06/10/2026
ππππππππ πππππππππππππ ππππππππ πππππππ ππππππππππππππ πππππππ πππππ ππππππππ πππ πππππππ
6 Oktober 2026 I Kompleks Belia dan Sukan
Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) telah menganjurkan Graduate Employability Bootcamp Kolej Komuniti Zon Sarawak 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak selama tiga hari, bermula 3 hingga 5 Oktober 2026.
Program anjuran Unit Perhubungan Industri dan Alumni KKMG dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda KKMG ini melibatkan seramai 46 orang pelajar daripada Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Santubong dan Kolej Komuniti Betong.
Penganjuran program memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh kebolehpasaran, keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan kesediaan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan.
Sepanjang tiga hari pelaksanaan, peserta mengikuti pelbagai pengisian berkaitan persediaan kerjaya yang merangkumi Komunikasi Berkesan, Komunikasi Profesional di Tempat Kerja, Etika Profesional, Penjenamaan Diri, Teknik Pembentangan Berimpak Tinggi, Penyediaan Resume dan Persediaan Temu Duga.
Pengisian tersebut turut diperkukuh melalui Latihan Dalam Kump**an (LDK) yang melibatkan aktiviti komunikasi, penyelesaian masalah, pembentangan dan penjenamaan diri malah peserta juga berpeluang menjalani simulasi temu duga bagi memberikan pengalaman yang lebih dekat dengan situasi temu duga sebenar serta membolehkan mereka menerima maklum balas terhadap prestasi dan penampilan profesional masing-masing.
Program menampilkan Pegawai Penerangan dari Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak sebagai penceramah jemputan iaitu Dr. Ngalih anak Tingi dan beliau berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan kemahiran komunikasi, penyampaian serta persediaan profesional yang diperlukan dalam menghadapi alam pekerjaan.
Salah satu pengisian utama program ialah simulasi temu duga yang memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman berhadapan dengan panel penemuduga dalam suasana yang lebih realistik.
Sesi sebegini turut menjadi platform kepada peserta untuk menilai tahap kesediaan diri, mengenal pasti kekuatan dan ruang penambahbaikan sebelum menghadapi proses temu duga sebenar.
Sesi simulasi tersebut berlangsung melibatkan lapan orang panel penemuduga iaitu Timbalan Pengarah Pengurusan KKMG Puan Munirah binti Yahya dan Dr. Hayati binti Ibrahim dari Kolej Komuniti Mas Gading, Puan Mira Faizura binti Narawi, Ts. Kenny Pragash a/l Kaniassen dan Encik Luqman Nurhanif bin Abdul Rahman dari Kolej Komuniti Santubong, Encik Mohd Faizal Affendy bin Zakaria dan Puan Francisca Chong Sew Ching dari Kolej Komuniti Kuching serta Puan Haslinda binti Jama'in dari Politeknik Kuching Sarawak.
Pengalaman yang diperoleh sepanjang program juga menjadi salah satu usaha mempersiapkan peserta untuk menghadapi proses permohonan pekerjaan dan temu duga dengan lebih yakin, kompeten dan bersedia.
Majlis perasmian program telah disempurnakan pada 5 Oktober 2026 oleh Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading, Encik Esstree bin Ishak dan turut hadir Puan Munirah binti Yahya, Timbalan Pengarah Akademik KKMG Puan Stephanie anak Tupi dan Pengarah Program Graduate Employability Bootcamp Kolej Komuniti Zon Sarawak 2026 Puan Kamelia binti Kamel.