29/10/2023
200% setuju.
Fizikal growth akan berlaku setiap kali selepas aktiviti menghenyak otot.
Mental growth akan datang selepas melalui banyak fasa kegagalan ujian dalam hidup.
Financial growth akan berlaku selepas merisikokan sejumlah wang untuk mencipta lebih banyak wang.
Improvement dalam hidup hanya akan berlaku melalui siri kesakitan, ketakutan, keperitan dan kenyiluan.
Ia adalah emosi yang perlu terlibat untuk seseorang mencapai tahap maksimum dalam hidup.
Apabila manusia hanya mahukan perasaan HAPPY dan EASY.
Kebarangkalian besar apabila bertembung dengan tekanan dan kesakitan mereka akan cenderung untuk mengelak.
Kepada mereka yang nak berjaya dalam hidup.
Saya cadangkan kena biasakan diri.
Di setiap perjalanan menuju kejayaan ia adalah jalan yang penuh keperitan, kesengsaraan, tekanan dan kepedihan.
Nikmat di dalam kesakitan = Kejayaan.