Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd - Laman Rasmi

Directions Website Contact the business

Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd - Laman Rasmi A subsidiary of the National Farmers Organization (NAFAS) and PETRONAS Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd (PCFKSB) SSM: 200101009867 (545623-W)

PENAFIANKami ingin menafikan penglibatan NAFAS melalui page  di TikTok  & Pertumbuhan Peladang Kebangsaan-NAFAS di Faceb...
23/09/2026

PENAFIAN

Kami ingin menafikan penglibatan NAFAS melalui page di TikTok & Pertumbuhan Peladang Kebangsaan-NAFAS di Facebook secara aktif membuat penjualan baja online dengan menggunakan nama NAFAS.

Untuk makluman, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) hanya menggunakan id & untuk saluran sosial media kami.

NAFAS memohon jasa baik semua untuk sama-sama report page palsu ini agar tiada yang tertipu dengan saluran ini;
https://www.tiktok.com/?is_from_webapp=1&sender_device=pc

&

https://www.facebook.com/profile.php?id=61594357437548&mibextid=wwXIfr&rdid=zozg58ih1d03rsWl&share_url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fshare%2F1TGiYgTnr7%2F%3Fmibextid%3DwwXIfr

Tuan/Puan masih boleh membuat pembelian daripada saluran sebenar NAFAS.

Pastikan benar, baru beli.

Jangan biarkan sesiapa pecahkan perpaduan negara kita. Sama-sama kita pelihara, jaga dan bangga dengan tanah air kita. S...
16/09/2026

Jangan biarkan sesiapa pecahkan perpaduan negara kita. Sama-sama kita pelihara, jaga dan bangga dengan tanah air kita. Selamat Hari Malaysia, negaraku yang tercinta 🇲🇾

12/09/2026

Setiap perjalanan ada penghujungnya, setiap penghujung ada kejayaannya.

Tutup tirai sudah untuk penghantaran dan pembekalan Baja Sebatian Tambahan bagi kawasan MADA kali ini. Bila tengok lori mula bergerak keluar dari perkarangan kilang kami di MNFSB menuju ke PPK, jujur rasa lega dan bersyukur sangat—selesai sudah satu lagi amanah besar buat warga kilang. Dari proses pengeluaran di laluan pemprosesan sehinggalah ke pembungkusan dan muatan ke atas lori, seluruh tenaga kerja MNFSB telah berikan yang terbaik demi memastikan kualiti baja berada pada tahap tertinggi sebelum diserahkan kepada NAFAS untuk agihan.

Syabas dan terima kasih kepada seluruh warga kerja MNFSB yang bekerja tanpa lelah, serta pasukan logistik, pemandu lori, pihak NAFAS, PPK, dan MADA atas kerjasama erat di setiap peringkat.

Semoga Baja Sebatian Tambahan keluaran kilang kami ini memberi manfaat optimum kepada para pesawah dalam menjana hasil padi yang melimpah ruah. Dari kilang MNFSB terus ke lapangan pesawah, kami bangga dapat terus menyumbang!

Inilah semangat kita
Daripada Peladang Untuk Peladang.

12/09/2026
Alhamdulillah 🤲
08/09/2026

Alhamdulillah 🤲

[05 September 2026 | LAWATAN DELEGASI GPC & CDIJS KE KILANG MNFSB GURUN] 🇲🇾🤝🇨🇳Hari ini, MNFSB berbesar hati menerima kun...
05/09/2026

[05 September 2026 | LAWATAN DELEGASI GPC & CDIJS KE KILANG MNFSB GURUN] 🇲🇾🤝🇨🇳

Hari ini, MNFSB berbesar hati menerima kunjungan delegasi Guizhou Phosphate Chemical Group Co., Ltd. (GPC) dan Jiangsu Province Chemical Engineering Design Institute Co., Ltd. (CDIJS) ke kilang MNFSB di Gurun, Kedah.

Lawatan ini merupakan susulan daripada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara GPC, CDIJS dan NAFAS sempena MAHA 2026 baru-baru ini. Delegasi berkesempatan meninjau sendiri fasiliti pengeluaran, proses pembuatan serta operasi harian kilang bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai keupayaan pengeluaran MNFSB.

Selesai lawatan kilang, rombongan dibawa ke Puncak Gunung Jerai untuk menikmati makan tengah hari sambil menghayati keindahan panorama tanah tinggi Kedah. Pada sebelah petang p**a, delegasi berkunjung ke Ladang Nira Nipah, Sedaka untuk menikmati santapan petang serta merasai kesegaran air nira nipah.

Selesai program di Kedah, para tetamu kemudiannya dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA untuk penerbangan p**ang ke China pada malam ini dan esok pagi.

Terima kasih atas kunjungan delegasi GPC dan CDIJS. Semoga hubungan serta kerjasama strategik yang terjalin ini terus diperkukuh dan memberikan manfaat besar kepada industri baja serta sektor pertanian negara. 🌾🤝

Inilah Semangat Kita.
Daripada Peladang, Untuk Peladang.

05/09/2026

🌾 DARI GUDANG, TERUS KE PESAWAH 🌾

Penghantaran Baja Sebatian Tambahan (Padi 3) ke 15 PPK MADA kini dilaksanakan secara berperingkat mulai 3 September 2026.

Kami terus komited memastikan bekalan baja disalurkan kepada para pesawah mengikut jadual dan tepat pada masanya, demi kelangsungan tanaman serta hasil padi yang lebih baik.

💪 Inilah Semangat Kita.
🌾 Daripada Peladang, Untuk Peladang.

Address

Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. [200101009867(545623-W)]
Gurun
08300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd - Laman Rasmi:

Shortcuts

Share