JMJ Consultant & Services

JMJ Consultant & Services 1. Menjalankan Kerja-kerja Berkaitan Dengan Tanah ( Jual, Beli, PindahMilik, Pecah, Cantum, Pembangunan & Etc ) 2. Menjual Barang-Barang Terpakai 4.

Menjalankan Kerja-kerja Pembersihan ( Rumah, Bangunan, Pejabat & Etc ) 3. Perkhidmatan Katering Untuk Semu Menjalankan Kerja-kerja Berkaitan Dengan Tanah ( Jual, Beli, PindahMilik, Pecah, Cantum, Pembangunan & Etc )
2. Menjalankan Kerja-kerja Pembersihan ( Rumah, Bangunan, Pejabat & Etc )
3. Menjalankan Kerja-kerja Pembinaan ( Renovation Rumah, Pagar, Longkang, Pejalan Kaki & Etc )
4. Menjual Bar

ang-Barang Terpakai
5. Perkhidmatan Katering Untuk Semua Jenis Keraian ( HariJadi, Kahwin, Bertunang, Cukur Jambul, Lepas Pantang, Berkhatan, Doa Selamat & Etc )

10/12/2023

Lain kali tak payah bertekak dengan Developer klu Developer berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak jer. Klu rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.

Klu mereka tak nak repair defect. Buat ikut step ni.
Step 1. Hantar formal letter ke developer dan cc ke peguam S&P kita. hantar guna pos berdaftar (supaya ada record)
Step 2. Tiada tindakan after 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan report ke Tribunal. Surat mesti cc ke peguam S&P.
Step 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawak 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.

Nota:

1. Kenapa kene cc ke peguam S&P kita?
Sebab duit loan dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang control. Kebiasaan nya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.

Contractor mesti kene settlekan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum after DLP.

2. Bila peguam dan bank akan release 5% retention sum?
Bank akan release retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.

Tapi developer pun cuba tipu saya, mengatakan DLP just 3 bulan masa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industry ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain

3. Apa guna Bank tahan 5% retention sum tu?
Apabila jadi klu contractor berdegil tak nak repair defect tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti step2 di atas.

Developer pun boleh baiki dan deduct dari amount 5% retention sump.

4. Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP.
Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antara nya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama,

So apa tindakan yang perlu kita lakukan. Hantar surat ke Developer, dah buat 2nd step masih takde respond dari Developer, pergi Tribunal buat report.

Kawan saya beli rumah subsale kat AntaraGhapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.

============
Pengalaman saya

Pengalama PERTAMA

Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.

Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju Cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang contractor perlu baiki. Pemilik kene baiki sendiri. Contractor hanya baiki dalam rumah sahaja.

Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.

Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.

Tapi klu guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawak ke mahkamah tribunal.

Hari ketiga tu, wakil developer dan pihak contractor datang kerumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.

Kes SELESAI.
.........
Pengalama KEDUA

Leaking dalam bilik air saya betul2 di atas mirror, menyebabkan mirror jadi tompok-tompok hitam.

Mirror tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.

Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, mirror saya rosak disebab kecacatan bangunan memang tanggung jawab contractor kene tukar baru.

Contractor tak nak layan, so saya buat sampai second step. Lepas tu contractor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.

So Contractor kene dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.

Tak sempat pun saya report ke tribunal

Kes SELESAI

Kredit: Wa Aqilah Aq

04/08/2023

Soalan: Puan, sekiranya ada emas dalam tanah saya, bolehtak saya gali ambil emas itu tanpa pengetahuan sesiapa? Kawan saya kata, kalau diam-diam tak ada masalah.

Jawapan:

1) Dalam Kanun Tanah Negera dinyatakan secara jelas yang apa-apa mineral seperti emas, magnesium, perak dan lain-lain yang dijumpa di dalam tanah sama ada tanah persendirian atau tidak, adalah milik Kerajaan Negeri.

