Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak

Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak Terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Pasar Terbuka Serikin di sempadan Sarawak-Kalimantan, 4 km dari Pekan Bau.

Terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Pasar Terbuka Serikin di sempadan Sarawak-Kalimantan, 4 km dari Pekan Bau tersergam Balai Bomba Dan Penyelamat Bau yang juga menempatkan Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Sarawak. Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sarawak (ABPMS), yang dulu dikenali sebagai Pusat Latihan Bomba Wilayah Sarawak telah mula ditubuhkan di Negeri Sarawak pada bulan Okto

ber 1982 di Balai Bomba Jalan Padungan, Kuching. Berikutan perkembangan dan keperluan semasa dalam Jabatan Bomba Dan Penyelamat, baik dari segi taktikal mahupun teknologi ABPMS telah mengalami perpindahan ke beberapa tempat bagi penyesuaian dengan kehendak tadi, iaitu di Kota Samarahan dan kemudian di Batu Lintang. Seterusnya pada awal bulan Mac 2010 ABPMS sekali lagi berpindah, dan kali ini ke Balai Bomba Bau, sekitar 50 km dari Pusat Bandaraya Kuching. Dengan keadaan geografi yang agak unik di Balai Bomba Bau, yang berlatarbelakangkan Gunung Taiton dan Gunung Juita, Tasik Biru di sebelah kanan, Gua Fairy di sebelah kiri dan Gua Angin di pinggir Sungai Sarawak Kiri di sebelah hadapan menjadikan Akademi Bomba Sarawak begitu strategik untuk mengadakan pelbagai aktiviti, daripada yang sederhana hinggalah ke tahap β€˜hardcore’.

πŸ”₯ REFRESHER PERTOLONGAN CEMAS, MELAWAN KEBAKARAN DAN MENYELAMAT KECEMASAN πŸš’πŸ§―πŸ“š 26 Ogos 2026 | Akademi Bomba dan Penyelama...
26/08/2026

πŸ”₯ REFRESHER PERTOLONGAN CEMAS, MELAWAN KEBAKARAN DAN MENYELAMAT KECEMASAN πŸš’πŸ§―

πŸ“š 26 Ogos 2026 | Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak

Telah berlangsung Kursus Refresher Pertolongan Cemas, Melawan Kebakaran dan Menyelamat Kecemasan melibatkan warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak, Bau, Kuching.

Kursus ini merangkumi beberapa slot pembelajaran dan latihan yang memberi penekanan kepada aspek keselamatan serta tindakan awal ketika menghadapi situasi kecemasan, antaranya:

πŸ”₯ Slot 1: Tatacara Pengungsian Bangunan
Peserta didedahkan kepada tatacara dan prosedur yang betul ketika berlaku kecemasan serta keperluan mengosongkan bangunan dengan selamat.

🌊 Slot 2: Asas Teknik Menyelamat Mangsa
Peserta diberikan pendedahan berkaitan asas teknik menyelamat mangsa dalam situasi kecemasan.

β€οΈβ€πŸ©Ή Slot 3: Asas CPR
Latihan asas Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) turut dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan peserta dalam memberikan bantuan awal kepada mangsa.

πŸ‘¨β€πŸš’ Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak dengan penglibatan peserta daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak

πŸ’ͺ Semoga ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan, di samping meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan di tempat kerja.

πŸ”₯ SIAP SIAGA, PANTAS BERTINDAK, SELAMATKAN NYAWA! πŸš’

πŸŽ‰ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH πŸŽ‰Sekalung tahniah dan ucapan penghargaan kepada YS Datuk Abdul Razak Bin Muda, Pengarah Bahagi...
24/08/2026

πŸŽ‰ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH πŸŽ‰

Sekalung tahniah dan ucapan penghargaan kepada YS Datuk Abdul Razak Bin Muda, Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran β€œDatuk”.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas jasa, komitmen dan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan serta dalam usaha memperkukuh kecemerlangan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semoga pengurniaan ini menjadi pemangkin untuk terus berbakti dan memberikan khidmat terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan! πŸ‘πŸŽ–οΈ
Ikhlas daripada
Komandan dan Warga Kerja
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia
Wilayah Sarawak πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš’

πŸ”₯ MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS TEKNIK PEMANDUAN KENDERAAN KECEMASAN (ERDT) πŸš’πŸš¨Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia ...
21/08/2026

πŸ”₯ MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS TEKNIK PEMANDUAN KENDERAAN KECEMASAN (ERDT) πŸš’πŸš¨

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak telah menganjurkan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Teknik Pemanduan Kenderaan Kecemasan (Emergency Response Driving Technique – ERDT).

