22/10/2026
Akhbar Suara Sarawak turut meraikan kecemerlangan warga akademia TVET menerusi liputan satu muka penuh Anugerah Akademia Politeknik dan Kolej Komuniti (AA POLYCC) 2026 yang disiarkan pada Sabtu, 17 Oktober 2026. Pengiktirafan ini sekali gus memperkukuh peranan pensyarah politeknik dan kolej komuniti dalam pembangunan ilmu, inovasi dan modal insan negara.
Menurut Suara Sarawak, penganjuran Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2026 yang bertemakan βSinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi Dalam Akademiaβ itu mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk memperkasa ekosistem akademia yang berprestasi tinggi, berintegriti serta responsif terhadap perkembangan teknologi dan keperluan industri.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir atas komitmen beliau memperkasa pendidikan TVET agar kekal relevan dalam era kecerdasan buatan (AI), automasi dan pendigitalan.