"

"Tidak ada sesuatu pun yang mustahil bagi Allah swt jika DIA berkehendak". Sama2 kita doakan agar impian "PN TERAJU PAHA...
11/07/2025

"Tidak ada sesuatu pun yang mustahil bagi Allah swt jika DIA berkehendak".
Sama2 kita doakan agar impian "PN TERAJU PAHANG" akan menjadi kenyataan.

Jumaat adalah hari yang penuh dengan limpahan rahmat dan keberkatan ini, mari sama2 kita tularkan poster ini.

Yang Benar
YB Dato' Ustaz Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Pahang.

Address

Jerantut

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share