TAG Perak

TAG Perak The Agency Group is a working group registered with Prudential Assurance Malaysia Berhad and Prudent

🕌Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & Batin🕌_Taqabbalallahu minna wa minkum,_Semoga Allah menerima segala amalan kam...
20/03/2026

🕌Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin🕌

_Taqabbalallahu minna wa minkum,_

Semoga Allah menerima segala amalan kami dan amalan anda sepanjang Ramadan yang lalu.

Di hari kemenangan ini,
kami di The Agency Group mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan,kedamaian, dan kebahagiaan buat anda serta keluarga tercinta.

Ikhlas daripada,
*The Agency Group*

14/01/2026

Alhamdulillah. 8.2 MILLION DOLLAR 2025 🎉
Bangga jadi sebahagian daripada THE AGENCY MALAYSIA – bukti doa, disiplin & teamwork tak pernah sia-sia.
Next level, here we come. 🚀🔥

15/05/2025

✨ Assalamualaikum & Selamat Pagi Jumaat yang diberkati ✨

Di pagi yang tenang ini, mari kita renungkan betapa indahnya doa dalam gambar ini - “Semoga dibukakan pintu rezeki dan juga pintu-pintu kebaikan untuk semua.”

Seperti lalang yang mekar di bawah cahaya pagi, rezeki kita juga tumbuh dan berkembang dengan izin-Nya. Namun, kita perlu ingat bahawa pintu rezeki bukan hanya tentang harta duniawi, tetapi juga tentang ketenangan hati dan kesejahteraan jiwa.

Dalam kehidupan yang penuh ketidakpastian ini, perancangan masa depan adalah satu bentuk kebijaksanaan. Melindungi diri dan keluarga melalui Takaful bukan sekadar menyediakan jaring keselamatan, tetapi juga membuka pintu kebaikan untuk generasi akan datang.

PruBSN Takaful hadir sebagai jambatan antara doa dan usaha kita. Semoga Allah SWT membuka pintu-pintu rezeki dan kebaikan untuk kita semua, dan semoga kita bijak dalam menguruskannya.

Jumaat ini, luangkan masa untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan, dan fikirkan bagaimana kita boleh menjadi pembuka pintu kebaikan untuk orang lain.

13/05/2025

Assalamualaikum & Selamat Pagi Wira & Wirawati TAG! ☀️
Apa khabar TAG?? Alhamdulillah, kami sihat, kami hebat, oo yes!! 💪✨

Pagi ini, jom kita semua ON FIRE macam jentera kuning tu! 🔥 Ingat, semangat membara setiap seorang daripada kita adalah kunci kejayaan pasukan Takaful TAG. Bila setiap ejen ON FIRE, kita bukan sahaja capai target peribadi, tapi kita gegarkan industri dengan perkhidmatan Takaful paling padu dan semangat setiakawan yang takkan padam! 🚀🛡️

Pastikan api semangat kita sentiasa menyala untuk bantu lebih ramai orang capai ketenangan kewangan dan lindungi masa depan mereka. Kita adalah pasukan yang ON FIRE untuk kebaikan! 🔥💼

*The Agency Group mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!* ✨Kuih tersusun di atas para,Wangi baunya si bunga melati.Sy...
30/03/2025

*The Agency Group mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!* ✨

Kuih tersusun di atas para,
Wangi baunya si bunga melati.
Syawal menjelma membawa ceria,
Maaf dipinta sepenuh hati.

Di bulan penuh kemenangan ini, kami menghulurkan tangan memohon kemaafan dan mendoakan agar Syawal membawa kebahagiaan, keberkatan, serta rezeki yang melimpah untuk anda dan keluarga.

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada
The Agency Group
“Reflect.Reset.Rise”



📖 Salam Nuzul Al-Quran 1446H ✨“Dan sesungguhnya telah Kami turunkan kepadamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan cont...
18/03/2025

📖 Salam Nuzul Al-Quran 1446H ✨

“Dan sesungguhnya telah Kami turunkan kepadamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah An-Nur: 34)

Pada malam yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati makna dan hikmah di sebalik penurunan Al-Quran. Semoga kita sentiasa diberi hidayah untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui bacaan dan pengamalan kitab suci ini.

📅 18 Mac 2025 | 17 Ramadan 1446H

📖 “Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti.” (Riwayat Muslim)

Salam ikhlas daripada
The Agency Group


🌙 Selamat Menyambut Ramadhan 1446H! 🤲✨🤲🏻Alhamdulillah, TAG Malaysia mengucapkan Salam Ramadhan Kareem 1446H. Alhamdulill...
01/03/2025

🌙 Selamat Menyambut Ramadhan 1446H! 🤲✨

🤲🏻Alhamdulillah, TAG Malaysia mengucapkan Salam Ramadhan Kareem 1446H. Alhamdulillah kita diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengan bulan penuh keberkatan, keampunan & rahmat ini.

