05/10/2026
π²πΎβ¨ MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN
SMK PALOH TAHUN 2026 β¨π²πΎ
24 SEPTEMBER 2026 | KHAMIS
Dengan penuh semangat patriotisme dan rasa syukur, SMK Paloh telah melabuhkan tirai Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2026 melalui Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SMK Paloh Tahun 2026 yang berlangsung pada 24 September 2026.
Majlis ini menjadi simbolik kepada penutup rangkaian aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan yang telah menyatukan seluruh warga sekolah dalam menyemarakkan semangat cinta akan negara, perpaduan, patriotisme serta penghayatan terhadap erti sebuah kemerdekaan.
π Pelbagai pengisian dan aktiviti yang telah dilaksanakan bukan sekadar menceriakan suasana sekolah, malah menjadi medium untuk menyemai kesedaran dalam kalangan murid bahawa kemerdekaan perlu dihargai, dipelihara dan diisi dengan ilmu, nilai serta kecemerlangan.
β€οΈπ€ππ
MERDEKA bukan sekadar laungan,
tetapi sebuah amanah untuk kita teruskan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru, AKP, murid serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK Paloh Tahun 2026.
Semoga semangat Malaysia MADANI, jiwa merdeka dan kecintaan terhadap tanah air terus mekar dalam diri seluruh warga SMK Paloh.
π²πΎ DARIPADA KITA, UNTUK MALAYSIA. π²πΎ
SMK PALOH β TERUS MELANGKAH, TERUS CEMERLANG.