Kompleks penghulu mukim 10 ( Kg. Bahru )

Kompleks penghulu mukim 10 ( Kg. Bahru ) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kompleks penghulu mukim 10 ( Kg. Bahru ), KOMPLEKS PENGHULU MUKIM 10 (KG. BAHRU), PT . KEMANG, Batu Pahat.

10/03/2024
Jawatan Ketua KampungPermohonan adalah dipelawa daripada Penduduk Mukim 10 Kg. Bahru yang berkelayakan untuk berkhidmat ...
31/05/2018

Jawatan Ketua Kampung
Permohonan adalah dipelawa daripada Penduduk Mukim 10 Kg. Bahru yang berkelayakan untuk berkhidmat bagi jawatan Ketua Kampung seperti berikut :

1) Kampung Parit Hylam - 1 Kekosongan
2) Kampung Bahru - 1 Kekosongan
3) Kampung Sungai Buloh - 1 Kekosongan
4) Kampung Parit Kemang - 1 Kekosongan
5) Kampung Parit Saidi - 1 Kekosongan
6) Kampung Parit Bakong - 1 Kekosongan
7) Kampung Parit Mahang - 1 Kekosongan
8) Kampung Parit Makmor - 1 Kekosongan
9) Kampung Parit Kadir - 1 Kekosongan
10) Kampung Seri Menanti - 1 Kekosongan
11) Kampung Seri Dalam - 1 Kekosongan

Permohonan :

(i) Borang permohonan boleh didapati di Kompleks Penghulu Mukim 10 ( Kg. Bahru) Shaifuddin Sabari : 012-7392998 / Pejabat Daerah Batu Pahat.

Senarai Tugas & Tanggungjawab Ketua Kampung :

1. Menjadi pengerusi kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

2. Menyampaikan apa-apa hal kesusahan anak-anak buahnya kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah dan menyelesaikan apa-apa perselisihan di kampung di antara anak-anak buahnya dengan jalan muafakat.

3. Menyampaikan kepada anak-anak buahnya hukuman kerajaan dan menasihatkan supaya mematuhi hukuman kerajaan serta memberi nasihat-nasihat kepada anak-anak buahnya istimewa bersabit dengan hal ehwal agama yang ditetapkan oleh D.Y.M.M. Raja Pemerintah.

4. Menggalakkan anak-anak buahnya membayar apa-apa hasil atau cukai kerajaan dengan segera.

5. Menyampaikan kepada Penghulu Mukim atau pihak yang berkenaan dengan segera segala kematian yang ada syak atau penyakit- penyakit yang berjangkitan.

6. Membantu pegawai-pegawai kerajaan yang datang menjalankan tugas rasmi di kampungnya jikalau mereka itu meminta apa-apa bantuan.

7. Menggalakkan anak-anak buahnya di dalam lapangan pendidikan.

8. Menggalakkan anak-anak buahnya dalam usaha bekerjasama (bergotong-royong) umpamanya membina batas-batas bendang, parit dan tali air serta kerja-kerja berderau, menanam dan menuai padi supaya menambahkan lagi kemajuan dan pendapatan mereka.

9. Menasihatkan dan menyuruh anak-anak buahnya supaya berusaha bersungguh-sungguh bagi meningkatkan taraf hidup dengan bercucuk tanam atau lain-lain perusahaan serta menjaga kebersihan kampung halaman mereka.

10. Mengadakan mesyuarat dengan anak-anak buahnya dari masa ke semasa bagi merundingkan di atas hal yang boleh mengatasi kesusahan dan kesempitan hidup dan berikhtiar memajukan hal ehwal agama Islam. Segala keputusan itu hendaklah disampaikan kepada Penghulu Mukim.

11. Memberi kerjasama kepada pegawai-pegawai kerajaan dan wakil-wakil rakyat khasnya bersabit dengan rancangan- rancangan pembangunan luar bandar.

12. Sekiranya didapati anak-anak buahnya engkar dari segi undang-undang kerajaan serta undang-undang dan peraturan agama Islam hendaklah diadukan kepada Penghulu Mukim.

Address

KOMPLEKS PENGHULU MUKIM 10 (KG. BAHRU), PT . KEMANG
Batu Pahat
83200

Telephone

0127392998

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks penghulu mukim 10 ( Kg. Bahru ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share