14/11/2018
Nota untuk orang yang masih baru belajar nak jadi petani macam saya. Buat rujukan bila sampai masanya.
Untuk sesiapa yang nak share silakanlah. Sama sama manfaatkan ilmu.
Hadoiii....pening jugak rupanya melayan spesis makhluk Allah yang ni..melayan kapalterbang pun x macam ni ...choiii
kredit : FB HSR resourses
PENYAKIT CILI
- daun kerinting
- virus mozek
- virus kekuningan @ gemini
-kulat
DAUN KERINTING
- berpunca daripada serangan kutu thrips , aphid & hamama... kebanyakannya dari kutu thrips.. symptom daun kerekot kerinting ke bawah.. antara cara penyelesaiannya adalah gunakan racun yg mengandungi bahan aktif seperti:
- difenthiuron
- imidacloprid
- lambda-chaylothrin
- abamectin
- amitraz & pelbagai lagi
VIRUS MOZEK
- berpunca daripada alfalfa mozek virus & tembakau rokok ( merokok ) .. symptoms daun berbatik dan daun2 mengecil seperti perahu.. antara langkah pencegahan sebelum serangan berlaku dgn menggunakan & mengamalkan chitosan.. dapat mengurangkan kadar serangan mozek virus... selain mengawal kelembapan persekitaran kawasan.. jika terkena serangan.. rawatan penggunaan foliar & chitosan yg berterusan masih mampu mengeluarkan hasil yg baik
VIRUS KEKUNINGAN @ GEMINI
- berpunca daripada serangga white fly.. vektor yg membawa penyebaran virus ini.. kawalan racun serangga seperti yg mengandungi bahan aktif seperti:
- imidacloprid
- difenthiuron
- pyridaben
- abamectin & lain2 lagi
serangan virus ni jika sudah terkena pada tanaman disyorkan dicabut.. dibuang.. terus dibakar.. kerana tiada lagi rawatan yg mampu memulihkan tanaman.. sebaiknya kawallah tanaman sebelum penyakit tersebar.
KULAT
- berpunca daripada kepanasan & kesejukan melampau di zon akar.. juga disebabkan keadaan persekitaran yg terlalu basah & lembab.. selain dari tanaman diserang.. buah juga turut terkena. bahan aktif untuk racun kulat terdiri daripada :
- mancozeb
- cooper oxide
- carberdenzin
- propineb
- benomyl dan lain2 lagi
sebaiknya... untuk mengelakkan daripada serangan berlaku.. disiplin kerja kawalan meracun keatas tanaman amat di titik beratkan.. sebelum serangan berlaku... prinsip mencegah sebelum terkena wajib diamalkan