01/10/2026
Anugerah Ikon Hasil Terengganu
1 Oktober 2026 - KETENGAH melalui Ketengah Holdings Sdn Bhd telah menerima Anugerah Ikon Hasil Terengganu sempena Majlis Peluncuran Bulan Hasil 2026 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.
Majlis telah diwakili oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, manakala Ketengah Holding Sdn Bhd diwakili oleh Puan Ayu Azazillah binti Abdullah.
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang mencerminkan komitmen Ketengah Holding Sdn Bhd dalam melaksanakan tanggungjawab dan memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.
Tahniah dan syabas diucapkan atas pencapaian ini.