2) Sekiranya terjumpa sumber mineral tersebut perlu maklumkan kepada kerajaan Negeri. Ia adalah menjadi satu kesalahan korek/gali tanah untuk mencari bahan mineral tersebut tanpa kebenaran Negeri.

3) Sekiranya berminat nak korek sendiri emas/ mineral tersebut, dapatkan kebenaran bertulis dari pihak berkuasa Negeri dan mohon untuk Lesen Melombong Tuan Punya. Selepas memperolehi lesen daripada Pejabat tanah dan galian, pohon lesen operasi daripada Jabatan Mineral dan Galian (JMG).

4) Pemilik tanah itu juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan perkhidmatan jurutera perlombongan berdaftar untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

5) Lepas itu bolehlah korek emas banyak-banyak. Oh jangan lupa bayar royalti sebanyak 2.5% dari hasil keuntungan kepada Kerajaan Negeri.

6) Korek emas ini tak sama macam korek cari cacing tanah, jadi nak rahsiakan ini agak susah. Dapat p**a jiran yang ada tiktok, habis video kau korek tanah dia bubuh dalam tiktok dan satu dunia tahu kau ada lombong emas :) jadi janganlah buat benda yang susah-susahkan diri. Marilah kita ramai-ramai jadi SAUDAGAR EMAS :)

Credit: Faridah Begum Abdul Rahman

Anda Perlukan Part Time Cleaner Area Ipoh 8pg - 12tghrCall Whatsapp 0165428093
13/04/2023

Anda Perlukan Part Time Cleaner Area Ipoh
8pg - 12tghr
Call Whatsapp 0165428093

10/12/2022

Slot Cuci / Kemas / Samak untuk Disember Bermula
Detail di komen 👇

Code pd tayar utk had laju
10/12/2022

Code pd tayar utk had laju

Kerja2 pasang tile dan syiling luar
15/12/2020

Kerja2 pasang tile dan syiling luar

Keje2 finishing
13/12/2020

Keje2 finishing

02/09/2020

Perkongsian dari Tuan CEO MyPusaka
Rentetan dari kes arwah Abam

"Assalamualaikum semua,
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk campur tangan isu keluarga sesaorang, tetapi kerana saya berada dalam bidang pewarisan dan telah membantu menyelesaikan banyak kes kes pusaka, ramai yang bertanya kepada saya untuk mendapat pandangan dan analisa akan perkara yang berlaku dan telah tersebar di media social.

Saya akan beri pandangan saya dari sudut professional berdasarkan maklumat saya dapat dari apa yang ada di media dan yang telah menjadi pengetahuan umum.

SIAPAKAH WARIS FARAID ARWAH ABAM?

1. Ayahnya (Syed Mohd Redzuan yang diberitakan masih lagi hidup) Hak Faraid 4/24

2. Ibunya (Rosbiah Arshad) hak Faraid 4/24

3. Isterinya (Siti Nurhidayah Mohd Ali) 3/24

4. Anaknya (Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey) bakinya sebagai Assobah Binafsih 13/24. Hak nya akan dijaga oleh penjaganya. Untuk kes ini Ibunya berhak menjadi penjaga.

APAKAH TANGGUNG JAWAB WARIS ARWAH ABAM?

1. Jika ada sebarang harta yang telah dihadiahkan (Hibah) oleh arwah dengan cukup syarat dan rukunnya, keluarkan harta tersebut dari pengiraan Pusaka.

2. Jika ada sebarang harta yang Arwah pegang sebagai pemegang amanah bagi pihak sesiapa, keluarkan bahagian yang dipegang amanah dari pengiraan Pusaka

3. Jika ada sebarang kos pengkebumian, boleh diambil dari harta tunai ynag ditinggalkan seperti duit tunai dalam dompet, duit yang sempat dikeluarkan dari ATM dll. Dan sekiranya ada ahli keluarga yang dahulukan pembayaran kos kebumi, boleh tuntut dari pusaka tunai arwah

4. Jika ada sebarang hutang arwah kepada Allah seperti Zakat, Fidyah, Haji, waris boleh gunakan pusaka tunai arwah untuk lunaskan.

