Majlis Daerah Gerik

Call Directions Website

Majlis Daerah Gerik Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Daerah Gerik, Pejabat Majlis Daerah Gerik Jalan Haji Meor Yahya, Gerik.

TERIMA KASIH ATAS KEBERSAMAAN MENJAYAKAN FIESTA LOMA 2026Alhamdulillah, selesai sudah Fiesta Loma 2026 selama tiga hari ...
05/10/2026

TERIMA KASIH ATAS KEBERSAMAAN MENJAYAKAN FIESTA LOMA 2026
Alhamdulillah, selesai sudah Fiesta Loma 2026 selama tiga hari yang penuh kemeriahan. Majlis Daerah Gerik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan penganjuran ini.
Merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, berangkat menyempurnakan pelepasan Rakit Endurance Kategori Kampung dan Terbuka di Kampung Jong serta perasmian Majlis Penutup Fiesta Loma 2026 dan penyampaian hadiah di Dataran Loma, Gerik.
Terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, semua agensi yang terlibat, kepimpinan masyarakat kampung dalam DUN Temengor, urus setia, petugas, peserta, peniaga, penduduk Gerik serta seluruh pengunjung atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan.
Daripada acara sungai dan perlumbaan rakit hingga Loma Fun Walk, pertandingan kanak-kanak serta reruai pameran, kemeriahan fiesta ini terhasil daripada penyertaan anda semua. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat menjadikan Fiesta Loma ruang untuk bersua, mengeratkan silaturahim dan meraikan keunikan warisan serta budaya Gerik.
Sebagai penganjur, Majlis Daerah Gerik memohon maaf atas segala kekurangan, kelemahan dan kesulitan yang timbul sepanjang program berlangsung. Segala teguran dan cadangan amat kami hargai sebagai panduan untuk menambah baik penganjuran pada masa akan datang.
Semoga semangat kebersamaan ini terus membawa manfaat kepada komuniti serta menyemarakkan pelancongan dan ekonomi setempat.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada Fiesta Loma 2026. Jumpa lagi, insya-Allah!

04/10/2026

Fiesta Loma 2026

✨ LENSA 3 OKTOBER 2026 SABTU⭐ KEMERIAHAN FIESTA LOMA GERIK 2026 ✨🐟pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung dengan mer...
03/10/2026

✨ LENSA 3 OKTOBER 2026 SABTU

⭐ KEMERIAHAN FIESTA LOMA GERIK 2026 ✨🐟

pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung dengan meriah sepanjang Fiesta Loma Gerik pada 3 OKTOBER 2026! 🎉

Antara pengisian yang telah memeriahkan fiesta termasuk Loma Fun Walk 5KM – Gerik Runner, pembukaan Ekspo Fiesta Loma, aktiviti reruai, aktiviti pentas utama serta Cabaran Cilik Loma yang melibatkan pertandingan busana, melukis dan mewarna.
Turut berlangsung Pertandingan Dapur Loma, Sharing Session “Loma, Alam dan Warisan”, Borak Santai Loma – “Orang Lama Bercerita”,

serta Malam Pesona Loma 2026 yang diserikan dengan persembahan kebudayaan Sedaya Hulu Perak dan persembahan artis jemputan Usop Mentor. 🎤🎶

Suasana semakin meriah dengan kehadiran pengunjung, peserta dan komuniti setempat yang sama-sama menyokong serta memeriahkan Fiesta Loma Gerik 2026. ❤️

03/10/2026
03/10/2026

Borak Santai, Orang Lama Berbicara.

03/10/2026

Fiesta Loma 3 Oktober 2026

🌙 BICARA ROHANI @ LOMA – “DARI SUNGAI KE HATI” 🤲✨Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh penghayatan Bicara Rohani...
02/10/2026

🌙 BICARA ROHANI @ LOMA – “DARI SUNGAI KE HATI” 🤲✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh penghayatan Bicara Rohani @ Loma – “Dari Sungai Ke Hati” sempena Fiesta Loma Gerik 2026 di Dataran Padang Kampung Jong, Gerik.

Majlis yang menampilkan perkongsian daripada Ustaz Fakhrul Unic dan Imam Muda Megat, bersama Kumpulan Qasidah Ruhhul Muhibbin, berlangsung dalam suasana yang penuh ketenangan, ilmu dan ukhuwah. 🤍

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan memberi manfaat, menyentuh hati serta menjadi panduan dalam kehidupan seharian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini.

Semoga kita terus dipertemukan dalam majlis-majlis ilmu yang akan datang. Insya-Allah. 🤲✨






02/10/2026

Bicara Rohani @ loma, Fiesta Loma Gerik, Kampung jong

⚽ LOMA PENALTY CHALLENGE 2026 ⚽Alhamdulillah, Loma Penalty Challenge 2026 sempena Fiesta Loma Gerik 2026 telah berlangsu...
02/10/2026

⚽ LOMA PENALTY CHALLENGE 2026 ⚽

Alhamdulillah, Loma Penalty Challenge 2026 sempena Fiesta Loma Gerik 2026 telah berlangsung dengan meriah di Kampung Jong, Gerik! 🎉⚽

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta memberikan aksi terbaik dalam cabaran sepakan penalti ini. 👏
😍⚽🥅

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya para peserta, urus setia, sukarelawan dan seluruh komuniti Kampung Jong yang memberikan sokongan.
Terima kasih atas sambutan yang begitu menggalakkan. Semoga Fiesta Loma Gerik 2026 terus menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim.⚽




Address

Pejabat Majlis Daerah Gerik Jalan Haji Meor Yahya
Gerik
33300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share