09/11/2023
Sedikit kisah jejak kasih..
Pelajar ini namanya Rivaldo Eddie, pelajar lepasan SPM dari Bintulu Sarawak, patutnya dia masuk belajar lama dah awal tahun 2023 tapi delay sbb tgh kumpul duit bekerja di Sarawak untuk sara hidup 2 lagi adiknya sorang 14 tahun dan sorang lagi 11 tahun
Saya tanya, siapa jaga adik-adik kalau Rivaldo sambung belajar nanti? Jawabnya, neneknya di kampung Belaga Sarawak itupun ambil upah kampung kadang tak makan 2 3 hari, kerana ayahnya dah jatuh sakit dan tak mampu bekerja
Bagaimana p**a dengan mak? Jawabnya, maknya selepas bercerai 5 tahun lalu terus berpindah ke semenanjung untuk mula hidup baru, kemudian lost contact sebab masa itu anak-anak semua kecil lagi dan tak ada telefon
Sampailah sekarang dah besar, saya bersama pasukan saya iaitu Unit Sokongan Institut Pengajian Tinggi (USIPT) kami lakukan CSR mencari maknya dan alhamdulillah jumpa juga akhirnya, maknya telah berkahwin lain dengan orang sarawak juga dan mereka tinggal di Nilai, Negeri Sembilan kebetulan dekat dengan kolej yang Rivaldo belajar di Sepang, Selangor dalam 11 minit perjalanan sahaja dan ayah tiri Rivaldo memang bekerja di Sepang.
Saya sebelum ini tak tidur malam berfikir apa bantuan yang saya boleh apply untuk make sure Rivaldo ada duit makan bulanan, saya usaha untuk dapatkan asrama percuma juga, itu sebab sampai ke Sepang tu dia pergi, tapi tak sangka rupanya takdir hidup dia dah diatur untuk jumpa dengan maknya yang dah lama mencarinya.
Kata maknya, dia izinkan anak bekerja untuk support adik-adik di Sarawak, tapi minta jangan duduk asrama sebaliknya berulang alik dari rumah maknya di Nilai kerana ayah tiri boleh hantarkan pergi belajar setiap hari, dari segi makan minum dah jimat jika tinggal di rumah maknya, kata maknya dia risau makan minum anak dan kesihatan jika hidup cari makan sendiri, namun dia tidak dapat halang anaknya dari bekerja part time untuk support adik-adik di Sarawak kerana maknya tak bekerja dan hanya ditanggung oleh suami barunya atau ayah tiri si Rivaldo ni yang berpendapatan tidak tetap juga
Kisah ini membuka mata saya, iaitu kun faya kun, kalau dah takdir untuk bersatu, yang terpisah walau bertahun lamanya pasti akan bertemu jua
Credit: Dr Meor Fazrul