🤝Semoga kesihatan kita baik, hati kita bersih, dan amalan kita diterima oleh Allah SWT.

💡 Ramadhan adalah bulan perubahan! Jadikan bulan ini sebagai titik perubahan untuk menjadi hamba yang lebih baik, lebih sabar, lebih ikhlas, dan lebih bersyukur. Semoga setiap amal kita membawa keberkatan di dunia dan akhirat.

🌟 Semoga kita semua dipermudahkan dalam ibadah, diberikan kesihatan, serta dirahmati sepanjang bulan mulia ini.

🥰Moh doakan sesama kita! 🤲💖

✨ Momen yang Terukir✨🎖️“Train The Trainer” di Telok Mas Melaka telah berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama yan...
26/02/2025

✨ Momen yang Terukir✨

🎖️“Train The Trainer” di Telok Mas Melaka telah berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama yang mantap! 💪✨

🏆 Kami di TAG dari langkah pertama anda dalam dunia Takaful penuh dengan peluang, pembelajaran, dan kejayaan. Jangan risau, anda tidak bersendirian – kami di sini untuk membimbing, menyokong, dan membantu anda mencapai potensi terbaik.

💡 Prinsip Bimbingan Kami:
✅ Belajar bersama – Ilmu dan pengalaman akan dikongsi untuk memudahkan perjalanan anda.
✅ Latihan & coaching – Kami akan memastikan anda mendapat bimbingan yang berterusan.
✅ Saling menyokong – Dalam pasukan, kita saling membantu untuk berjaya.
✅ Tindakan + Konsisten = Kejayaan – Teruskan usaha dan jangan mudah berputus asa!

🔥 Percayalah, kejayaan dalam industri ini bukan sekadar menjual, tetapi membina hubungan dan memberi manfaat kepada ramai orang!

🤝TTT TAG untuk kami bantu dari "Zero to Hero" konsultant baru seramai mungkin Usahawan Muslim berjaya dalam industri ini.

&ajar

🌙 Isra’ dan Mi’raj: Perjalanan Agung Penuh Hikmah 🌟Hari ini kita memperingati peristiwa besar yang menjadi bukti kebesar...
27/01/2025

🌙 Isra’ dan Mi’raj: Perjalanan Agung Penuh Hikmah 🌟

Hari ini kita memperingati peristiwa besar yang menjadi bukti kebesaran dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, Nabi Muhammad SAW. Sebuah perjalanan luar biasa dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, menuju langit tertinggi, membawa pelajaran yang kekal untuk umat manusia.

💡 Mari kita dalam kehidupan seharian kita, mengambil ibrah daripada Isra’ dan Mi’raj untuk memperbaiki hubungan dengan Allah, sesama manusia, dan diri sendiri.

🕌 Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan hidayah-Nya.



CONGRATULATIONS TO OUR WEEKLY TOPPERS! 🎉6/1/2025 - 12/1/2025TOP WEEKLY SUBMISSION🥇 Champion - Zalina binti Mat Zabidi🥈 F...
13/01/2025

CONGRATULATIONS TO OUR WEEKLY TOPPERS! 🎉
6/1/2025 - 12/1/2025
TOP WEEKLY SUBMISSION
🥇 Champion - Zalina binti Mat Zabidi
🥈 First Runner Up - Siti Awanis binti Abu Bakar
🥉 Second Runner Up - Noor Azah binti Abu Bakar

07/01/2025

✨ Momen yang Terukir✨

“Team Building TAG Malaysia 2025” di Bernam Nature Hut, Tg. Malim, Perak telah berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama! 💪✨

Program ini benar-benar membuka mata dan hati kami, memberikan peluang untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh semangat pasukan, dan menghidupkan Vission, Mission, Values dan Goal yang lebih besar untuk TAG Malaysia.

🚀 Dengan semangat baru, kami bersedia untuk melangkah lebih jauh lagi untuk mencapai impian besar kami mewujudkan ‘DREAM TEAM’ yang diidamkan dalam masa 5 tahun akan datang. Ini bukan sekadar angan-angan, tetapi satu janji untuk terus berusaha bersama-sama dan membina kejayaan bersama TAG.

💪 Kami percaya bahawa apabila kita bersatu, kita akan lebih kuat dan mampu mencapai apa sahaja yang kita impikan serta membawa perubahan yang lebih besar dan hebat!

Address

No 35-37 Jalan Seenivasagam
Ipoh
30450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TAG Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TAG Perak:

Share

Category