Majlis telah dirasmikan oleh PgKB II Jesica anak Sylvester Embuas, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.

Kursus ini turut mendapat perkongsian ilmu daripada penceramah jemputan, PBK I Paul anak Senum dari Zon 2, JBPM Sarawak serta Encik Felix Dunung dari Bahagian Kejuruteraan, JBPM Sabah.

πŸš’ Kursus ini memberi penekanan kepada aspek kemahiran, keselamatan, teknik pemanduan dan pengendalian kenderaan kecemasan bagi memastikan setiap anggota sentiasa bersedia melaksanakan tugasan dengan cekap, selamat dan profesional.

πŸ‘ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah, urus setia serta para peserta atas komitmen dan kerjasama sepanjang kursus berlangsung.

β€œCekap, Berani dan Berintegriti” πŸ”₯πŸš’

21/08/2026

πŸš’ KURSUS TEKNIK PEMANDUAN KECEMASAN (ERDT) πŸš’

🚨 Bukan sekadar memandu β€” tetapi memandu dengan pantas, tepat dan selamat ketika setiap saat amat berharga!

Kursus Teknik Pemanduan Kecemasan (Emergency Response Driving Technique – ERDT) memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran dan teknik pemanduan dalam situasi kecemasan, khususnya ketika mengendalikan jentera menuju ke lokasi insiden. πŸ”₯πŸš’

Daripada kawalan kenderaan, teknik membrek, mengambil selekoh, mengawal kelajuan serta membuat keputusan dalam situasi berisiko β€” setiap kemahiran diasah bagi memastikan keselamatan anggota, jentera dan orang awam sentiasa menjadi keutamaan. πŸ’ͺ

⚠️ Cepat sampai. Tepat bertindak. Selamat kembali.

πŸ”₯ ERDT β€” DRIVE WITH SKILL, RESPOND WITH CONFIDENCE!

17/08/2026

🚨πŸ”₯ KURSUS MENCARI DAN MENYELAMAT πŸ”₯🚨

β€œDI SAAT YANG LAIN MEMERLUKAN BANTUAN, KITA ADALAH ANTARA YANG PERTAMA MELANGKAH.”

Kursus Mencari dan Menyelamat merupakan salah satu platform penting dalam memperkukuh ilmu, kemahiran, ketahanan fizikal, kesiapsiagaan serta kecekapan anggota dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan yang memerlukan tindakan pantas dan teratur.

Dalam dunia operasi menyelamat, setiap saat amat berharga. Keadaan yang tidak menentu, persekitaran yang mencabar dan tekanan ketika operasi menuntut setiap anggota untuk sentiasa bersedia, fokus dan mampu membuat keputusan dengan tepat.

πŸ’ͺ Sepanjang kursus, peserta diberi pendedahan kepada aspek-aspek penting dalam operasi mencari dan menyelamat, termasuk penerapan kemahiran teknikal, penggunaan peralatan, kaedah pencarian, pengurusan situasi kecemasan serta kepentingan komunikasi dan koordinasi dalam satu pasukan.

Namun, kemahiran sahaja tidak mencukupi.

Apa yang lebih penting ialah semangat berpasukan, disiplin, keberanian dan kepercayaan antara satu sama lain. Dalam sesuatu operasi, setiap anggota mempunyai peranan tersendiri dan setiap tindakan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

πŸ§‘β€πŸš’ Kerana tugas mencari dan menyelamat bukan sekadar mencari mereka yang hilang atau terperangkap β€” tetapi membawa harapan kepada mereka yang sedang menanti untuk diselamatkan.

Setiap latihan yang dilalui hari ini adalah persediaan menghadapi cabaran sebenar pada masa hadapan.

Setiap peluh yang mengalir adalah sebahagian daripada pengorbanan.

Setiap teknik yang dipelajari adalah bekalan ketika berhadapan dengan situasi kritikal.

Dan setiap detik yang dilalui bersama pasukan membina keyakinan bahawa tiada siapa ditinggalkan.

πŸ”₯ LATIHAN DIPERKASA.
KEMAHIRAN DIPERTINGKAT.
KESIAPSIAGAAN DIPERKUKUH.

