22/07/2026
Meninjau lokasi dan meneliti cadangan pembinaan jalan pertanian serta jalan akses bagi kemudahan murid-murid tahfiz bersama pihak Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang, MPOB, Penghulu serta Ketua Kampun di Air Kuning.
Keperluan ini amat penting bukan sahaja bagi meningkatkan akses dan memudahkan aktiviti pertanian penduduk, malah turut memastikan perjalanan harian murid-murid tahfiz lebih selesa dan selamat.
Terima kasih kepada semua agensi yang hadir memberikan pandangan serta komitmen dalam usaha mencari penyelesaian terbaik. Insya-Allah, setiap cadangan yang dibincangkan akan terus diperhalusi agar dapat direalisasikan demi manfaat masyarakat setempat.