5. Jika ada sebaran hutang arwah kepada manusia atau kerajaan, waris uruskan untuk membayarnya mengunakan harta yang ditinggalkan (Rujuk Surah An Nisa ayat 11-12)

6. Jika ada isteri yang sah, Si isteri boleh menuntut 3 perkara

a. Nafkah sara hidup semasa iddah atau sebaiknya selama 12 bulan ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

b. Peruntukan untuk tempat tinggal ( Rujuk Surah Al Baqarah ayat 240)

c. Tuntutan harta sepencarian sekiranya ada harta yang diperolehi sepanjang perkahwinan mereka

7. Jika ada sebarang wasiat yang dibuat oleh arwah kepada bukan waris atau untuk tujuan kebajikan dan nilainya tidak melebihi 1/3 dari harta yang ditinggalkan, maka wajib waris laksanakan ( rujuk Surah An Nisa ayat 11 dan 12)

HAK WARIS

Setelah dilaksanakan 7 perkara di atas, barulah bakinya menjadi hak waris faraid.

Waris-waris ini setelah tahu berapa kadar hak faraid mereka dan nilai pusaka yang ditinggalkan, mereka boleh bermuafakat ( At Taharuj).

Ada 4 jenis permuafakatan yang mereka boleh ambil.

1. Melepaskan hak mereka
dengan redha kepada waris lain. Jika ini berlaku waris yang melepaskan hak itu seolah olah memberi sedekah akan hak mereka dan akan mendapat ganjaran pahala

2. Melepaskan hak mereka dengan menerima pampasan yang dipersetujui

3. Semua waris setuju untuk membahagikan pada kadar tertentu

4. Semua waris setuju untuk dibahagi mengikut kadar faraid
Setiap harta boleh mengikut kaedah muafakat ynag berbeza, bukan bermakna satu muafakat terpakai untuk semua harta.

CARA TERBAIK MENYELESAIKAN ISU PUSAKA

1. Jemput pihak ketiga yang pakar dalam menyelasaikan isu pusaka. Tindakan sendiri dari pihak waris, lebih lebih lagi dengan pengaruh emosi dan bertindak tanpa kefahaman yang tepat tentang faraid dan proses urus pusaka akan mengeruhkan keadaan.

2. Mulakan proses urus pusaka di tempat yang sepatutnya, sebaik baiknya dengan bantuan pakar. Membuat kenyataan di media social dan tindakan saman menyaman tidak akan menyelesaikan masalah

3. Untuk semua yang masih hidup dan yang mempunyai keluarga, harta, Hasrat dan satu haru nanti akan mati, disarankan untuk membuat perancangan legasi yang lengkap.

ANALISA PERIBADI SAYA

Apa yang berlaku kepada urusan Pusaka arwah Abam, adalah kesilapan yang biasa berlaku dalam pengurusan pusaka masyarakat kita yang menyebabkan ketika ini ada lebih RM 80 billion harta milik orang mati masih terbeku, ada hampir 1 juta geran tanah masih milik orang mati dan banyak kes perbalahan antara waris berlaku yang menyebabkan urusan pusaka tidak selesai

SEKIRANYA PERKHIDMATAN SAYA DIPERLUKAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI, SAYA SEDIA UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA, INSYAALLAH

Pandangan ikhlas dari

KAMARUL AZMAN
CEO Mypusaka
Pemegang tauliah berceramah dan mengajar Faraid dan Urus Pusaka dari Pejabat M***i Negeri Sembilan ( No Ruj 02749)


Utk nota :

Address

No 6 Dataran Rapat Baru 6, Medan Lapangan Sentosa
Ipoh
31350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JMJ Consultant & Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JMJ Consultant & Services:

Share