Kerana apabila panggilan kecemasan diterima, tiada ruang untuk ragu-ragu.

Kita bersedia untuk melangkah.
Kita bersedia untuk menghadapi.
Kita bersedia untuk menyelamat. πŸš’πŸ§‘β€πŸš’

BERANI MENGHADAPI CABARAN.
CEKAP DALAM TINDAKAN.
PANTAS DALAM MENYELAMAT.

πŸ“ Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak

πŸ”₯🌊 PENGUKUHAN (ITC) SWIFT WATER RESCUE 🌊πŸ”₯πŸ’¦ Kursus Pengukuhan ITC Swift Water Rescue akan berlangsung pada 7 – 11 Septemb...
17/08/2026

πŸ”₯🌊 PENGUKUHAN (ITC) SWIFT WATER RESCUE 🌊πŸ”₯

πŸ’¦ Kursus Pengukuhan ITC Swift Water Rescue akan berlangsung pada 7 – 11 September 2026 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.

πŸš’ Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan pegawai serta anggota JBPM dalam melaksanakan operasi menyelamat di air deras secara selamat, berkesan dan sistematik, dengan mengaplikasikan konsep Incident Tactical Command (ITC) serta mematuhi Standard Operating Procedure (SOP).

🌊πŸ’ͺ Berani β€’ Cekap β€’ Pantas β€’ Selamat

πŸ“Œ Penyelaras:
PKPgB Mohamad Adha bin Md Nazir

πŸ“Œ Penolong Penyelaras:
PB Peter Maxsell Anak Christopher

🌟 **SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN!** 🌟Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada YAS Datuk Ts. Nazili Mahmood atas...
14/08/2026

🌟 **SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN!** 🌟

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada YAS Datuk Ts. Nazili Mahmood atas kenaikan pangkat sebagai Penguasa Bomba Gred Utama B, serta pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). πŸ‘πŸŽ–οΈ

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memperkasakan perkhidmatan bomba dan penyelamat.

πŸ’ **Semoga terus cemerlang dan diberkati dalam setiap amanah yang dipikul.**

**Ikhlas daripada:**
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia
Wilayah Sarawak πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš’

Selamat Bersara, Wira Bomba! πŸ”₯πŸš’Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAS Dato’ Othman bin Abdullah ...
14/08/2026

Selamat Bersara, Wira Bomba! πŸ”₯πŸš’

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAS Dato’ Othman bin Abdullah atas segala khidmat bakti, dedikasi, pengorbanan dan ketulusan yang telah dicurahkan sepanjang menabur jasa dalam perkhidmatan bomba dan penyelamat.

Segala jasa, tunjuk ajar dan kepimpinan YAS Dato’ akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.

Semoga fasa kehidupan baharu ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik, ketenangan dan keberkatan bersama insan tersayang. ❀️

Selamat Menyongsong Kehidupan Baharu.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan, YAS Dato’. 🫑πŸ”₯

Ikhlas daripada:
Warga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia
Wilayah Sarawak

πŸš’ MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS MENCARI DAN MENYELAMAT πŸš’Kursus Mencari dan Menyelamat telah melabuhkan tirainya deng...
14/08/2026

πŸš’ MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS MENCARI DAN MENYELAMAT πŸš’

Kursus Mencari dan Menyelamat telah melabuhkan tirainya dengan jayanya menerusi Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh PgKB II Jesica anak Sylvester Embuas, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. πŸ‘©β€πŸš’

Turut hadir memeriahkan majlis ialah:

πŸ”Έ TPgB I Christus anak Buson, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu merangkap penceramah jemputan; dan
πŸ”Έ Pegawai Waran I Boniface Anthony, Sarjan Mejar Rejimen, 71 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja.

Seramai 20 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus ini dengan penuh komitmen dan semangat berpasukan. Kursus ini menjadi platform penting dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta tahap kesiapsiagaan peserta dalam melaksanakan tugasan mencari dan menyelamat. πŸ’ͺπŸ§‘β€πŸš’

πŸŽ‰ Tahniah dan syabas kepada semua peserta! Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas dengan cekap, pantas dan berkesan.

Terus cekap, terus tangkas, sentiasa bersedia demi menyelamatkan nyawa! 🚨πŸ”₯

Address

KM4 Jalan Bau-Krokong
Bau
94000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082762871

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share